Langkau ke kandungan utama

Ketagihan

Hari ini saya bercuti. Sampai Ahad. Hari Selasa perlu berpergian lagi. Dengan pakaian yang sama, ubat-ubatan yang stoknya semakin bertambah.

Sakit dan kelelahan yang tidak pernah berkurang. Saya tabahkan hati. Nyata saya kian mati. Saya malu kerana harus kalah pada tubuh yang sakit dan lelah.

Saya mula mengesyaki. Ada sesuatu yang tidak kena dengan diri,


Ketagihan!

Kegilaan terhadap 'penerimaan' orang.

Harus berhenti dan mencari diri! 

....and door is always open.

Ulasan

tasekM berkata…
ketagihan alaf baru tu kak.

hiks.




.
Lily Abdullah berkata…
haha..ketagihan alaf baru..tapi dah lama aku melaluinya.

Aku baru sedar lepas tengok Oprah

hehehe..
Nizam.Ariff berkata…
Aku ketagihkan diri sendiri...


huhuhuhu... sob sob sob...
Cikgooden berkata…
lama tak ai sini..nak kena baca last last ntri....awat hang jadi gena, lily?..
Brader Black berkata…
Mungkin kau patut baca Tuesdays With Morrie, kak.

Catatan popular daripada blog ini

Aku Marhaein

Aku marhaein. Tidak tahu politik Suapan slogan muluk- muluk Glokal sana wilayah di sini Aku buta ekonomi Tiada kepentingan terhadap projek-projek megamu Tak bermaksud aku boleh engkau Pandir-pandirkan sesuka hati Aku marhaein Tahuku cuma Keluar saban hari Mencari sesuap rezeki Agar hidup kami Tidak perlu jadi penadah tangan di negara sendiri Jangan engkau suruh aku Ubah gaya hidup Kerna aku cuma bermotorsikal Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter dan bas Rapid KL Berasak-asak berdiri Setaraf pendatang. Tidak pernah menjejak Suria KLCC Tidak pernah merasa Starbuck coffee Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani Cuma sesekali merasa ayam KFC Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali. Jangan engkau bodohkan aku Dengan suapan slogan gila tidak munasabah Berjimat dengan pendapatan yang tidak seberapa Bukan aku pernah melancong ke luar negara Dalam negara pun tidak pernah Mahu balik kampung Pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira Kata si cantik seleberiti Kurangkan makan nasi Baik un...

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.