Langkau ke kandungan utama

Muha yang tabah

Muha ketika tahun 2006
Ini cerita Muha kira-kira dua tahun yang lalu. Kini beliau terlantar kesakitan yang amat sangat. Muha yang saya kenali hanya beberapa purnama itu, masih lagi Muha yang dulu. Saya melawatnya kira-kira tiga minggu yang lalu. Masih lagi sudi membantu saya menyiapkan proposal yang saya perlukan. Tetapi saya dapat merasakan ada sesuatu yang dirahsiakan dari saya dan naluri saya benar. Semalam saya terima sms Nizam,adiknya. Katanya Muha mau keadaannya dirahsiakan. Tapi adiknya tetap mahu memberitahu saya. Katanya,saya patut tahu keadaan sebenar abangnya. Pilu hati saya. Jika ada sesuatu yang perlu dan mampu saya lakukan saya ingin. Malangnya, Muha jenis insan yang paling tidak suka menyusahkan orang lain. Adiknya melarang saya melawatnya, sebab jika Muha tahu,saya diberitahu keadaannya yang sebenar; Nizam pasti dimarahinya. Saya sedih. Saya pilu. Hanya dari jauh termampu saya doakan. Anda yang membaca blognya,jangan percaya. Dia masih menulis dengan gembira ria. Seolah-olahnya segala dalam hidup ini begitu senang dan mudah belaka. Katanya di akhir pertemuan kami tiga minggu dulu " Ada rokok, ada makan sudah cukup kak". Yang lain-lain tidak perlu risau. " Gurauan yang buat saya ketawa dalam kepiluan. Dalam kesebakan. Itu yang buat saya kagum dan kadang kala irihati padanya. Saya belajar sesuatu dari anak muda ini. Kehidupan akan lebih mudah,jika kita fikirkan ianya mudah.

Ulasan

Sastri berkata…
sesungguhnya Muha ni orang yang tabah dan kuat orangnya... semoga Allah memudahkan segalanya untuknya...
Tanpa Nama berkata…
Salam Marianie...

Do'a saya semoga Muha dibawah kasih dan ikhsanNya. Moga Allah mudahkan urusan Muha dan memeberi lebih kekuatan mental mengharungi apa jua dugaannya. Amin.

Thanx for sharing. Salam saya buat Muha. Take care sis.
jagoan berkata…
Siapa nama sebenarnya? Saja tanya.
Salam WL.

Saya kagum dengan ketabahan Muha. Tak ramai yang boleh setabahnya, dengan menyembunyikan kesakitan dan penderitaan yang dirasainya.

Semoga dia terus tabah. Pasti tersembunyi hikmah di sebalik penderitaannya itu.
de_kerinchi berkata…
salam kak waterlily,

Sebenarnya ada waktu dan ketika, kita tidak mahu orang lain susah kerana kita... walaupun orang lain iklas, tapi kita masih tidak mahu membebankan orang lain dengan masalah kita....

Seperti saudara Muha, yang menyembunyikan kedukaan nya demi untuk mengembirakan orang dikelilingnya...

Apapun semoga dirinya dirahmati dan dilindungi Allah s.w.t.
abeming berkata…
"Kehidupan akan lebih mudah, jika kita fikirkan ianya mudah"

ye betul...kena tiru macam muha...=)
Lily Abdullah berkata…
Salam kembali.
Untuk semua yang singgah di sini dan mendoakan Muha.

May,
Ya..dia memang buat saya kagum & teruja.

abeming,
Seharusnya begitulah. Tapi bukan semua dari kita mampu melakukannya.

De-kerinci,
Memiliki sahabat begini ada waktunya buat hati kita gundah gulana,w'pun niatnya kita tahu suci mulia.

Joe,
akak baik? Terima kasih. Kembalikan pujian itu untuk Allah s.w.t yg menggerakkan hati kita untuk berlaku baik.

Purp,
Moga dia tabah dan lebih tabah. Itulah harapan kita

Ah Tok,
Untuk makluman. Namanya Noor Muha Aziz. Ada kat link tu.

Kak Raden,
Moga akak juga tabah selalu. Rasanya kak mungkin lebih memahami apa yg Muha lalui. Terima kasih kerana singgah.

Sas,
Dia & keluarganya mmg tabah. Kakak tahu sebab allahyarham abah dulu juga mengalami sakit yg sama
arsaili berkata…
salam kak waterllily..saya baru saja berckp ngan MUHA, seperti biasa dia ceria bila berbicara..tapi siap tahu hati di dalam

Catatan popular daripada blog ini

Aku Marhaein

Aku marhaein. Tidak tahu politik Suapan slogan muluk- muluk Glokal sana wilayah di sini Aku buta ekonomi Tiada kepentingan terhadap projek-projek megamu Tak bermaksud aku boleh engkau Pandir-pandirkan sesuka hati Aku marhaein Tahuku cuma Keluar saban hari Mencari sesuap rezeki Agar hidup kami Tidak perlu jadi penadah tangan di negara sendiri Jangan engkau suruh aku Ubah gaya hidup Kerna aku cuma bermotorsikal Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter dan bas Rapid KL Berasak-asak berdiri Setaraf pendatang. Tidak pernah menjejak Suria KLCC Tidak pernah merasa Starbuck coffee Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani Cuma sesekali merasa ayam KFC Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali. Jangan engkau bodohkan aku Dengan suapan slogan gila tidak munasabah Berjimat dengan pendapatan yang tidak seberapa Bukan aku pernah melancong ke luar negara Dalam negara pun tidak pernah Mahu balik kampung Pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira Kata si cantik seleberiti Kurangkan makan nasi Baik un...

Saya kembali

Rumah kecil tepi sawah yang sentiasa saya rindui I. Oktober dua puluh lima Perjalanan pendek yang kurang menyeronokkan tetapi saya gembira dapat berkenalan dengan saudara mara sebelah dia. Atuk, punyai ramai anak dari tiga orang isteri dan setiap kali berkumpul, kami terpaksa menanti giliran untuk menggunakan bilik air dan tandas. Entah berapa jumlah cucu-cicit atuk saya kurang pasti. Apa yang pasti, kami mempunyai bapa saudara paling bongsu berusia tiga belas tahun. Majlis perkahwinan ipar saya cukup meriah. Tidak seperti majlis perkahwinan kami tiga tahun dulu. Ala kadar dan biasa-biasa saja; tapi saya bersyukur,sekurang-kurangnya saya telah berkahwin. II. September dua puluh lapan Bas saya naiki dari Kajang ke utara tanahair bertukar salin sebanyak tiga kali dan saya terpaksa membayar extra charge . Namun perkhidmatan yang saya perolehi macam palat. Hati saya sekejap-sekejap beristighfar dan sekejap-sekejap menyumpah serahan sepanjang perjalanan. Saya tidak dapat tidur seperti sela...