“Mari bercerita tentang episod kehidupan” kata Cik Ninapop . “Kamu ditag” dia menjerit di peti jerit saya. Hidup kita berepisod-episod, berbabak; kita antagonist dan kita juga protagonist dalam waktu yang lain. Kita tuan sutradaranya. Kadang kala serentak. Saya sudah banyak menulis dan ada waktu memiktifkan sebahagian daripada kehidupan saya. Sudahnya, tidak banyak lagi episod-episod silam yang boleh diceritakan. Hanyalah ini! Episod 1 Saya dilahirkan di sebuah perkampungan yang namanya mungkin tidak tercatat dalam peta Malaysia. Walaupun tempat tersebut jauhnya kira-kira 45 minit ke bandaraya Alor Star. Ketika saya beritahu nama tempat itu, pasti mereka akan bertanya. “Situ banyak pokok limau ek?” Jenuh saya menerangkan tempat asal saya adalah perkampungan sawah padi. Jika ada pokok limau pun, hanyalah pokok limau purut; yang ditanam bertujuan untuk dibuat acar limau, daunnya untuk dimasak tomyam dan buahnya yang gugur juga dipercayai untuk menakutkan ular-ular berkeliaran, terutam
Ulasan
....biarlah kita faham dengan apa-apa yang kita lakukan, jangan bertindak dek kerana mengikut-ikut sahaj!
Entah, mungkin di kalangan mereka sendiri.
Apabila saya menulis perkataan 'entah lembu-lembu bodoh mana' terpulang kepada pembaca untuk membuat telahan.
Nizam,
Konvensyen tu pun tarak guna le weh. Atas kertas semua cantik,praktikal sangat2 hampes.
Rev,
Ye,cukup menyedihkan. Bertambahlah momokan ke atas umat Islam.
Encik Ahmad,
Adatlah, dalam isu2 sebegini ramai yang mau jadi hero. Yang tak solat pun sama2 ikut demo.
Kak Lah,
Entahlah kak, dari mana mereka ni belajar agama.
Sedih!
Saya mengerti mengapa beliau bertindak begitu.
muger2 negara akan tetap aman damai sentosa sejahtera senantiasa.. aminn