Langkau ke kandungan utama

Catatan terakhir tentang hujan


Sering aku berpaling dari janji
usah tertipu akan ikrar 
perempuan ini 

Aku masih bisa diajak bermain hujan
di jalanan, di taman-taman
aku barangkali masih berjiwa hingusan
ketika usia  mencecah empat puluhan

Maafkan aku
hari ini aku enggan  lagi bermain hujan
di dalam coretan 
di dalam sajak, hujan melulu
basah , resah dan lesu

Dingin bayu memutarkan kenangan
pernah lipatan kertas kau jadikan sampan
basah dan hanyut ditelan 
rakus gelombang

Sebuah sajak aturan aku, sering
menutup mata pada banjir
menutup telinga pada petir
Inilah yang terakhir
tentang hujan.
Kerana aku perempuan   
yang sering  berpaling dari janji, 
usah percaya melulu

Aku masih bisa diajak bermain hujan.

Bukit Changgang, Banting. 

 


Ulasan

akirasuri berkata…
Manis :)

Sekarang musim hujan, dan banjir!
Hehe.


Apa khabar kak?
Jaga diri.


Salam.

Lily Abdullah berkata…
Manis ye ? Apa yanng manis? Kadang2 bila tulis takut nak dakwa tulisan tersebut sbg puisi/sajak.

Kakak baik2 saja. Cuma tangan masih sakit kadang2. Patah bahu la katakan. Lambat sembuh.

dok kira2 dah masuk bulan ke 4 ni. Yang bersalin masa kak accident hari tu dah besar babynya :)

Catatan popular daripada blog ini

Aku Marhaein

Aku marhaein. Tidak tahu politik Suapan slogan muluk- muluk Glokal sana wilayah di sini Aku buta ekonomi Tiada kepentingan terhadap projek-projek megamu Tak bermaksud aku boleh engkau Pandir-pandirkan sesuka hati Aku marhaein Tahuku cuma Keluar saban hari Mencari sesuap rezeki Agar hidup kami Tidak perlu jadi penadah tangan di negara sendiri Jangan engkau suruh aku Ubah gaya hidup Kerna aku cuma bermotorsikal Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter dan bas Rapid KL Berasak-asak berdiri Setaraf pendatang. Tidak pernah menjejak Suria KLCC Tidak pernah merasa Starbuck coffee Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani Cuma sesekali merasa ayam KFC Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali. Jangan engkau bodohkan aku Dengan suapan slogan gila tidak munasabah Berjimat dengan pendapatan yang tidak seberapa Bukan aku pernah melancong ke luar negara Dalam negara pun tidak pernah Mahu balik kampung Pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira Kata si cantik seleberiti Kurangkan makan nasi Baik un...

.Dulu dan sekarang

Suatu hari di tahun 2 005. Finn memilih untuk ditempatkan di kelas Kursus Pembantu Tadbir Sistem Maklumat. Kata teman-teman, mengapa dipilih kelas sebegitu. Pilih sahaja kursus jahitan, mereka mencadangkan. Nanti susah mahu mendapatkan kerja. Tapi dia tidak peduli. Umur sudah tiga puluh lima dan guru kelas memanggilnya “kakak”. Finn tercari-cari di mana suis komputer. Dia bertanya rakan-rakan yang jauh lebih muda. Rata-rata mereka sekurang-kurangnya punyai sijil. Petanda mereka punyai banyak kelebihan. Sekurang-kurangnya kenal MS Word dan website. “ Hang okay kak?” Cikgu yang lebih muda dari Finn itu bertanya. Ber hang dan aku sahaja dia dan Finn. Sama-sama Kedahan . “ Hujung tahun ni hang menikah saja laaa ”. Mulutnya memang masin dan Finn bertemu lelakinya. “Finn, ko bagi saya sijil ko dan fotokopi sekali” Encik Z, penolong pengarah merangkap kaunselor kepada para pelatih. “ Buat apa cik Z ? Cari kerja untuk saya ke?” Finn keteringinan untuk tahu. “Ada laaaa ”...