Langkau ke kandungan utama

Kalau kau beritahu aku wang bukan segalanya aku akan rompak kamu - Anne Lily

Cik Tam(2010-2011)
Ketika 8/7//2011 - orang masih belum keluarkan duit gaji bulan Jun, baki gaji Anne cuma tertinggal RM10 di dalam  bank bercapkan kepala 'meow besar' itu.

Semalam di dalam dompet Anne, cuma ada RM80.80 tunai. Sudah dihabiskan sebanyak RM40.00 tunai juga kerana terpaksa membeli susu anak-anak 'meow' kecil berusia 2 hari yang kematian ibu dilanggar kereta jiran.


Anak-anak 'meow' enggan minum susu yang dibelinya. Dan seekor telah menurut jejak ibunya petang tadi.  Anne masih cuba memberikan susu kepada ketiga-tiga anak 'meow' yang masih hidup.


Ternyata usahanya menemui jalan buntu. Anne cukup hiba.


Tiba-tiba Anne, teringat akan baki wang yang ada. Lagi-lagi Anne jadi hiba. Sudah dua malam suara-suara anak-anak ' meow' mengganggu tidur dan hari-hari dia perlu untuk mengecap sedikit ketenangan di hujung minggu sedikit terganggu.

Anne buntu,apa lagi yang boleh dilakukannya selain bercerita pada kalian di halaman blog. Ketika orang ramai heboh bercakap tentang Bersih, perhimpunan halal dan haram.segala mak nenek pertubuhan, NGO-NGO halal haram, tidak berdaftar bla..bla..blaa...bla. Anne tiadak perdulikan itu semua.  Malah siaran berita di TV cukup meloyakan tekak.

Anne cuma insan kerdil, kecil dan tidak berdaya hatta menyelamatkan dirinya dari kesempitan dengan berbekalkan gaji kurang dari RM900.00 tunai. Atau menyelamatkan anak-anak 'meow' yang kematian ibu.

Anne mencongak-conggak. Ke mana wang gajinya telah dihabiskan.

Oh! Bulan ini separuh dari gajinya digunakan untuk membeli 4 buah buku tebal. Salah satunya tulisan Murakami.


"Apa harus saya buat Remy?'' Via YM Anne bertanya pendapat
kekasih sahabatnya. Serius.

"Pergi rompak bank..." balas Remy via YM juga seraya mengirimkan
icon budak bulat berwarna kuning sedang ketawa berguling-guling. Cadangan keji seterusnya dari Remy barangkali menanam pokok ganja, atau mengedar kanabis. Saranan selebihnya, mungkin berbunyi lebih keji.


"Dem!"


Anak-anak 'moew'  masih mengiau kelaparan. Anne seakan terlhat ibu kucing di balik cermin
sliding door  kuartes yang didudukinya.

Ibu kucing merenung hiba dan sayu ke arahnya. Seolah berkata padanya "Perempuan baik, jagalah anakku sedaya kamu.  Esok lusa barangkali ada lagi yang bakal mengikutku. Kami akan bergi jauh dari hidupmu"


Anne, mengesat pipinya yang basah.

Langit mendung dan aspal di hadapan kuarters sudah dua hari kebasahan

Ulasan

tasekM berkata…
aku pernah dulu jumpa ank kucing tanpa mak.
kebetulan.
ada ibu kucing lain yg sedang menyusukan ank.
aku tumpangkan...
mmg susah nk bg susu ke ank kucing baby sbb deme tak reti menjilat, kan..?


.
tasekM berkata…
remy...
aku melihat dia adalah aku...






heh.

.
Brader Black berkata…
Life is like a dick,
sometimes it gets hard for no reason.
Nizam.Ariff berkata…
..aku tak tahan melihat 'meow' kecil menangis... sooooo helpless....
Lily Abdullah berkata…
Nizam,
Aku mmasih hiba melihat ketiga-tiganya hidup dan tinggal nyawa2 ikan.

Remy,
Stongly agree. Hidup kadang memang palat.

Tas,
Aku sedih ni. Remy versi poompuan yu lah. kalu versi lelaki adik kita yang dah tak mengaku kacak lagi tu haha..

Oh! kena balik sambung keja...aaahh..palat..
Anonymous berkata…
wow..

u're getting better and better..each entry.

Barangkali, kalau kamu menulis puisi dan deklamasikannya di pentas marhaen..berbondang2 manusia aku memenuhi jalan dan melaung-laungkan aspirasi kamu.

Tapi, kamu cuma berpuisi dari sudut hati, menulis dari sudut sepi..lalu manusia2 seperti aku yang tiba-tiba terasa hiba...

Aku laung-laungkan aspirasi kamu di dataran fikiran aku...

~po
Lily Abdullah berkata…
Po,
Biarlah, aku menulis di sudut-sudut sepi dan terpinggir.

Jika menulis di halaman besar, tak terkesan di hati orang pun tiada faedahnya

:)
Nizam.Ariff berkata…
Betul kak, aku lebih suka orang menghayati puisi kerana aku akan rasa mesej itu sampai..
Lily Abdullah berkata…
Zam, akak mahu menulis di medium yang lebih besar. Tapi di sana persaingan sangat sengit.

Hanya yang terbaik,sudah ada nama besar selalu mendapat tempat.

Anggap saja di sana bukan rezeki kita. Kalau asyik fikir mahu tulis dan mahu segala tersiar di media perdana, percayalah kita takkan mampu menulis apa-apa pun.

:)
kad0k. berkata…
akak jugak terbaik pada kami..:)

owhhh..akak dah buat yg terbaik pada anak kucing itu..selebihnya berserah padaNya...:)
Tanpa Nama berkata…
Mush jua menghitung...
Menghitung hari dan duit baki...
Makbonda61 berkata…
Lalu Tuhannya akan perintahkan Malaikat supaya memberitahu makhluk lain agar suka perempuan baik ini,dan dia terus baik sehingga akhir hayatnya.Makhluk lain terus suka padanya walau dia sudah sirna dari dunia.
Lily Abdullah berkata…
Kak Has,
Anak kucing itu mati juga akhirnya, perempuan baik meneruskan hidup seadanya.

Sedikit kesempitan, tidak pula sampai kelaparan :)

Kadok,

:)

Mush,

Semua kita begitu, kata orang lagi besar periuk, lagi tebal keraknya.

Kes tak tau tanak nasini haha!

t.kasih

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan

Cerita ini hanya fiksyen okay!

Dulu-dulu. Beberapa tahun yang dahulu. Amy berkenalan dengan Shimada san kerana projek teater tanpa dialog itu. Usai, seisi latihan dan dia akan duduk-duduk bersama Amy. Kadang berdua. Kadang bertiga dengan Lorna. Kadang berempat dengan Petra. Kerapnya mereka berdua. Mereka pun berbual. Bukan pasal babi. Atau pasal politik. Atau pasal duit. Bukan pasal seni lakon. Tapi pasal cinta. Tentang hubungan lelaki dan wanita. Pasal cinta okay ! Suatu hari, Amy bertanya. Sekadar ingin tahu. Lansung tanpa maksud tertentu. Tiada sebarang agenda. Tiada udang di sebalik mee (kata budak-budak nakal yang suka merosakkan peribahasa Melayu). “Shimada san, jika awak jatuh cinta dengan orang kurang upaya, adakah awak sudi kahwini dia?” Terkebil-kebil kedua bebola mata Shimada san. Soalan cepu emas Amy itu, seakan perangkap maut buat dia. Menuntut satu kejujuran yang maha telus. Shimada san tidak menjawab. Sehingga habis berbatang benda berasap toxic itu disedutnya. Dan Amy, menanti jawabannya hingga berc

Sebuah cerita ketidakprihatinan.

Ini cuma dua kisah yang terkumpul menjadi satu. (sebuah cerita ketidakprihatinan) Satu. Satu pagi, May terbangun lambat. Terlewat ke tempat kerja, sudah pasti bos perempuan itu memcemik muka. Sebagai manusia biasa, May sensitif okay. May perlukan pekerjaan dan dia berusaha sedaya mungkin untuk datang awal. Malangnya, bos perempuan yang selalu dihantar suami ke pejabat dengan kereta besar itu tidak pernah peduli akan kepayahannya terkejar-kejar menaiki kenderaan awam. Cemikan muka yang terpaksa ditelan setiap kali dia terlewat, cukup menjengkelkan. Luka yang berulang-ulang, apakah bisa sembuh dengan satu petikan jari. Pagi itu May mencari-cari teksi. Malangnya, tiada seorang pemandu pun yang mahu mengambilnya sebagai penumpang. Semua menggeleng kepala dan menarik cermin tingkap ke atas. May tahu, dia berbeza. Tapi apakah kerana perbezaan itu,dia dilayan sedemikian rupa. “Malaslah aku,nak ambil orang tak cerdik macam tu. Nanti,tambang siapa mahu bayar tambang dia.”Ucap salah seorang dari