Langkau ke kandungan utama

Secebis nota kecil



........
Di suatu pagi nan dingin kerana hujan melebat seawal petang membawa ke dini hari.

Seorang perempuan bernama Kazue mennyediakan sarapan untuk lelakinya Shimada.

Di tepi meja, dia titipkan satu nota yang berbunyi:

~ Kepada kekasih yang Tuhan halalkan untukku. Maafkan aku kekasihku. Untuk menjahit butang dari kemejamu yang gugur pun, aku tidak mampu.~

Malangnya, nota kecil tersebut lansung tidak dipandang oleh lelakinya. Yang tergesa mau keluar berkerja. Katanya kadar inflasi naik mencanak-canak. Kuasa beli merudum-rudum turun. Dia tidak boleh mencuri tulang seperti dahulu. Nanti majikan mungkin memecatnya. Lalu bagaimana dia mau berbelanja itu dan membayar yang ini. Juga memenuhi tuntutan-tuntutan yang lain.

Lalu nota kecil itu, terbang dibawa angin pagi yang semakin mencerah.

Hilang!

Di celahan ranting-ranting ume yang hampir putus bunganya.

Beep! Beep!

One massage received.

“Aku memahami ketidakupayaanmu dan menerimanya sebagaimana kamu memerima aku seadanya isteriku”- Shimada (Kekasih yang Tuhan halalkan buatmu).


Kazue tersenyum sambil membetulkan baju tidur ala kimononya.
Bahagia!
Benarlah syurga itu sebahagiannya berada di bumi ini.

Di luar, ume yang hampir putus bunganya ikut tersenyum.

“Terima kasih Tuhan. Engkau kirimkan Shimada yang menghangatkan malamku.”
Kazue separa berbisik dan Tuhan mendengarnya.

Pasti!
....

Ulasan

Akak berkata…
Salam Waterlily...

Selamat pagi, semuga ceria sentiasa..

Bertuahnya seorang perempuan bernama Kazue dan beruntungnya seorang lelaki bernama Shimada..
tasekM berkata…
Shimada? mungkin aku tak punyai seumpama...
Lily Abdullah berkata…
Dik Tasik,
Tidak mengapa. Shimada cuma watak fiktif. Kan kamu juga punya kekasih yang Tuhan halalkan (:

ps: Yang tidak tahu menjahit butang baju itu aku. Kazue sangat pandai menjahit :p

Akak,
Memang bertuah Kazue dan Shimada. Mereka saling melengkapi. (;
Tanpa Nama berkata…
kak lily.

tolong carikan shimada untuk ku. terima kasih!
Brader Black berkata…
err,
ada x shimada versi wanita?
boe~ berkata…
dear lily ....
walau apa pun kita.... ingtlah... itu yg terbaik untuk kita. jgn sesekali merungut. yg penting berusaha kearah kebaikan.
Lily Abdullah berkata…
Zambri,
Ya betul. Sememangnya bukan niat mau merungut. Cuma kadang2 yang tidak dapat dilakukan itulah menjadi celaan orang.

Adik kachak,
Apa kata ko adaptasikan perwatakan Shimada dalam diri. Lebih baik gitu kan?:p

Lina,
Cari Muhammad dear. Kazue perempuan tipikal. Mana mungkin dia mau berkongsi kasih hahaha!

ps: Shimada bukan sempurna. Dia juga punya sisi gelapnya. :)
Pa'chik berkata…
shimada tu heater eh? ekekek...
;P
Kemat berkata…
romantis sekali cara shimada dan kazue mengungkapkan cinta
rudy bluehikari berkata…
Ada juga kalangan manusia tidka menghargai cinta yg dianugerahi Tuhan. Kazue dan simada ni ren ai ga saite irunda ne.

* anak saudara saya celebral palsy. moga ibu bapanya tabah setabah dirimu.
A t i Q a h berkata…
Uh. Ayat itu sangat asyik didengar. :)
Lily Abdullah berkata…
Tiqah,
Banyak sangat ayat-ayat ni.Yang mana satu? Ayat cinta Kazue-Shimada tu ek?:p

En Rudy,
ni ren ai ga saite irunda ne tu apa? saya tak faham hehehe...Tapi teringin sungguh nak belajar bahasa Jepun.

ps: Moga Tuhan merahmati anak itu dan ayahbondanya. Mudah-mudahan ada kekuatan dalam kekurangan itu. AMIN!

Encik Kemat,
Fiksyen cinta memang indah kan? Hakikatnya cuma kadang kala indah.Apapun terima kasih Tuhan(:

Chik,
Shimada adalah unggun api dalam kelahiran lain hahahah!:p

T/kasih
SHIMI berkata…
Romantis dan puitis bunyinya
Amalina berkata…
Salam kak,
nice, terdetik rasa sayeng, hehehe.
Lily Abdullah berkata…
Amal,
Wassalam. Hehehe...sesekali romantis. Semoga berpanjangan kasih sayang (:

ps: Ayat En Rudy tu apa maknanya. Akak teringin sungguh nak belajar bahasa Jepun hehehee..

Shimi,
Sesekali dik (:

T/kasih
malay-tree berkata…
wah...ala-ala tokyo drift laa..

heh!
kak ja berkata…
Salam WL,
Betapa beruntungnya mendpt seorg isteri/suami yg dpt memahami dan menerima kelebihan/kekurangan pasangannya, dgn hati yg penuh ikhlas, kan?
kad0k. berkata…
kazue..kamu beruntung kerana mendapat shimada..:)
Unknown berkata…
ucapan terima kasih dan syukur kepada Ilahi cukup dpt membahagiakan hati dan perasaan cinta
S.YanaZ berkata…
WaterLily,
Sangat menyukai entri ini.
Moga2 Tuhan telah pinjamkan kpdku seorg Shimada, hari ini.
:))
Amalina berkata…
Salaam,
oo tu maksudnya, kasih/sayang/ cinta antara shimada dan kazue sedang berbunga/ berkembang.

-ren ai tu cinta/ percintaan
-saiteiru tu berkembang (macam bunga berkembang)
-yg lain2 tu grammarnya.

selamat belajar nihonggo:D.
Yana Ismail berkata…
Alahai. They are made for each other:)
cikgooden berkata…
cuba-cuba nak faham....(ntah tak faham)
Lily Abdullah berkata…
Cikgu,
Abstrak sangat ke tulisan saya ni?:p

Yana,
Mereka saling melengkapi (;

Amal
Arigato gozaimas(itu aja yang akak tau weh hahahaha!)

Yanaz,
Berdoalah. (:

PG,
Kazue kadang2 lupa bersyukur. Dia cuma perempuan biasa.

Kadok,
Shimada juga (:

K/Ja,
Begitulah. Susah mengekalkan cinta. Tidak semudah jatuh cinta kan?

Pohon,
Tokyo drift?Bukan Tokyo Cinderella Story ek?:p

T.Kasih
Ungku Nor berkata…
*jahit butang baju sendiri sambil nyanyi lagu Once~ aku mau mendampingi dirimu, aku mau cintai kekuranganmu..* => kemudian hujan turun dengan lebatnya..hehehe
Lily Abdullah berkata…
Kak Ungku,
Wow, sungguh romantis gitu ahaks!

Catatan popular daripada blog ini

Aku Marhaein

Aku marhaein. Tidak tahu politik Suapan slogan muluk- muluk Glokal sana wilayah di sini Aku buta ekonomi Tiada kepentingan terhadap projek-projek megamu Tak bermaksud aku boleh engkau Pandir-pandirkan sesuka hati Aku marhaein Tahuku cuma Keluar saban hari Mencari sesuap rezeki Agar hidup kami Tidak perlu jadi penadah tangan di negara sendiri Jangan engkau suruh aku Ubah gaya hidup Kerna aku cuma bermotorsikal Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter dan bas Rapid KL Berasak-asak berdiri Setaraf pendatang. Tidak pernah menjejak Suria KLCC Tidak pernah merasa Starbuck coffee Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani Cuma sesekali merasa ayam KFC Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali. Jangan engkau bodohkan aku Dengan suapan slogan gila tidak munasabah Berjimat dengan pendapatan yang tidak seberapa Bukan aku pernah melancong ke luar negara Dalam negara pun tidak pernah Mahu balik kampung Pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira Kata si cantik seleberiti Kurangkan makan nasi Baik un...

.Dulu dan sekarang

Suatu hari di tahun 2 005. Finn memilih untuk ditempatkan di kelas Kursus Pembantu Tadbir Sistem Maklumat. Kata teman-teman, mengapa dipilih kelas sebegitu. Pilih sahaja kursus jahitan, mereka mencadangkan. Nanti susah mahu mendapatkan kerja. Tapi dia tidak peduli. Umur sudah tiga puluh lima dan guru kelas memanggilnya “kakak”. Finn tercari-cari di mana suis komputer. Dia bertanya rakan-rakan yang jauh lebih muda. Rata-rata mereka sekurang-kurangnya punyai sijil. Petanda mereka punyai banyak kelebihan. Sekurang-kurangnya kenal MS Word dan website. “ Hang okay kak?” Cikgu yang lebih muda dari Finn itu bertanya. Ber hang dan aku sahaja dia dan Finn. Sama-sama Kedahan . “ Hujung tahun ni hang menikah saja laaa ”. Mulutnya memang masin dan Finn bertemu lelakinya. “Finn, ko bagi saya sijil ko dan fotokopi sekali” Encik Z, penolong pengarah merangkap kaunselor kepada para pelatih. “ Buat apa cik Z ? Cari kerja untuk saya ke?” Finn keteringinan untuk tahu. “Ada laaaa ”...