Langkau ke kandungan utama

Kelahiran vs kematian


Esok!

Jika aku bangun pagi-pagi dan terbau aroma sebiji kek hari ulangtahun kelahiran alangkah baiknya.

Waktu entri ini ditulis, jam sudah dua pagi! Dan aku mengingati hari ulangtahun kelahiran, di waktu yang sama aku teringat akan kematian.

Punya kekasih, tapi dia tidak pandai menulis puisi untuk aku.

Haih!


2.00 am
16/3/2009

Ulasan

ckLah @xiiinam berkata…
Besdey kau ke Mar?

Hepi besdey ye!

Abang Razak, jangan bagi pusi lah....kalau memamng tak pandai menulis pusi....

Tapi....bawak sang isteri keluar...jalan-jalan...cari makan....'sopin-sopin ape-ape saje' dia nak!!
Nafastari berkata…
Semoga impian kamu akan jadi benar!
a.b geldofg berkata…
boleh aku mjadi pnulis upahan utk kekasih mu..utk mnulis puisi utk mu?
hegira berkata…
selamat hari lahir kak lily.

kuntum bunga dan rintik hujan
dalam genggaman kamu
dan basah.
dan basah kuntum bunga itu
wakau tetap kamu genggam
mekar
mekar wangi dan penuh senyuman
senyuman buat ratu
pada hari lahirnya
yang menyahut dunia
dengan lantang pena virtual
dan menyahut dunia dengan lantang
mata hati
jiwa
selamat hari lahir
bunga kembang dengan rintik hujan.
addyaholix berkata…
salam hari lahir kak lily.

dalam berjuta bunga.
cuma kamu yang paling mekar.
dalam berjuta nama.
cuma kamu yang paling dekat.

=)
a.k.u.p.e.n.t.o.i berkata…
mak aih..besonya kek...?
achik berkata…
selamat ulangtahun kelahiran kak.. moga panjang umur murah rezeki..
Selamat Hari Ulang Tahun ke 39 Kak Mar.

Saya mahu menghadiakan kak Mar sekuntum puisi, tapi tiada puisi yang indah untuk saya hadiahkan.

:)
Selamat Hari Ulang Tahun ke 39 Kak Mar.

Saya mahu menghadiakan kak Mar sekuntum puisi, tapi tiada puisi yang indah untuk saya hadiahkan.

:)
Kapten Luffy berkata…
kekasih kena pandai tulis puisi ker? huhuhu
tasekM berkata…
hepi befday kak.

kalau ada kesempatan nnti kita makan kek kat resepi rahsia ye kak.

:)

errr... abg razak kita nk bawak ke tak payah? hehehehe....



.
Nizam.Ariff berkata…
Selamat Ulang tahun Hari Lahir....

Errr... pukul 2 pagi???
BuRuuj berkata…
Selamat ulangtahun kelahiran kak;)

kak, doa juga sebuah puisi kn?

"Ya Allah, ku mohon agar insan ini tabah menghadapi liku-liku kehidupan. Pimpinlah dia agar tidak tersasar dari persimpangan iman dan jauhilah dia dari malapetaka andai ibu kesabaran terlucut di kala kesempitan.. Ameennn:)
p_kadok berkata…
selamat hr lahir kak..semoga dipermudahkan segalanya..bulan march jugak ye akak nye birthday..:)
AL-BIMA SAKTI berkata…
salam,

selamat hari lahir.....
panjang umur murah rezeki
dia yg tak reti berpusi
tak bermakna hatinya tak suci....
kak ja berkata…
Salam WL,
Selamat harijadi, WL.. Semoga diletak dan dikekalkan di dlm lindungan dan peliharaan Allah swt hendaknya..
Lily Abdullah berkata…
T/kasih untuk semua yang mengirimkan sms,mendoakan dan kekasih-kekasih gelap yang berpuisi untuk saya.

Terima kasih!
iYda Juhar berkata…
hepi belated besday.

baru jumpa blog ini.

Catatan popular daripada blog ini

Aku Marhaein

Aku marhaein. Tidak tahu politik Suapan slogan muluk- muluk Glokal sana wilayah di sini Aku buta ekonomi Tiada kepentingan terhadap projek-projek megamu Tak bermaksud aku boleh engkau Pandir-pandirkan sesuka hati Aku marhaein Tahuku cuma Keluar saban hari Mencari sesuap rezeki Agar hidup kami Tidak perlu jadi penadah tangan di negara sendiri Jangan engkau suruh aku Ubah gaya hidup Kerna aku cuma bermotorsikal Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter dan bas Rapid KL Berasak-asak berdiri Setaraf pendatang. Tidak pernah menjejak Suria KLCC Tidak pernah merasa Starbuck coffee Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani Cuma sesekali merasa ayam KFC Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali. Jangan engkau bodohkan aku Dengan suapan slogan gila tidak munasabah Berjimat dengan pendapatan yang tidak seberapa Bukan aku pernah melancong ke luar negara Dalam negara pun tidak pernah Mahu balik kampung Pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira Kata si cantik seleberiti Kurangkan makan nasi Baik un...

Saya kembali

Rumah kecil tepi sawah yang sentiasa saya rindui I. Oktober dua puluh lima Perjalanan pendek yang kurang menyeronokkan tetapi saya gembira dapat berkenalan dengan saudara mara sebelah dia. Atuk, punyai ramai anak dari tiga orang isteri dan setiap kali berkumpul, kami terpaksa menanti giliran untuk menggunakan bilik air dan tandas. Entah berapa jumlah cucu-cicit atuk saya kurang pasti. Apa yang pasti, kami mempunyai bapa saudara paling bongsu berusia tiga belas tahun. Majlis perkahwinan ipar saya cukup meriah. Tidak seperti majlis perkahwinan kami tiga tahun dulu. Ala kadar dan biasa-biasa saja; tapi saya bersyukur,sekurang-kurangnya saya telah berkahwin. II. September dua puluh lapan Bas saya naiki dari Kajang ke utara tanahair bertukar salin sebanyak tiga kali dan saya terpaksa membayar extra charge . Namun perkhidmatan yang saya perolehi macam palat. Hati saya sekejap-sekejap beristighfar dan sekejap-sekejap menyumpah serahan sepanjang perjalanan. Saya tidak dapat tidur seperti sela...