Langkau ke kandungan utama

Catatan

Di antara langit dan bumi barangkali ada garis pertemuan

Saya ketemu blog milik salah seorang pentadbir pusat OKU di mana saya bermastautin sekarang via akaun Facebook. Saya membaca semua entri-entri beliau terutama tulisan beliau mengenai OKU. Dan saya kurang jelas (baca: tersinggung) dengan pandangan maklum balas beliau di entri ini. Saya juga kurang jelas apakah persepsi beliau tentang OKU fizikal dan OKU akal (mental disability). Apakah OKU fizikal boleh dilanyak sesuka hati, kerana kami jenis suka memberontak dan kaki kritik? Dari sudut pandangan saya, OKU fizikal lebih sensitif dan kami tidak bolehlah anda lanyak dan layan sesuka hati. Maksud saya, layanlah kami seadanya. Saya yakin, untuk OKU yang mempunyai ketidakpayaan dari segi mental, barangkali tiada siapa akan melenyak henyak mereka pun. Jika pun berlaku, perkara itu akan di’senyap’ kan . Mereka jenis ini,tidak tahu mereka sedang dilanyak. Bukanlah kami mohon dihamparkan permaidani merah untuk kami. Bukan itu! Cuma sedikit empati, Itu sahaja! Susah s...

BENGKEL PENULISAN SCI-FI & FANTASI 13 JUN 2010(Ahad)

Saya kira majlis ilmu wajar disebar-sebarkan. Kepada yang berminat, sila emel nama penuh, nombor untuk dihubungi (apabila perlu) ke ejenmanuskrip@yahoo.com Pembimbing : Fadli Al-Akiti (sci-fi) dan Ahmad Patria Abdullah (fantasi) Tarikh : 13 Jun 2010 (Ahad) Tempat : IYC, Cheras. Sila klik peta ke IYC di sini . Masa : 9pagi - 4 petang Yuran : RM 150.00 - klik sini Ahli berdaftar dan sudah membayar yuran - diskaun 20% Early Bird Fees (3 hari dari tarikh iklan - sila baca peraturan membayar yuran bengkel di atas) Perserta : 15 - 20 Orang Sahaja Minum Pagi & Makan Tengahari disediakan Sila baca peraturan membayar yuran bengkel - sila klik sini KHAR 013-6963826 ASTAKA VILLA AKSARA (AVA) http://ejenmanuskrip.blogspot.com/

Maskara 19

Saya rasa jika saya ada kelapangan saya mahu pakai  pergi maskara. “Kita pergi ye darling bang!” Kalau jawapannya tidak kau tidurlah dengan kucing kesayangan kita tu. “Nanti-nantilah. Tengok jadual kerja dulu” “Okey” Hek’eleh macam dia pegawai. Datanglah beramai-ramai ke acara yang hip ini. Untung-untung foto anda akan diphotoshopkan oleh Sinaganaga. Maklumat lanjut Sindiket Soljah . Benar. Mereka berkarya untuk bergembira. Terima kasih cekgoooooooo ! Saya sudah pandai meloyar buruk hahaha!

Blog baru

Ya. Saya membuka blog baharu dengan identiti baharu. Saya berharap saya lebih bebas menulis(baca: mungkin memaki dan mencarut) di halaman itu. Malangnya, ia telah ditemui. Hari ini saya dapati tiga pembaca sedang berada di talian. Terkejut beruk saya. Dan mereka membaca diam-diam. Hampes !

Warkah ringkas untuk Lorna

Semalam, kita masih duduk semeja dan makan tengahari bersama. Ketika entah lembu-lembu bodoh mana membakar rumah ibadahmu. Kita masih mampu ketawa dan bercerita. Dalam suasana harmoni dan mesra. Aku berharap kita akan kekal begitu. Nota kaki: bacaan tambahan di halaman ini.

Dua acara berbeza.

Antara yang mereka gelar indie dan mainstream. Ya! Saya juga sudah mula melebel. Mungkin ada perkataan yang lebih sesuai - menjenamakan misalnya. Jangan lupa bahasa kita sangat kaya dan indah perbendaharaan kata. Keduanya merupakan acara kesenian. Anda beramai-ramai dijemput ke acara ini. Bebas dan tanpa protokol-protokol bodoh. Maklumat lanjut dan lengkap boleh dilayari di blog Hafiz Terompahkayu . * * * * * Saya amat mencintai puisi. Menikmati puisi sangat enak. Mungkin macam mengunyah kepingan kerepek kentang Saya pernah membacanya di khalayak sekali. Ternyata, dengan kekurangan fizikal dan pengalaman saya bukan pendeklamotor yang baik. Teringatkan kata-kata Encik Marsli N.O - asalkan ada suara,redah sajalah. Galakan juga datang dari teman-teman Frinjan. Maka, saya pun cuba membacanya. Dalam penulisan puisi, nasib saya di media mainstream juga kurang baik. Sehingga saya sanggup menghantar e-surat kepada Dato' Baha Zain untuk bertanyakan apa yang tidak kena dengan puisi -puisi sa...

Catatan dari sebuah tren komuter

Beberapa hari, aku berulang-alik memasuki perutmu. Berhimpitan dengan lautan manusia - aku tidak menemui kemanusiaan di dalammu. Sekurang-kurangnya jika bukan untukku, untuk seorang anak kecil yang dipaksa berdiri. Terhimpit di tengah-tengah perutmu. Catatan perjalanan 22-24 Disember 2009 (ketika berulang alik menduduki peperiksaan akhir semester 2009).

Catatan terlewat dan terpinggir sempena Hari OKU Sedunia

Hari OKU Sedunia - beberapa sisi cerita terpinggir. Ini adalah cebisan cerita sisi gelap bergelar OKU. Media-media tempatan jarang melaporankannya. Dan, yang sentiasa ada dalam kebanyakan laporan adalah kejayaan insan-insan istimewa dan selebriti seperti saudari Ras Adiba Radzi. Atau kejayaan athlet-athlet paralimpik seperti Encik Suami. Kadang cerita saya sendiri. Ditinjau dari satu aspek, ianya merupakan perkembangan positif. Saya memahami, tujuan media mainstream. Wartawan, editor dan warga kerjanya mahu memaparkan sesuatu yang ‘manis’ supaya kejayaan kami dicontohi oleh rakan-rakan senasib yang lain. Seringkali juga, kita mendengar kisah-kisah bagaimana ibubapa yang dianugerahkan anak-anak istimewa, tetapi tidak tahu cara mengendalikan anak-anak ini. Saya adalah antara insan bertuah, di mana Allahyarham abah dan mak(semoga Allah panjangkan usia mak dan menempatkan abah di kalangan solihin) kerana saya dibesarkan dalam keadaan semulajadi. Dicubit mak ketika perlu, dimarahi abah keti...

Akhirnya!

Akhirnya, merasa sedikit bertuah mampu melangkah perlahan-lahan. Sedikit ke hadapan setelah bertahun-tahun bertatih di dalam diari-diari usang dan blog. Permulaan yang cukup bermakna untuk melangkah ke tahun baharu. Rujuk blog AVA untuk maklumat lanjut. Terima kasih kepada rakan-rakan yang menunjuk jalan. SALAM AIDILAHDA! PS: Jika ketemu nama Lily Mariana Abdullah di mana-mana media arus perdana, sila maklumkan saya.

Warkah ringkas buat anakanda yang gagal memperolehi 5A dalam UPSR

Telefon genggamku bernyanyi-nyanyi pada tengahari itu. "3A 2B saja, Chaq" kau kata via sms. Aku pasti ada nada kecewa dalam khidmat pesan ringkas itu anakku. Tidak mengapa anak. Paling penting kau telah cuba dan berusaha. Kebijaksanaan bukan sekadar diukur di atas kertas dan sijil. Aku cuma mahu kau pandai menjadi manusia sayang! Bukan sekadar menjadi pandai. Usah putus harap. Harimu masih panjang. Insyallah.

Sila marah, jika tidak setuju!

Aku tidak berselindung kawan. Aku cuba menjadi diri. Aku tayangkan wajahku di sini. Aku bogelkan segala isi hati. Aku tidak mahu menjadi penakut lagi. Tolong hentikan tuduhan palsu! Aku tak cari nama di sini. Aku tidak terikat dengan mana-mana parti. Merah,biru dan hijau sama sahaja. Semua itu bukankah warna semata? Persatuan? Pergi matilah! Bangsaku hanya akan bersatu untuk dua perkara sahaja. Satu, kenduri-kendara. Alasan mahu melantak kenyang-kenyang dan isi perut hingga penuh. Dua, kematian. Takut jenazah busuk dan berulat! Untuk perkara-perkara lain kita macam enau dalam belukar. Sila marah, jika tidak setuju! Marah yang santun! Marah yang comel! (Ditulis sebab geram melihat senario politik semasa. Bukan sebab hujan ya!)

Filem kadang memberi inspirasi

Kadang waktu kita terasa mahu tersungkur jatuh dan patah hati, ada sahaja jalan yang Tuhan tunjukkan untuk kita kembali bangun. Sebuah filem bukanlah apa-apa bagi sesetengah orang. Mungkin hanya fiksyen yang mengarut-ngarut. Tapi filem yang saya tonton di saluran HBO petang tadi amat bermakna buat saya. Sekadar mahu berkongsi. Barangkali ia juga bermakna untuk anda. Sayang, saya tidak pandai mengulas filem. Bukan bidang saya. Sekadar mengkagumi semangat Brad Cohen . Tourette Syndrome tidak jauh perbezaannya dengan ketidakupayaan yang saya hadapi. Brad Cohen berjaya melaluinya dan tidak membiarkan Touretee membataskan langkahnya. Filem Front of the Class berdasarkan kisah benar lelaki ini. Selamat menonton! Dan kadang kala, saya tertanya ke mana arah tuju industri perfileman negara. Kenapa tiada seorang pun yang mahu mengangkat kisah-kisah seperti ini ke layar filem. Takut rugi? Maka cerita-cerita jalang diangkat ke layar. Jual dan bikin untung!

Kalau saya buka mulut, kamu kata saya pembangkang

Suatu pagi. Saya tergerak hati untuk membuka pintu lebih awal. Dari koridor rumah, pandangan saya tertancap pada blok kuartes hadapan. Lelaki bujang lewat usia itu, teraba-raba menuruni tangga. Benar, kuartes kerajaan kebanyakan penghuninya adalah mereka yang berkhidmat untuk orang kurang upaya. Dari pembantu rendah awam, tenaga pengajar sampai ke pihak atasan. Kakitangannya pula, cuma minoriti oku. Rumah-rumah yang disediakan untuk pegawai banyak terbiar kosong. Begitu juga, rumah-rumah kuartes. Rumah yang kami diami, tidak kira oku atau mereka yang sihat fizikal adalah kuartes empat tingkat tanpa lif. Bayangkan yang berkaki palsu menaiki tangga. "Aduh! Nak tercabut kaki saya kak..." Selalu saya dengar Dee merungut setiap kali naik turun tangga. Ada teman-teman saya yang bertandang, terpaksa merangkak untuk naik ke tingkat tiga. Abang yang tidak dapat melihat itu. teraba-raba meneruni tangga. Kadang saya perhatikan ada anak-anak jiran yang memimpin tangannya. Anak-anak lebi...

Jawapan kepada komentar di entri bawah.

Oke, dia sudah bungkus semua masalah dan kesedihan dan serahkan kepada-Nya. Dia yang di Atas lebih tahu. Nak sambung tulis cerita-cerita yang terbengkalai. Tugasan? Ye..ada sesiapa sanggup buat untuk dia. Dia sanggup upah haha! :p Semalam kucing dia menghilang selama tiga hari. Itu yang buat dia jadi emo. Tak emosional, bukan perempuan la kan? Terima kasih semua. Kerana dia tiada kawan untuk berkongsi duka. Jadi dia berkongsi di sini sahaja. Bersama teman-teman yang sentiasa memahami. Yang tak suka, sila jangan baca. Tutup sahaja tetingkap itu. Maaflah! Dia tidak tahu tulis isu-isu besar. Jadi dia tulis sampah-sarap sekadar meredakan kegusaran hati. Iklan: Salun Eksotikata masih di tangan. Kalau boleh jual semua, lepaslah duit dia mahu bayar yuran ke bengkel (Rujuk pautan blog AVA untuk maklumat lanjut). *senyum*

Anak

Dia kata, sangat lelah asyik memenuhi tututan-tuntutan orang lain. Misalnya, sudah kahwin sangat-sangat perlu memiliki anak-anak. Walau Encik Suami tidak kisah, dia tetap risau. Walau dia tidak tidak kisah, dia tetap risau memikirkan mulut-mulut 'puaka' saudara-mara dan jiran tetangga. Misalnya: "Orang dukung anak, kau asyik dukung kucing" Sambil Puan X tersenyum sinis pada dia. "Beranak la cepat, nanti laki kau cari lain" Sambung Puan Y. (Kenyataan paling auta) "Dah masuk 4 tahun, takkan nak 'honeymoon' lagi kut?" Soalan gampit Encik B "Oke! Aku perempuan mandul. So, apahal. Ada kena mengena dengan kamu ke?" Dia ingin jawab semua soalan itu dengan ayat yang paling gampang. Tapi. "Belum ada rezeki kami lagi" Ayat ini pula yang keluar. Memang mulut dia tidak tahu celupar. Sambil dia tersenyum kelat! Kadang dia suka tengok foto-foto seperti yang di atas. Kadang dia rasa sedih sangat. Sangat sedih! Cepat-cepat dia viewed ...

Spontanues!

Lama tidak bersuara di halaman ini. Tangan pun mula terasa gatal hendak menulis pula. Sebetulnya saya sibuk. Walau saya bukan PM, kesibukan saya adalah memberikan keutamaan kepada sesuatu yang benar-benar perlu dilakukan. Ya! Menyiapkan apa-apa yang perlu sahaja. *senyum paling manis untuk anda* Saya sudah tidak mahu sekadar bersuara di sini cuma. Saya mahu lontaran kata saya melantun lebih jauh. Tapi hari ini, saya nak membebel jugalah. Isu yang telah lama saya tinggalkan. Bukan saya lupa asal saya. Saya sedar motif awal saya memblog adalah kerana isu-isu sebegini. Nak marah-marah, angkat-angkat sepanduk pun tak guna. Bak kata orang utara "pi mai,pi mai dok tang tu juga". *senyum sumbing/sinis* Hello untuk majikan-majikan yang menggaji OKU(tak kisahlah awak dari sektor mana pun, sama saja kan?) Walau janji kamu manis macam gula, tindak-tanduk kamu kadang macam orang gila kuasa. Saya faham okay!...Motif kamu sebagai majikan tentulah nak tingkat produktivi, tambah kualiti. M...

Mohon Maaf

Blog puisi dan fiksyen saya ditutup atas nasihat perundangan yang saya terima. Saya akan membuat jemputan kepada individu tertentu sahaja. Maaf!

Mari bunuh rama-rama

Mungkin kerana terpengaruh dengan ajaran-ajaran terpesong Jimmy Mahmud , Teh Junaidah dan Alina (mereka adalah pari-pari motivasi aku); maka aku dengan ghairah sekali mahu baca sajak depan khalayak. Maka aku gugel tip-tip deklamasi dan ternyata praktikal tidak berapa menjadi. Dan di pelantar perut aku sekarang semakin banyak rerama berterbangan. Okay! Mari bunuh rama-rama. Aduh! Semakin banyak yang datang. Poster: Cilok dari blog Sufian Abas. Nota kaki: Wahai pari-pari, pinjamkan aku sayap. Kerana aku mau baca sajak paling seksi.

Temuduga

Baju baru paling ummp! - RM40 Tudung ala Ekin - RM40 Beg tangan buruk - RM35 Kasut raya lepas - RM20 Kos foto dan salinan sijil - RM10 Jawatan temuduga - rahsia Jawapan temuduga - ada rezeki adalah nanti Pengalaman pahit manis - tidak ternilai Kata bijak pandai, hanya orang dungu akan berhenti berharap.