Langkau ke kandungan utama

BLUE MONDAY

Blue Monday I feel very lazy to go for work tomorrow. Why?? This month I can’t get enough money. School break for a week (RM30 X 7 = ?) + cuti merdeka (RM 30) +cuti hujung minggu(Sabtu & Ahad – 8 X RM30 = ?) = jumlah gaji yang saya dapat bulan ini. Berapa????Saya failed subject mathematic. Tolong kira sekejap. Kata mak “ tak pa biaq sikit asal diberkati” . Blue Monday?? Bukan pasal tu lah – saya Cuma geram bila “boss” tu nak ambil saya jadi permanent staff. Sedangkan yang mula bekerja bulan lepas sudah jadi permanent staff. Saya sudah buat surat . Katanya BI (bahasa bekas penjajah) saya tak betul. Betul lah agaknya….so saya tanya direct to the point “Why I can be a permanent staff here?” Jawabnya “ Awak masih belajar”. Aiii..pandai pula cakap Melayu…apasal dalam meeting cakap omputih je. Banyak sangat “boss” kat tempat kerja saya. Tanya Hons. Director dia pass dekat head teacher – Tanya head teacher dia kata tanya hons. Director. – mana satu ???Dah I tahun 8 bulan kepala saya pening dok bekerja dengan gaji RM 30 sehari tu. Yang saya pelik tu – hanya staff OKU dibayar gaji hari. Itu pun jangan - kalau orang press /TV datang macam ni lah bunyi ayat “boss-boss” saya. “We organize disabled centre. We have responsibilities to employ them. If we can’t make it, who else”. Ayat nak minta donations.

Catatan popular daripada blog ini

Aku Marhaein

Aku marhaein. Tidak tahu politik Suapan slogan muluk- muluk Glokal sana wilayah di sini Aku buta ekonomi Tiada kepentingan terhadap projek-projek megamu Tak bermaksud aku boleh engkau Pandir-pandirkan sesuka hati Aku marhaein Tahuku cuma Keluar saban hari Mencari sesuap rezeki Agar hidup kami Tidak perlu jadi penadah tangan di negara sendiri Jangan engkau suruh aku Ubah gaya hidup Kerna aku cuma bermotorsikal Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter dan bas Rapid KL Berasak-asak berdiri Setaraf pendatang. Tidak pernah menjejak Suria KLCC Tidak pernah merasa Starbuck coffee Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani Cuma sesekali merasa ayam KFC Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali. Jangan engkau bodohkan aku Dengan suapan slogan gila tidak munasabah Berjimat dengan pendapatan yang tidak seberapa Bukan aku pernah melancong ke luar negara Dalam negara pun tidak pernah Mahu balik kampung Pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira Kata si cantik seleberiti Kurangkan makan nasi Baik un...

Saya kembali

Rumah kecil tepi sawah yang sentiasa saya rindui I. Oktober dua puluh lima Perjalanan pendek yang kurang menyeronokkan tetapi saya gembira dapat berkenalan dengan saudara mara sebelah dia. Atuk, punyai ramai anak dari tiga orang isteri dan setiap kali berkumpul, kami terpaksa menanti giliran untuk menggunakan bilik air dan tandas. Entah berapa jumlah cucu-cicit atuk saya kurang pasti. Apa yang pasti, kami mempunyai bapa saudara paling bongsu berusia tiga belas tahun. Majlis perkahwinan ipar saya cukup meriah. Tidak seperti majlis perkahwinan kami tiga tahun dulu. Ala kadar dan biasa-biasa saja; tapi saya bersyukur,sekurang-kurangnya saya telah berkahwin. II. September dua puluh lapan Bas saya naiki dari Kajang ke utara tanahair bertukar salin sebanyak tiga kali dan saya terpaksa membayar extra charge . Namun perkhidmatan yang saya perolehi macam palat. Hati saya sekejap-sekejap beristighfar dan sekejap-sekejap menyumpah serahan sepanjang perjalanan. Saya tidak dapat tidur seperti sela...