Suatu hari di tahun 2 005. Finn memilih untuk ditempatkan di kelas Kursus Pembantu Tadbir Sistem Maklumat. Kata teman-teman, mengapa dipilih kelas sebegitu. Pilih sahaja kursus jahitan, mereka mencadangkan. Nanti susah mahu mendapatkan kerja. Tapi dia tidak peduli. Umur sudah tiga puluh lima dan guru kelas memanggilnya “kakak”. Finn tercari-cari di mana suis komputer. Dia bertanya rakan-rakan yang jauh lebih muda. Rata-rata mereka sekurang-kurangnya punyai sijil. Petanda mereka punyai banyak kelebihan. Sekurang-kurangnya kenal MS Word dan website. “ Hang okay kak?” Cikgu yang lebih muda dari Finn itu bertanya. Ber hang dan aku sahaja dia dan Finn. Sama-sama Kedahan . “ Hujung tahun ni hang menikah saja laaa ”. Mulutnya memang masin dan Finn bertemu lelakinya. “Finn, ko bagi saya sijil ko dan fotokopi sekali” Encik Z, penolong pengarah merangkap kaunselor kepada para pelatih. “ Buat apa cik Z ? Cari kerja untuk saya ke?” Finn keteringinan untuk tahu. “Ada laaaa ”...
Ulasan
kitorang sume ada utk temankan kak lily.
senyum, senyum... ^_^
sengaja nk bikin kamu senyum :)
tibe2 rase nak cHreT!
datang seorang pemuda ganteng,
dengan kuda putih,
gagah laksana,
bak seorang putera raja lagaknya,
dan dia berkata,
kak..mana jalan pulang ke syurga?
errr....ni permainan sambung kata kan?
kan kan kan?
salam ziarah..nice knowing u. i hope we'll become frens..=)
just smile, ur heart will feel better^^
Why?
Kalau boleh pertahankan kompas itu, pertahankanlah...
Dan menyokong kompas itu...
untuk seorang kakak.
(tapi bukan kakak kandung)
*hugs*
selamat berpuasa...
T/kasih. Entah apa2 yang saya tulis.
Selamat berpuasa(: