Langkau ke kandungan utama

Catatan

Ketagihan

Hari ini saya bercuti. Sampai Ahad. Hari Selasa perlu berpergian lagi. Dengan pakaian yang sama, ubat-ubatan yang stoknya semakin bertambah. Sakit dan kelelahan yang tidak pernah berkurang. Saya tabahkan hati. Nyata saya kian mati. Saya malu kerana harus kalah pada tubuh yang sakit dan lelah. Saya mula mengesyaki. Ada sesuatu yang tidak kena dengan diri, Ketagihan! Kegilaan terhadap 'penerimaan' orang. Harus berhenti dan mencari diri!  .... and door is always open .

Analogi

Sakit  Rasa yang tidak mampu diungkapkan dengan kata. Kadang tersenyum. Menyimpan rusuh dan derita dalam diam. Pagi Sudah mula menampakkan separa senyuman. Mata masih enggan pejam. Otak ligat berfikir bagaimana mengatur timbunan tugasan ketika matahari celik keesokannya Laut Menyukai kamu. Tapi fobia dengan pasang surutmu. Gelora yang tidak terjangka. Lalu, aku hanya duduk memandang. Mencari garis sempadan di antara engkau dan langit. Namun yang kelihatan hanya kabus. Berbalam-balam. Sangat menyukai kamu. Tapi sekadar mampu berdiri di gigi air masin, menguis pasir. Sekali dipaksa terjun dan berenang terasa nafas sesak. Menggigil bukan kerana kedinginan. Tapi kegugupan melawan ombak kadang menggoyah harapan. Bertahanlah wahai diri yang kerdil dan tidak pernah terlepas dari khilaf!

Wordless

Cerita Macam-macam

Enam puluh tahun Terketar-ketar naik tangga buat pemeriksaan bangunan. Pukul 8 masuk dewan makan dan naik baran bila yang ditimbang tidak mencukupi dan barangan gagal memenuhi spesifikasi. Naik darah tengok claim Makcik Rozie puluhan ribu RM sedang perkhidmatan yang ditawarkan macam .........(isi tempat kosong dengan perkataan anda sendiri) Encik/Puan/Cik Boss asyik mahu semua kerja dipercepatkan. Sedangkan diri dan keupayaan makin  slow . Cerita lain "Bulan ni gua stress kak" kata adik kerani kewangan tukang kuli kira gaji. Yes,gua faham dek! Maunya kau tidak tertekan mengira gaji orang naik ribu-riban. Gaji kita naik hihihi..:p Cerita berkaitan. di sini ...dan mungkin jugak di sini .  Yes! gua faham. Alangkah baik jika pasir boleh ditanak Nota kaki WL: Entri-entri terkini kadang ditulis mengikut perasaan yang tidak begitu stabil. Lepas baca, sila abaikan.

Catatan Dinihari

Akhirnya saya terpaksa bersetuju dengan komentar Tok Rimau di dalam salah satu entri saya. " No pain, no gain " Agaknya itulah puncanya tulisan saya semakin tidak berjiwa. Tambahan pula berhadapan dengan situasi kesibukan yang semakin menggila. Malam-malam buta masih mahu ke ofis. Hujung minggu saya ponteng kelas kerana memenuhi tuntutan kerja.  Sudah hilang rasa. Menulis itu perlukan masa. Masa untuk merasai dan berfikir.  Saya sudah kehilangan rasa. Masa juga. Masa yang ada dihabiskan dengan memenuhi  tuntutan dan tanggongjawab kerja. Berpusing sebentar, Makcik Rozie akan hilangkan 2 kilogram anggur. Terlalai sekejap, 3 kilo daging akan berkurangan. Air minuman bercoklat nampak bumbung. Makcik Rozie memang sungguh David Copperfield! She's a good magician. Kadang kita cuba sebaik mungkin untuk mengikut peraturan dan menjunjung arahan. Yang menjadi dilema, kadang arahan tidak konsisten dengan peraturan. Tersepit sesak di tengahnya. "Saya boleh buat penge...

Lagu untuk hari dan minggu-minggu yang sesak

Isnin mampir. Selasa mahu berpergian. Enggan. Nanti sampai surat cinta tunjuk sebab. Fikir positif sahaja. Barangkali ada pengalaman manis untuk dikongsi. Berjauhan seketika. Lari dari rutin. Mungkin bagus buat diri. . . Selepas berpergian. Banyak laporan menanti. Aduh!

Dari kedua telapak tangan kosong yang ditadah ke langit

Sumber  Foto Aku adalah aku di mana pun tempatku berada. Berusaha menjadi diri sendiri di tengah bicara kosong dan dusta mereka Hidup terasing di tengah kecintaan para ektrimis duniawi Sedaya cuba menafikan rasa di dalam lubuk hati dan naluri untuk selalu berkata jujur. Terbalut rapat hedonisme yang telah menjadi kunyahan harian. Kemunafikan yang meluncuri bibir dari waktu ke waktu. Aku, barangkali juga kalian terpaksa hidup dalam pembohongan, demi menutup bangkai serakah. Demi menjaga hati orang,terkorban prinsip dan pegangan diri. Kadang waktu ! Menghancurkan segala. Dimulai dari kehormatan diri hingga segala kekayaan hati.  Sehingga tiada lagi yang tersisa kecuali setitis embun di tengah lautan tinta. Hati pun bertranformasi. Berubah wajah. Sekeping hati kini, adalah batu karang yang ditutupi lumpur dan lumut.  Laut, seperti yang kita maklum tidak sebiru yang kita duga. Kita sebegitu berani menerjang ombak besar nan perkasa. Padahal diri hanyalah selonggo...

Kacang Botol Makcik Rozie

                                                                 Sumber foto  Ini kacang botol makcik Rozie yang 'segar' Sumber : Chantiqs Ini yang 'segar' di mata saya. Cantik,segar atau apa-apa sahaja punya tafsiran yang berbeza.  Dan,pekerja Makcik Rozie pun berkata "Nak segar petik dari pokok la kak!" Membela majikannya. Nasib baik di situ tiada cili segar. Nasib baik sungguh!

Lagu untuk anak-anakku Syazati dan Ezzah

Harus kamu ingat,tidak semua yang kamu pandang indah itu indah. . . . Berhati-hati sayang! Jangan sebarangan mencuba

September dan sebuah catatan terbuka untuk Ayako

Barangkali ketika teman-teman sekerja melompat menjerit ceria kerana mendapat surat pengesahan jawatan,aku rasa itu biasa-biasa sahaja Ayako. Tidak sama rasanya keceriaan ketika penonton betepuk sorak dan siulan penonton selepas satu persembahan pentas. Juga tidak sama keceriaan ketika tulisan-tulisan terpampang di dada akhbar dan majalah. Aku barangkali sepertii kamu meremukkan mimpi untuk survival. Barangkali untuk sesuatu yang lebih diredhai Tuhan. September ini Aya, bulan untuk mengenang daun yang gugur, Harapan yang semakin kabur dan mimpi yang bertabur. Tercicir di celah-celah kesibukan dan kesakitan yang tidak semakin surut. Pagi ini aku terjaga dan tiba-tiba merindui rasa kedinginan yang membuat aku tertidur enak di dalam keretapi "O haiyo " Aku seolah terdengar suaramu pagi ini. Senyuman dan lesung pipitmu yang manis!

Puisi dari Jalan TAR

Semoga kamu terus bising sesak sarat dek warga asing Dalam kebingungan aku melangkah Hati gundah berputik tanya ini tanahku atau daerah mereka  Jalan TAR dan Jalan Ampang langkah kadang sumbang dan tempang kabur, keliru, sesak dan lesu dalam resah berputik soal mana saudara, mana banjingan Sarap sampah mengotorkan wajahmu Dosa pahala bergaul jadi satu Tiada silu, tiada malu dalam hati masih berputik tanya mengapa kalis hukum mengapa kebal denda Jalan TAR sudah terlalu tua engkau sudah lama wajahmu ditaburi sampah dan hanyir ludah! Sumber foto Jalan TAR 03.08.2011

Berbicara bersama bulan

<p><br>.</p> Semalam, dia tiada sesiapa. Lantas dia memilih untuk bercerita dengan Tuhan. Kemudian, berbicara dengan bulan. dan seekor kucing tidak comel sebagai teman. . . . Pagi baru menyusul lagi mencipta episod baru untuk hari ini. Dia menerung ke dalam diri yang punya banyak khilaf. Mengaku kepada diri dan Tuhan akan penderhakaannya. Barangkali sebagaimana dia mengaku Dia pembeli buku yang derhaka Juga seorang yang penulis yang khianat dengan impiannya. Mutakhir ini, hidupnya menjadi kelam kabut Lantaran melakukan perkerjaan yang tidak sealiran dengan jiwa. Tapi dia yakin, dia telah melangsaikan tanggungjawab dan amanah sedaya mungkin. Pentas, dia merindui kamu. Tapi itu tidak akan membawa dia ke syurga hakiki. Dan sebuah sajak untuk tatapan teman-teman. Yang entahkan benar tersiar,entahkan tidak HENTIAN PUDURAYA DALAM KENANGAN   1/ Saat aku turuni tangganya, Pandangan terus tertancap...

Sepak terajang dunia pekerjaan

Sumber foto Saya rasa kamu semua maklum, di dunia pekerjaan ada seekor kambing hitam. Jika berbangkit sesuatu masalah, si kambing hitam ada untuk kamu guna menjadi sepak terajang kamu. Tuding menuding pun berlaku dan akhirnya berbalik kepada si kambing hitam itu. Tidak mengapalah saya ada. Masih berdiri teguh dan bersabar. Kamu boleh buat sesuka kamu, kerana segagah mana pun saya  berdiri membela diri saya tetaplah seekor kambing hitam. . . Kamu tahu, mengapa saya cenderung bergaul dengan orang bawahan berbanding kamu.  Tidak lain, kerana saya bermula sebagai seorang tukang sapu  dan tukang cuci pinggan. . . Namun sesudah berada sedikit di atas, saya masih bersifat dengan sifat kekulian saya. Saya memahami masalah mereka. Namun tidaklah, sampai saya mengabaikan tanggungjawab hakiki saya, menjaga kebajikan pelajar dan pihak majikan. . . Anak-anak sekarang, konon sangat bijak tetapi sebenarnya manja dan mengada-ngada. Kalau kamu mahu tahu, saya pun pernah tinggal...

Bolehkah dipercayai?

Ketika saya menggugel kata kunci "Lily Mariana Abdullah" saya bertemu ini Membuatkan saya menjadi musykil dan tertanya-tanya. Bilakan sajak ini tersiar dan bilakah tarikh saya menerima saguhatinya.  Mengikut rekod,sajak ini tersiar pada 25/4/2010. Bolehkah pengkalan data ini dipercayai? Suratkhabar lama..paper lama ...siapa ada. Saya mahu lihat hiks! , Yup..yes..biarpun terlambat, saya sudah berjaya membuat print screen pada blog.

Telefon Bimbit

, Rupanya hidup tanpa kamu adalah sangat 'sorga'.  Dan kalau aku, membeli kamu lagi, aku rahsiakan nombormu. Digunakan bila perlu dan nombor hanya diberikan untuk keluarga,kawan yang akrab dan urusan kerja semata , , Rupanya hidup tanpa kamu lebih 'sorga' Hahaha!

Lima catatan kenangan sesudah bermastautin

/1/ Sebuah tren dalam kenangan Dalam gemerlap cahaya pagi pada sebuah kota dengan seribu kerlip di masa lalu aku menjerit tanpa suara, rasa putus asa kadang tersisa didera bayu dingin yang ranum Ah! kota ini, yang paling ku benci dalam separa cinta dalam sesak nyawa mungkin masih ku ingat namanya sekadar satu dua kota yang ku jalani dalam lambaian cerita waktu usia separuh ranum bisa tancapkan sejarah di minda kenangan Penguasa asyik bermadah seloka bukan tentang air sumur senja yang dibasahkan jiwa di paruh waktu bukan tentang tumpahnya air mata di masa lalu bukan Tuhan yang di sembah di lima waktu bukan tentang penjual kaki lima yang sentiasa lari dikejar mereka pastinya gadis-gadis bermata bundar, berharuman Estee Lauder dan bagaimana harus menawan mereka dengan mandat diberi rakyat Malam bertransformasi pagi dan pagi adalah babak baharu dalam jurnal kehidupan ia hidup bersama nyawa seribu embun di serumpun bambu tua di sebuah pagi seranum anggur peram pada...

Lesu dan sesak

Hati sedang gloomy . Di waktu pagi kepanasan sudah mencakar diri . , so speechless

Lima musim

Oh! Rupa-rupanya sudah hampir 5 tahun menulis dan berkongsi cerita di halaman ini. Kesimpulan yang dibuat, entri semakin ramai yang membaca. Komentar semakin kurang.Tidak mengapa, saya pun semakin jarang bertandang ke halaman kawan-kawan. Jika ada pun,kadang membaca dan mencerna dalam diam. Adam Zhacary Sungguh, saya tidak tahu. Anak manis tampak sopan dan pendiam yang selalu memberikan salam dan tersenyum kepada saya itu rupaya anak bujang Allahyarhamah kak Dalillah Tamrin. Ah! Betapa dunia ini sederhana kecil. Tamtam  Ibu saya sudah meninggalkan saya. Dikuti oleh adik-adik yang masih mnyusu dan belum celik mata.  Saya tidak semolek anak kucing yang dijual di kedai-kedai haiwan peliharaan. Tapi, saya bertuah. Seorang perempuan, sanggup menyayangi saya tanpa syarat. Nama saya Tamtam. Rupa tidak comel. Berbulu hitam pendek. Baka tempatan. Ibu melahirkan saya di bawah mesin basuh perempuan yang menyayangi kami tanpa syarat. Tamtam Nota:  Tika entri ini ditulis,...

Kalau kau beritahu aku wang bukan segalanya aku akan rompak kamu - Anne Lily

Cik Tam(2010-2011) Ketika 8/7//2011 - orang masih belum keluarkan duit gaji bulan Jun, baki gaji Anne cuma tertinggal RM10 di dalam  bank bercapkan kepala 'meow besar' itu. Semalam di dalam dompet Anne, cuma ada RM80.80 tunai. Sudah dihabiskan sebanyak RM40.00 tunai juga kerana terpaksa membeli susu anak-anak 'meow' kecil berusia 2 hari yang kematian ibu dilanggar kereta jiran. Anak-anak 'meow' enggan minum susu yang dibelinya. Dan seekor telah menurut jejak ibunya petang tadi.  Anne masih cuba memberikan susu kepada ketiga-tiga anak 'meow' yang masih hidup. Ternyata usahanya menemui jalan buntu. Anne cukup hiba. Tiba-tiba Anne, teringat akan baki wang yang ada. Lagi-lagi Anne jadi hiba. Sudah dua malam suara-suara anak-anak ' meow' mengganggu tidur dan hari-hari dia perlu untuk mengecap sedikit ketenangan di hujung minggu sedikit terganggu. Anne buntu,apa lagi yang boleh dilakukannya selain bercerita pada kalian di ha...

Fiksi-fiksi sebaris ayat dan sebuah puisi yang tidak tersiar di media besar (di kala mata enggan pejam)

sumber foto Menanti Dia menantimu sehingga nyawa cair dan larut bersama empingan salju. Kesakitan Di hadapanku seorang perempuan muda berambut keperangan berwajah ala selebriti sedang diambil tekanan darahnya. Oh! Betapa kesakitan tidak memilih rupa dan usia Parut luka Telinga telah lama melepuh dengan hinaan dan cacian bergulung-gulung dalam jelmaan seekor ular. SALJU DAN RUMAH AGAM dari seberang aspal berdiri tegak rumah agam kepulan salju yang kedinginan jatuh cinta pada sepasang mata di mana matahari memancar ia, sang salju memutih itu, ingin sekali mati terbakar pada sepasang mata dari seberang lain, tegak rumah agam lebih indah dan sepasang mata perempuan jatuh cinta pada kepulan salju bersih putih di mana ais berkepalan, berhablur dan berakar sepasang mata itu ingin sekali ikut mencairi kepalan salju, mengalir lalu hanyut Rumah-rumah agam, tidak betah berbuat apa-apa kecuali basah dan dingin lamannya menangis. Sepasang mata pe...