Langkau ke kandungan utama

Elaun Pekerja Cacat aka Disabled Worker Allowance aka Elaun Lambat Dapat Tapi Potong Cepat.

Elaun yang tersebut di atas adalah yang diberikan kerajaan untuk warga OKU yang berkerja. Tidak kira makan gaji atau menjadi bos sendiri kami boleh memohon elaun tersebut asalkan pendapatan kurang dari tujuh ratus (RM 700). Sudah hampir setahun lebih saya berkerja, namun tidak juga merasa elaun tersebut. Pertamanya, saya mengakulah ia adalah kesilapan saya sendiri kerana kelewatan membuat permohonan untuk mendapat wang sejumlah RM200 itu. (banyak juga kan...sapa nak bagi banyak tu -lebih kurang sama banyak dengan gaji saya bulan lepas sebab banyak bercuti dan MC saya "dihilangkan" aka mungkin sengaja "dihilangkan" oleh "boss"). Keduanya, bukan salah saya(entah salah siapa) sampai sekarang saya belum merasa elaun tersebut. Seingat saya, saya telah membuat permohonan sejak Mac lepas. Di telefon ke "pejabat" itu - alasan pegawai cuti bersalin, pegawai berkursus, 1001 macam alasan. Tapi apabila bab nak memotong(gaji belum naik lagi...macam kes suami saya) ada pula pegawai bertugasnya. Ini bukan pengalaman saya seorang - ramai lagi rakan-rakan senasib saya alami pengalaman yang sama. Sebut saja EPC, ramai yang geleng kepala. Kata kawan saya Chin Kit, kalau I kaya ada sejuta tak I minta elaun tu. Alaa...kalau...hakikatnya kita perlukan wang itu sebab kita orang "kecil". Gaji baru RM 500. Bayangkan jika ada OKU yang berkeluarga - cukupkah RM 700 + RM 200 untuk menyara seorang isteri & empat anak di bandaraya Kuala Lumpur ini(bandar untuk orang kaya-raya). Ada juga cerita yang lagi bagus - ada "boss" cakap pekerja OKU bagi gaji ala kadar cukuplah, sebab mereka sudah ada EPC. Elaun dilewatkan bayarannya juga perkara biasa. Tidak mengapalah, itu pun kerajaan nak bagi(kata sesetengah orang). Saya cuma mampu mendengar.........tidak mampu bersuara.

Catatan popular daripada blog ini

Aku Marhaein

Aku marhaein. Tidak tahu politik Suapan slogan muluk- muluk Glokal sana wilayah di sini Aku buta ekonomi Tiada kepentingan terhadap projek-projek megamu Tak bermaksud aku boleh engkau Pandir-pandirkan sesuka hati Aku marhaein Tahuku cuma Keluar saban hari Mencari sesuap rezeki Agar hidup kami Tidak perlu jadi penadah tangan di negara sendiri Jangan engkau suruh aku Ubah gaya hidup Kerna aku cuma bermotorsikal Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter dan bas Rapid KL Berasak-asak berdiri Setaraf pendatang. Tidak pernah menjejak Suria KLCC Tidak pernah merasa Starbuck coffee Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani Cuma sesekali merasa ayam KFC Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali. Jangan engkau bodohkan aku Dengan suapan slogan gila tidak munasabah Berjimat dengan pendapatan yang tidak seberapa Bukan aku pernah melancong ke luar negara Dalam negara pun tidak pernah Mahu balik kampung Pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira Kata si cantik seleberiti Kurangkan makan nasi Baik un...

Saya kembali

Rumah kecil tepi sawah yang sentiasa saya rindui I. Oktober dua puluh lima Perjalanan pendek yang kurang menyeronokkan tetapi saya gembira dapat berkenalan dengan saudara mara sebelah dia. Atuk, punyai ramai anak dari tiga orang isteri dan setiap kali berkumpul, kami terpaksa menanti giliran untuk menggunakan bilik air dan tandas. Entah berapa jumlah cucu-cicit atuk saya kurang pasti. Apa yang pasti, kami mempunyai bapa saudara paling bongsu berusia tiga belas tahun. Majlis perkahwinan ipar saya cukup meriah. Tidak seperti majlis perkahwinan kami tiga tahun dulu. Ala kadar dan biasa-biasa saja; tapi saya bersyukur,sekurang-kurangnya saya telah berkahwin. II. September dua puluh lapan Bas saya naiki dari Kajang ke utara tanahair bertukar salin sebanyak tiga kali dan saya terpaksa membayar extra charge . Namun perkhidmatan yang saya perolehi macam palat. Hati saya sekejap-sekejap beristighfar dan sekejap-sekejap menyumpah serahan sepanjang perjalanan. Saya tidak dapat tidur seperti sela...