Langkau ke kandungan utama

Catatan

Huh!

Saya cuma mahu tersenyum sahaja, apabila terbaca akhbar NST hari ini. Malas, mahu komen panjang lebar. Sekadar mahu bertanya “Dato’-datin, Tan Sri-puan sri (atau mana-mana pak menteri atau pegawai-pegawai berkenaan) apakah kerana kami kurang upaya, kami tidak berhak menikmati hidup?” Apakah perlu, kami borosi hidup kami yang singkat dan terbatas ini dengan tangisan untuk seumur hidup? Dan ustaz-ustazah, apakah kami sahaja yang perlu berzikir dan berada di tikar solat dua puluh empat jam? Apakah kami sangat buta agama, jika berkeinganan seperti manusia lain selayaknya? Baca sini . Dan puak-juak suratkhbar tulisan/berbahasa Melayu serta tivi, sudikah kalian ketengahkan isu-isu begini? Dan sepekara lagi, buletin-buletin dari parti pembangkang juga.(Jangan lupa, undi kami juga anda tagih). NGO-NGO, kenapa senyap sepi tidak bersuara?

Sebuah cerita ketidakprihatinan.

Ini cuma dua kisah yang terkumpul menjadi satu. (sebuah cerita ketidakprihatinan) Satu. Satu pagi, May terbangun lambat. Terlewat ke tempat kerja, sudah pasti bos perempuan itu memcemik muka. Sebagai manusia biasa, May sensitif okay. May perlukan pekerjaan dan dia berusaha sedaya mungkin untuk datang awal. Malangnya, bos perempuan yang selalu dihantar suami ke pejabat dengan kereta besar itu tidak pernah peduli akan kepayahannya terkejar-kejar menaiki kenderaan awam. Cemikan muka yang terpaksa ditelan setiap kali dia terlewat, cukup menjengkelkan. Luka yang berulang-ulang, apakah bisa sembuh dengan satu petikan jari. Pagi itu May mencari-cari teksi. Malangnya, tiada seorang pemandu pun yang mahu mengambilnya sebagai penumpang. Semua menggeleng kepala dan menarik cermin tingkap ke atas. May tahu, dia berbeza. Tapi apakah kerana perbezaan itu,dia dilayan sedemikian rupa. “Malaslah aku,nak ambil orang tak cerdik macam tu. Nanti,tambang siapa mahu bayar tambang dia.”Ucap salah seorang dari...

Kadang waktu,terasa mahu berhenti

Kadang kala, saya terasa kecil dan segan. Menulis tanpa disiplin dan ilmu-ilmu tertentu. Hasilnya, kadang kala macam sampah. Melihat teman-teman mengikuti bengkel itu dan ini, terdetik di dalam hati sedikit rasa cemburu. Cemburu yang mulia; ingin sama-sama berilmu seperti mereka. Sedang saya, terlalu ingin; tetapi tidak berkemampuan. Bengkel-bengkel penulisan, jarang ketemu yang percuma. Harga, mencecah ratus-ratusan (mungkin ribu-riban ) dan saya sudah tiada sumber pendapatan. Mungkin daripada terus-terusan menghasilkan sampah, saya patut berhenti untuk seketika. Saya yang menulis, tetapi tidak tahu mana satu yang saya suka, atau mana satu yang bermakna. Sungguh! Saya menulis dari sekeping hati, berdasarkan pemerhatian dan penilaian saya. Manusia yang tidak pernah lekang dari kelemahan dan kealpaan. Tiada disiplin atau ilmu-ilmu tertentu. Terima kasih, jika kalian berjaya menikmatinya.

Laut,terlerai separuh rindu padamu

Laut, ia menyimpan seribu rahsia. Mencium aromanya, tergetar rasa cinta bercambah membunga. Kalau saya pandai melukis, akan saya lukis betapa indah ayu wajahnya laut. Merenung menatap wajah laut dalam pelbagai posisi, terasa hati mahu pergi ke kaki langit. Namun semakin didekati terasa,semakin jauh destinasi dan saya rasa tidak akan pernah sampai-sampai ke penghujung sana. Sang pujangga berkata kepada gadisnya “Oh kekasih! cintaku padamu tidak pernah bertepi,bagai lautan” Saya kata itu pembohongan semata. Cinta sesama manusia pasti ada limitasi. Kalau cinta punya pasang surut bagai air laut, itu boleh diterima pakai. Saya merenung seorang anak muda yang sedang leka bermain pasir sendirian. Dia tersenyum memandang saya. Mungkin benar, dalam diri seorang lelaki, terperangkap jiwa keanak-anakan di dalamnya. Entah! Mungkin lelaki sahaja yang ada jawapannya. Dan, saya melihat lelaki yang menikahi saya; beria-ria dia mau mengajak saya bermain jet ski. Setelah puas berkompromi, akhirnya saya...

Percubaan menulis dalam bahasa PSMI :D

I just finished watching this Japanese movie, “ 10 Promises to My Dog ” on Astro Box-office channel. And I realized how cute the dog was, and how awesome the boy was at playing the guitar (*smile*). I got curious, when I saw the promo on TV, so I asked my hubby to pay more for that Japanese movie ha! ha! Pay more for the movie that made me cry. Well, almost all movies make me cry (heck, even “Enchanted” made me cry, and it’s supposed to be a happy movie huhu...). But this had me crying for 15 minutes or so. Damn. My head hurts from crying so much. And it didn’t help that I watched this past midnight, so I had to stifle my sobs or else risk waking everyone else up here at home. (Right now, it’s 1:48 am.) Here’s the synopsis: Akari is a 14-year-old schoolgirl living in Japan’s Northern island of Hokkaido. One day, a puppy wanders into her yard, looking lost and frightened. She is a Golden Retriever with white paw markings. Akari named her Socks. Akari’s mother consents to her keeping th...

Entah apa aku mahu tajukkan entri ini. Nanti-nantilah!

Terkedang di katil dalam kesakitan dan kau pasti tidak tahu mahu buat apa-apa. Dan di waktu-waktu kau dalam kesakitan, kau pasti akan lebih teringat signal Tuhan tentang kematian. Bibir kau akan tdak terhenti-henti menyebut namaNya. Dan apabila kau terasa bibir kau sudah letih dan kejang, kau akan berzikir dan beristighfar dalam hati pula. Pada waktu itu, kau akan minta doa supaya cepat-cepat sembuh dan engkau pun berjanji dengan Tuhan, dengan diri sendiri akan akan sedaya upaya mencuba untuk menjadi hambaNya yang paling baik dan taat. Terkedang di katil dalam kesakitan dan kau pasti tidak tahu mahu buat apa-apa. Jarum jam terasa merangkak-rangkak berputaran dan hari-hari terasa sangat panjang. Kemudian, ingatan kau akan merangkak-rangkak ke zaman silam. Mengenang kesilapan, kealpaan atau kesengajaan (barangkali kesengalan) kejahatan yang pernah kau buat bukan? Perasaan berdosa pun datang bertimpa-timpa dan kau mula teringat tentang neraka dan siksa kubur yang pernah kau dengar mela...

Hari-hari yang dalam kesakitan yang teramat sangat, aku terpaksa berhenti menulis untuk beberapa ketika dan aku tiba-tiba teringat menulis juga adalah

Hari-hari yang dalam kesakitan yang teramat sangat, aku terpaksa berhenti menulis untuk beberapa ketika dan aku tiba-tiba teringat menulis juga adalah terapi kepada kesakitan. Ya. Hari itu tanggal dua puluh empat March, kami ke HKL. Dan misi-misi comel, tidak menarik perhatian aku okay!(Mungkin menarik perhatian lelaki yang sudi membawa aku dalam hujan yang begitu lebat menggila) Ah! Sukahatinya, aku tiada kuasa melarang matanya daripada memandang misi-misi cantik lagi ayu itu. Dan doktor berkata ubat-ubatan secara oral tidak lagi memberi menafaat padaku. Dia mula mengurangkan dos segala mak nenek ubat-ubatan yang diberikan sebelumnya. (Dan dia tidak tahu, aku terlebih dahulu mengurangkan dos tesebut berdasarkan kepakaran dan pengalaman aku sebagai pesakit Spasmodic Tortillis. Jangan ditanya aku tentang penyakit itu dan nama saintifiknya yang entah betul entah salah ejaannya. Aku pasti ia lebih menyakitkan dari sakit gigi, sakit kepala atau cirit-birit. Hingga mahu sujud mengadap Tuhan...

Tutup (masih dalam pertimbangan):P

Pada suatu hari yang aku terasa benar-benar ingin menutup blog, menghentikan segala tulisan dan repekan karut-marut di sini, Ya..tiba-tiba aku rasa menulis merepek lagi merapu macam menelanjangkan hidup sendiri (serius beb!),tapi aku ada tag yang perlu dijawab ha! ha! (Satu alasan yang cukup baik bukan?) Tag daripada Cik Amirah . 1. Anda rasa anda hot? ~ Tidak, sangat ‘cool’ sebab sudah seminggu saya sakit(hati) haha! 2. Upload gambar kegemaran anda. 3. Kenapa anda suka gambar ini? ~ Aku suka melihat orang meredah hujan. Tanpa berpayung lebih cantik. 4. Bila kali terakhir makan pizza? ~ Gaji terakhir, sejak aku berhenti kerja. 5. Lagu terakhir yang anda dengar ? ~ Lagu dari blog terang, Manusia Bodoh- Ada Band. 6. Apakah yang sedang anda lakukan selain daripada selesaikan tag ini ? ~ Minum kafien tiga dalam satu. Sumber inspirasi tu haha! 7. Tag lagi enam orang ~ Oh!tidak, supaya aku tidak perlu menjawab soalan seterusnya.(soalan lapan hingga dua belas) ha! ha! Mahu dengar alasan ...

Rasanya hidup ini teramat singkat untuk dihabiskan dengan berangan-angan

Kepala berpinar-pinar. Rasanya kehidupan ini terlalu singkat untuk dihabiskan dengan berfantasi yang tidak-tidak. Malam tadi. Seperti malam-malam yang selalu-selalu. Merasa sedikit kebosanan. Usai menonton tv sambil berangan-angan memeluk Mr.Caine yang kacak itu(*tersenyum sendirian*), aku keluar ke balkoni mengintai langit, mengira bintang lagi. Berharap kalau-kalau ada satu yang jauh di pangkuan. Bisa aku pinjam sinarnya, kuusap ke wajah. Mana tahu untung-untung kembali menjadi muda remaja ahaks ! (*berfantasi lagi*). Tiba-tiba aku terfikir alangkah baik kalau dapat bercuti dan berehat ketika ini.(Entah bila masa pulak aku bekerja). Maksud aku, jika dapat lari buat seketika dari rumah kuartes sempit dan sesak lagi sunyi ini alangkah baiknya. Keinginan aku untuk bercuti di tepi pantai atau daerah pergunungan yang dingin amat tinggi. Aku kepingin sekali menyusuri pantai sambil mengutip cengkerang siput, menyaksikan matahari terbit dan terbenam, menguis pasir di gigi pantai atau melo...

Letaklah tajuk apa-apa pun. Mungkin A Fishy Story.

Hero dan heroin filem A Fishy Story Setelah dua minggu. Hampir setiap hari. Inilah aktiviti aku. Kadang bermonolog sambil cuba-cuba membetulkan pronunciation bahasa baru. Sedangkan bahasa kedua itu pun terkial-kial mau memahaminya. Minggu pertama. “ Anata no namae wa nan des ka ?” Aku bertanya. Dan ia diam. Oleh kerana ia makhluk Tuhan yang hanya tahu mengiau-ngiau, maka aku terpaksa menjawab soalan sendiri. :p “ Wakutashi Mariani des ” ha!ha!. Aku syak si Coco pun sudah menyampah dengan aku. Hari ini. Ada sedikit kemajuan. Tadi aku bertanya khabar Morita san dalam bahasa ibundanya. Pulang ke rumah aku menghafal apa yang diajarkan. “ Ko re wa nan des ka ? “ Sore wa bla..bla..aa re wa bla..bla ” . Itu tanda aku sudah lupa dan esok perlu kembali merujuk nota. Tiba-tiba. Aku terasa aku macam Huang aka Maggie Cheung yang belajar bahasa Inggeris dalam filem “ A Fishy Story” “Every Monday I eat bla..bla..bla” “Every Tuesday I eat bla..bla..bla” Ha! Ha! Itulah sebahagian dialog dari filem...

Luahan hati makcik-makcik mungkin! :p

Jika kalian membaca repekan yang sangat merapu ini, jangan simpan dalam hati. Aku sekadar mau berkongsi meredakan keresahan emosi. Bau pagi sesudah hujan malam tadi amat menyegarkan. Hari minggu mahupun hari bekerja bagi penghuni kawasan pinggir Bandaraya Kuala Lumpur tidak banyak berbeza. Aku sunyi dan rasa sungguh tersendiri! Kadang kala, ingatan terhadap pekan kecil bernama Nishiawaji di pinggir Bandaraya Osaka menjelma kembali dalam kenangan. Aku sunyi dan rasa sungguh tersendiri! Perasaan yang tidak pernah berlebih kurang. Rasa terasing di bumi sendiri. Semakin hari aku rasa semakin sama situasinya. Jiran tetangga pulang bekerja sekadar menyapa kemudian menutup pintu. Sungguh! Aku tidak bermaksud menyalahi sesiapa. Aku memahami kepayahan dan keletihan itu. Ditambah lagi oleh kerenah bukan-bukan oleh pasangan dan anak-anak yang kadang waktu mencabar kesabaran, Tututan material memaksa kita berkerja. Ini Kuala Lumpur. Kalau duduk-duduk sahaja, tiada siapa sudi meminjamkan beras se...

Kelahiran vs kematian

Esok! Jika aku bangun pagi-pagi dan terbau aroma sebiji kek hari ulangtahun kelahiran alangkah baiknya. Waktu entri ini ditulis, jam sudah dua pagi! Dan aku mengingati hari ulangtahun kelahiran, di waktu yang sama aku teringat akan kematian. Punya kekasih, tapi dia tidak pandai menulis puisi untuk aku. Haih ! 2.00 am 16/3/2009

"Thanks you for the tragedy. I need it for my art" Kurt Cobain

Salah satu imej dari pakcik Gugel Kurt Cobain. Kata Kurt Cobain “Thanks you for the tragedy. I need it for my art” Jika dia seorang Muslim, sanggupkah dia bermadah begitu dan penghujung hayatnya juga adalah tragedi. Mengambil nyawa sendiri. ...................................................................... Hari itu, saya temui sebuah diari lama. Mungkin milik salah seorang teman serumah suami. Saya tahu tidaklah beretika membaca diari orang, tapi saya kepingin sangat untuk tahu apa yang ditulis oleh seorang lelaki. Hasilnya, wah ! Tiada apa-apa yang istimewa sangat selain dari cerita berkencan dengan awek-awek, lirik-lirik lagu zaman rock kapak dan betapa obsesnya dia dengan muzik Kurt Cobain. Ditampalkan foto-foto dan keratan akhbar mengenai Kurt Cobain. Dia pertikaikan apakah benar mendiang Mr.Cobain itu bunuh diri. “ Suicide or homicide ? Katanya. Obsess gila! Ha! Ha ! Dan saya kagum, dia menulis dalam bahasa Inggeris dengan baik sekali. Saya tanya suami, milik siapakah? Kata ...

Taubat 2

Oh Tuhan! Termampukah aku menulis yang indah-indah, dengan bahasa yang molek mulia, dengan prasangka yang baik-baik ketika melihat bangsaku mengkejami bangsaku. Bangsa yang mengucap "Tiada Tuhan, selain Engkau." Dan bangsa yang mengaku "Nabi Muhammad saw itu pesuruhMu". Yang ada-ada menindas si papa. Yang cerdik pandai mengambil kesempatan. Yang berkuasa membela anjing-anjing untuk mengigit bangsanya yang tidak bersatu suara dengannya. Dan anjing-anjing itu juga terdiri majoriti bangsaku. Kenyang disuap tulang-temulang babi, maka menyalaklah ia dan tunjuk taat setia sambil menggigit mangsa. Oh Tuhan! Kau ampunkanlah aku ketika aku tidak berdaya menegakkan ajaran yang disampaikan kekasihMu.. Di hari ulangtahun keputeraannya, sambutan-sambutan adalah retorik semata. Airmata aku tumpah lagi. Dunia ini dan isinya telah tua barangkali. Kepada balaci-balaci, pencacai dan penzalim dalam bentuk yang pelbagai, tahukah kamu doa orang dikejami sentiasa didengar Tuhan? Oh Tuhan...

Cuma Lima? Tidak mencukupi sebab aku ada banyak lagi(mungkin beratus haha!).

Kencan Fantasi Bunga Cinta Lestari (Waduh salah !Si Water lily ) Jika kamu kurang arif maksud ‘kencan’ sila rujuk mana-mana kamus dewan. Atau selalu-selalulah menonton sinetron dari sebarang(yang siap sarikata Bahasa Malaysia/Melayu) di kaca-kaca tv Malaysia atau saluran 121 Astro Aruna (saluran yang paling aku benci) Atau kamu boleh merujuk kepada bibik-bibik kamu. Dan mungkin juga bisa saja kamu rujuk anak-anak yang dididik oleh bibik-bibik kamu ha! ha! Oke , sekarang berbalik kepada persoalan pokok, menjawab tag dari Tok R yang (disayangi). Jangan disalah arti ya!. Aku sayang semua makhluk termasuk yang berada di angkasa lepas tau! Tok R, I just put 5 little cute pictures here. And I hope you can understand me babe!(with some words/sentences to describe it..Muah!) Saya mau kencan dalam musim-musim begini Bersama mamat ini Dalam keadaan begini (tunjuk kaki aja korang dah faham kan..kan..kan) Jika dikelilingi bunga-bunga ini lebih romanti c gitu ahaks ! Sambil menyanyikan lagu di baw...

Maka akan kubiarkan foto-foto ini bercerita

Saya yang 'hot' (Apa kes disuruh posing tengah panas lit-lit ) Gaza yang diuji penghuninya dengan perang-perang Teratai yang indah di atas kanvas Luahan hati sang pemilik kanvas Hasil kerja mereka yang kurang upaya. Aku tabik! Salah satu lukisan S. Amin Shahab Bersama pelukisnya (tumpang glemer ahaks!) Maka aku biarkan foto-foto ini bercerita ke mana kakiku melangkah dan dengan siapa telah aku bertemu atau mana-mana objek menarik yang telah bebola mata kami kongsikan. Dan setiap kali kaki aku melangkah, aku teringat adik botak yang kakinya tidak mampu lagi untuk melangkah. Dan setiap kali aku melihat sesuatu yang indah, aku teringatkan dia yang sudah kehilangan nikmat itu. Dan setiap kali aku menaip entri (biarpun dalam keadaan terketar-ketar), aku teringatkan Boy yang asyik bertanya padaku “Kak, kat sana ada kerja kosong tak?”. Boy menaip dengan menggunakan sebelah tangan Dan melihat lukisan-lukisan ini, aku teringatkan Alia yang melukis dengan jari-jemari kakinya. Seharu...

Cerita ini hanya fiksyen okay!

Dulu-dulu. Beberapa tahun yang dahulu. Amy berkenalan dengan Shimada san kerana projek teater tanpa dialog itu. Usai, seisi latihan dan dia akan duduk-duduk bersama Amy. Kadang berdua. Kadang bertiga dengan Lorna. Kadang berempat dengan Petra. Kerapnya mereka berdua. Mereka pun berbual. Bukan pasal babi. Atau pasal politik. Atau pasal duit. Bukan pasal seni lakon. Tapi pasal cinta. Tentang hubungan lelaki dan wanita. Pasal cinta okay ! Suatu hari, Amy bertanya. Sekadar ingin tahu. Lansung tanpa maksud tertentu. Tiada sebarang agenda. Tiada udang di sebalik mee (kata budak-budak nakal yang suka merosakkan peribahasa Melayu). “Shimada san, jika awak jatuh cinta dengan orang kurang upaya, adakah awak sudi kahwini dia?” Terkebil-kebil kedua bebola mata Shimada san. Soalan cepu emas Amy itu, seakan perangkap maut buat dia. Menuntut satu kejujuran yang maha telus. Shimada san tidak menjawab. Sehingga habis berbatang benda berasap toxic itu disedutnya. Dan Amy, menanti jawabannya hingga berc...

Pabila bersedih,harus saya ucapkan terima kasih.

Al Qur'an dan payung kertas hadiah dari Kay. Tapi Kay meminta saya tidak paparkan wajahnya. Pabila bersedih-sedih atau bersusah hati, kebiasaanya saya tidak bercakap dengan siapa-siapa. Saya pergi ke hamparan sejadah, tapi ada waktu duka itu tidak mahu nyah pergi. Degil sungguh ia! Saya bermonolog “Oh! Tidak boleh berputus asa”. Nanti hati boleh binasa kerana selalu mengikut rasa. Saya pujuk-pujuk diri, lantaran tiada siapa mau memujuk saya. “Oh! Saya kuat dan tabah” Sambil mengelap air mata (dan air hingus juga hahaha !) Lalu, saya buka almari melihat mug-mug yang saya kumpul dan hadiah dari teman-teman yang sentiasa saya hargai. Sekarang, keadaan ekonomi gawat. Saya sudah tidak mampu mengumpul apa-apa termasuk buku-buku atau mug kerana tidak bekerja. Jika ada pun,ia pasti hadiah dari teman-teman. Di Masakra lalu, saya mendapat hadiah dari Taf Teh dan Alina. Minggu lalu, saya bertemu dengan seorang teman blogger dan dia menghadiahkan saya sesuatu kerana entri ini . Terima kasih ...

Carutan serba ringkas saya.

Saya memang suka bercerita. Maksud saya dalam blog sahajalah. Kalau di luar saya agak pendiam. Lebih-lebih lagi kalau Abdul Razak ada. Dia suka memotong ayat-ayat saya. Kadang kala memang saya radang. Oh ya! Tadi saya menghadiri satu seisi temuduga. Saja! Test market konon! Walau saya sudah maklum jawabannya. Kecewa? Bila berpuluh kali saya diberitahu kebanyakan jawatan yang dipohon tidak sesuai untuk saya, apa patut saya merasa kecewa. Kesimpulan saya tentang majikan-majikan yang mendaftar untuk mencari pekerja secara online – Kamu semua (termasuk yang swasta, agensi pekerjaan dan SPA) memang bangang! Bodoh tahap dewa! Kalau kamu tidak mahu menggaji pekerja kurang upaya, mengapa panggil kami datang temuduga. Bukankah sudah tercatat dalam talian/ resume , kami adalah kurang upaya, siap dengan jenis kecacatan dan nombor pendaftaran sekali. Apa kamu buta? Kamu hari itu, menganjurkan ekspo pekerjaan untuk orang kurang upaya konon! Gah! Dengan makan-makan tempah catering lagi. Konon-kon...

Selamat Ulangtahun Khadijah.

Selamat hari lahir Khadijah. Moga kau bahagia adikku! Kau sahabat, kau saudara dan kau cerminku!. Secebis puisi buat kita berdua. DALAM MIMPI Dalam mimpi Kau tabur kelopak-kelopak mawar dan tulip Dengan ghairah aku kutip Sambil berlari wajah sesekali mendongak ke langit Melihat bintang-bintang berkelip Kita sama-sama cari cinta Di dalam dan bukan luar sana Kita sama-sama mahu sempurna Genggam erat tangan kita bersama Jangan lepas walau taufan datang Istana pasir pun tidak bisa runtuh goyang Ada kala Aku bosan bermimpi indah Bila terjaga hati tiba-tiba patah hiba gundah Aku benci merasa hampa Setiap kali tercelik mata. .........................