Langkau ke kandungan utama

Di antara langit dan bumi barangkali ada garis pertemuan


Saya ketemu blog milik salah seorang pentadbir pusat OKU di mana saya bermastautin sekarang via akaun Facebook. Saya membaca semua entri-entri beliau terutama tulisan beliau mengenai OKU.

Dan saya kurang jelas (baca: tersinggung) dengan pandangan maklum balas beliau di entri ini. Saya juga kurang jelas apakah persepsi beliau tentang OKU fizikal dan OKU akal (mental disability).

Apakah OKU fizikal boleh dilanyak sesuka hati, kerana kami jenis suka memberontak dan kaki kritik?

Dari sudut pandangan saya, OKU fizikal lebih sensitif dan kami tidak bolehlah anda lanyak dan layan sesuka hati. Maksud saya, layanlah kami seadanya.

Saya yakin, untuk OKU yang mempunyai ketidakpayaan dari segi mental, barangkali tiada siapa akan melenyak henyak mereka pun. Jika pun berlaku, perkara itu akan di’senyap’kan. Mereka jenis ini,tidak tahu mereka sedang dilanyak.

Bukanlah kami mohon dihamparkan permaidani merah untuk kami. Bukan itu!
Cuma sedikit empati, Itu sahaja! Susah sangatkah?

***
Minggu orentasi saya tahun 2005.

Seorang petugas (budak U - perempuan dari luar); yang ditugaskan membimbing kami telah bertengkar dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada kami. Insiden ini berlaku, kerana sedikit salah antara dia dan salah seorang pelatih.

Saya masih tidak melupakan perkataan itu.

“OKU semua kurang ajar. Semua tidak berguna!”

Pedih! Sila cubit paha kanan anda. Kalau pahan kiri,tidak terasa anda mungkin robot.
Sayang sekali! Minggu orentasi yang sepatutnya menjadi tempat untuk kita saling mengenali dan memupuk kefahaman bertukar menjadi minggu yang penuh dendam dan kebencian.

***

Berbalik kepada blog Encik Pegawai saya tadi, nampak juga keprihatinan beliau terhadap OKU di entri ini. Dan di sini juga. Terima kasih encik!

Namun benarlah seperti yang beliau maklumkan di blognya “SAYA YANG MENURUT PERINTAH”
Berbalik kepada entri saya di sini dan sini, saya rasa bukan saya seorang yang naik angin.

Sila baca entri Markissa di
sini

Ulasan

makissa berkata…
ingat kan adeq sorang jer hangin dengan 'pengkritik' tue. tak patut btul jd manusia.
Nizam.Ariff berkata…
Musim-musim sejuk macam ni memang berangin kak...
Pa'chik berkata…
sempurna sangat ke budak yu tu??
Sky0ne berkata…
salam...

ada sedikit salah tanggapan yg perlu dibetulkan di sini...

FYI, budak yg menjawap itu, adalah Pnghulu Minggu Orientasi kali ini...dan kalau dibaca dgn teliti, takde mention pun pasal OKU dlm posting itu...

dan budak tu pun boleh memimpin, walaupun ada sedikit lurus dan loyar buruk...

tiada niat utk mempermainkan whatsoever...hanya berkongsi sedikit kisah di minggu orientasi yg boleh dikenang nnt...

mengenali saya, cara pengajaran sy berbeza dgn org lain...teguran sy keras tetapi ada isi...hanya org yg boleh faham sahaja yg akan menerima...

the funny thing is, when 'certain' OKU said something funny about that officer at social networking site, nobody give a F right?

huhuhu
Aloy Paradoks berkata…
huh.. tak terjangkau//

Catatan popular daripada blog ini

Aku Marhaein

Aku marhaein. Tidak tahu politik Suapan slogan muluk- muluk Glokal sana wilayah di sini Aku buta ekonomi Tiada kepentingan terhadap projek-projek megamu Tak bermaksud aku boleh engkau Pandir-pandirkan sesuka hati Aku marhaein Tahuku cuma Keluar saban hari Mencari sesuap rezeki Agar hidup kami Tidak perlu jadi penadah tangan di negara sendiri Jangan engkau suruh aku Ubah gaya hidup Kerna aku cuma bermotorsikal Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter dan bas Rapid KL Berasak-asak berdiri Setaraf pendatang. Tidak pernah menjejak Suria KLCC Tidak pernah merasa Starbuck coffee Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani Cuma sesekali merasa ayam KFC Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali. Jangan engkau bodohkan aku Dengan suapan slogan gila tidak munasabah Berjimat dengan pendapatan yang tidak seberapa Bukan aku pernah melancong ke luar negara Dalam negara pun tidak pernah Mahu balik kampung Pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira Kata si cantik seleberiti Kurangkan makan nasi Baik un...

.Dulu dan sekarang

Suatu hari di tahun 2 005. Finn memilih untuk ditempatkan di kelas Kursus Pembantu Tadbir Sistem Maklumat. Kata teman-teman, mengapa dipilih kelas sebegitu. Pilih sahaja kursus jahitan, mereka mencadangkan. Nanti susah mahu mendapatkan kerja. Tapi dia tidak peduli. Umur sudah tiga puluh lima dan guru kelas memanggilnya “kakak”. Finn tercari-cari di mana suis komputer. Dia bertanya rakan-rakan yang jauh lebih muda. Rata-rata mereka sekurang-kurangnya punyai sijil. Petanda mereka punyai banyak kelebihan. Sekurang-kurangnya kenal MS Word dan website. “ Hang okay kak?” Cikgu yang lebih muda dari Finn itu bertanya. Ber hang dan aku sahaja dia dan Finn. Sama-sama Kedahan . “ Hujung tahun ni hang menikah saja laaa ”. Mulutnya memang masin dan Finn bertemu lelakinya. “Finn, ko bagi saya sijil ko dan fotokopi sekali” Encik Z, penolong pengarah merangkap kaunselor kepada para pelatih. “ Buat apa cik Z ? Cari kerja untuk saya ke?” Finn keteringinan untuk tahu. “Ada laaaa ”...