Langkau ke kandungan utama

Cerita kami

…………..

Dulu-dulu. Boy selalu menyanyikannya untuk saya. Merdu suaranya. Untuk kami sebenarnya. Untuk Man, saya dan dia. Sekadar suka-suka. Bila hati-hati kami sama-sama berkongsi lara. Atau di kala fizikal kami sedang gering dan kami berdegil tidak mahu mengambil pain killer. Mereka sambil-sambil menyedut asap nikotin dan mendengar saya membebel-bebel. Menyuruh mereka berhenti membakar wang. Sementara mereka pula akan membebel-bebel mengata saya penagih kafien.

Maka.

Lagu ini ingin saya kongsi bersama kamu. Sepanjang saya berpergian.

Dan.

Di sini ada cerita itu. Kali pertama saya belajar menulis separa fiktif dan kreatif di wadah bernama halaman blog. Cerita kami dan lagu kami. Cerita saya dan mereka. Lelaki-lelaki itu. Saya rindukan saat-saat manis itu. Mungkin tidak bisa berulang seperti dulu lagi. Tidak mungkin. Mereka memahami sebagaimana saya memahami. Saya pasti!

…………

Ulasan

Pa'chik berkata…
laa... ang nak pi mana pulak nih?


err... ada ghasa nak sedei-sedei dak?
masuk SINI
AieSha berkata…
jgn pergi lama sgt ya. kembali cepat!
Bunga Rampai berkata…
Ucapan sedikit lewat buat WL - selamat tahun baru, mudah-mudahan yang terbaik tahun ini.

Moga pergi dan kembalinya selamat. Salam :)
Ungku Nor berkata…
hmm..dah lama tak minum kopi..
bila kita nak minum sama2 aa??
;D
hegira berkata…
mahu kemana wahai kakakku?
ckLah @xiiinam berkata…
"maafkanlah...
kerana aku
cinta kau dan dia..

maafkan lah
yang tak bisa tinggalkan dirinya untuk bersama kamu..."



Sakitnya kalau 'kau' itu adalah aku....
tasekM berkata…
nak pi mana ni kak?
Nizam.Ariff berkata…
Kak, semoga semuanya baik-baik sahaja...saya doakan untuk kak, Amin.
addyaholix berkata…
jangan berlama-lama.
nanti hati jadi gundah.
rindu mungkin!
Kay berkata…
kay suka lagu ini.....hehehe
kad0k. berkata…
g bercuti lagi ke sis? jgn lama2 tauuuu
A t i Q a h berkata…
Pulang dengan selamat ya kak. I'll miss you. :)
boe~ berkata…
aku pun ada lagu kenangan
en_me berkata…
ammvoiii, nak gi jauh erkkk..
DeeN berkata…
Apapun, jaga diri kak! Semoga dilindungiNYA selalu!
Artozy berkata…
lily, di mana kau?
tasekM berkata…
kak. awat tak balik lagi nih....? :)
Masih belum pulang dari berpergian kak? :)