Langkau ke kandungan utama

Tentang kematian


Jika boleh memilih, tiada siapa pun mahu mati dengan cara yang paling dajal. Maksud aku, diselubungi misteri dan tragedi.

Semua mahu mati di atas tilam paling empuk!

Di kelilingi insan-insan tersayang yang mendoakan kesejahteraan kita memulakan perjalanan ke alam baharu.

Tidak kisah apa ras atau kepercayaan atau ideologi potitik; manusia punya keinginan yang hampir sama walau tidak serupa.

Tiada seorang pun mahu mati hangus. Mati dengan tubuh bersepai. Atau mati dengan tubuh diletup dan dikecai-kecaikan mahu pun dikerat lapan.

Jadi, sekalung tahniah untuk manusia yang sanggup mengambil nyawa manusia lain atau menyebabkan kematian mereka dengan cara yang tidak dipinta.

Tanpa hak!

* hari ini aku dalam kesakitan dan aku pun menulis fasal kematian *

Tiada kena-mengena dengan soal politik okay!

PS: Sebenarnya aku risau “mati” di bawah akta yang bernama penindasan.

Aduh! Di sini sahaja, jari sudah mengebas.

* senyum *


Ulasan

Sara Z. berkata…
bagus.
kita kena selalu mengingati mati supaya tidak terlalu alpa kat dunia sementara ni.
byk-bykkan lah kumpul harta amal jariah & sbgnya utk dunia akhirat kelak.
mudah-mudahan roh kita tidak ditarik dgn begitu kejam.

adoi, pandai lak kte bdakwah kat sini eh.
tau rev, anony dgn apit mesti kena gelak.
haha.

tapi serius lah apa yg kte mention td.
Nizam.Ariff berkata…
Kita berdoa je la kak, untung nasib bukan kepunyaan kita..
arsaili berkata…
salam...yea moga dengan terus berdoa agar kita akhiri kehidupan dengan cara yg paling mulia dan diredhai Allah
reverie berkata…
baik cikgu sara!

hmm. baik juga miss waterlily.

Kenapa ada senyum tang last2 tu? ironikal?
Tanpa Nama berkata…
blog bukanlah hakmilik kekallls.. kannns akak lily ittewww
zhfrz berkata…
kadang-kadang kematian yang begitu, tak boleh dielakkan. tambahan dalam undang-undang drakonian.

Seorang yang ditindas mati, berjuta lagi akan tumbuh bagai cendawan.
rahmat haron berkata…
hidup hanya memanjangkan kematian, sementara dalam suatu perjalanan
S.YanaZ berkata…
...aku tidak akan memilih kematian...

kerana mati walau badan bersepai tetap kekal mati.

*Mati yg aku mahu ialah mati yg menemui Pencipta yg Satu*
Pa'chik berkata…
oit oit... mati atas tilam empuk tapi bersaorangan pun celaka jugak weh... kena pulak dah reput baru orang jumpa... lagi lah... huhuhu... :P
tasekM berkata…
bila dh komen pas tu hilang. ni rasa nk naik hangin nih.
DeeN berkata…
Mintak dijauhkan dari kematian yg tragis & sadis. Namun bila dan bagaimana kesudahan hidup kita, DIA yg tentukan. *Takut*
abuyusof berkata…
gua suka dapat mati dijalan Allah jauh dibumi asing.. jadi bukti korban kerana Allah..
Unknown berkata…
- J O H A R I -
..dah mcm cter cicakman lak an..
prof klon create black water n jual vaksinnye..
~~~pengaruh yg terlalu kuat thdp filem superhero~~~


waterlily..
mmg sebaya ma ke?pnggil makcik??
xmau la..ika rmai makcik..panggil pun makcik...
sudi x ika panggil...mama?
Tanpa Nama berkata…
kalau mahu melompat, pastikan sudah ada sayapnya.

kak. jom join kelas melukis saya!
UnGu VioLet berkata…
menginsafkan kan...
Mommy Aisy berkata…
Alhamdulillah kerana kita semua masih mengingati tentang kematian. Menginsafkan. Tapi kasihan kepada manusia yang mati dalam keadaan yang tragis dan penuh tragedi.

Aku bersyukur kerana masih diberi waktu untuk bernafas sehingga ke saat ini. Syukur Ya Allah!
Salam Water Lily,

"kematian pasti, moga sembuh dengan segera"
AieSha berkata…
akak, cepat sihat ya. mahu jumpa akak di rumah pena 8 ogos nanti. bawa abg syg sekali ya. ;)
Cikgooden berkata…
taknak komen ttg n3..aku tak baca lagi...nak komen pasal cat umah ni.....lawa siut!..
ha ha ha...
Cikgooden berkata…
taknak komen ttg n3..aku tak baca lagi...nak komen pasal cat umah ni.....lawa siut!..
ha ha ha...
ubilepih berkata…
Elok kalau hati selalu ingat pada mati,tapi ingat itu biarlah dengan iman dan insaf...sejahtera atas kamu liliair
Marilah kita sama-sama berdoa agar kematian kita satu hari nanti tetap dalam iman....dan kematian kita tidak diaibkan..
sinaganaga berkata…
HA HA HA. :) Comel!

Catatan popular daripada blog ini

Aku Marhaein

Aku marhaein. Tidak tahu politik Suapan slogan muluk- muluk Glokal sana wilayah di sini Aku buta ekonomi Tiada kepentingan terhadap projek-projek megamu Tak bermaksud aku boleh engkau Pandir-pandirkan sesuka hati Aku marhaein Tahuku cuma Keluar saban hari Mencari sesuap rezeki Agar hidup kami Tidak perlu jadi penadah tangan di negara sendiri Jangan engkau suruh aku Ubah gaya hidup Kerna aku cuma bermotorsikal Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter dan bas Rapid KL Berasak-asak berdiri Setaraf pendatang. Tidak pernah menjejak Suria KLCC Tidak pernah merasa Starbuck coffee Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani Cuma sesekali merasa ayam KFC Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali. Jangan engkau bodohkan aku Dengan suapan slogan gila tidak munasabah Berjimat dengan pendapatan yang tidak seberapa Bukan aku pernah melancong ke luar negara Dalam negara pun tidak pernah Mahu balik kampung Pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira Kata si cantik seleberiti Kurangkan makan nasi Baik un...

.Dulu dan sekarang

Suatu hari di tahun 2 005. Finn memilih untuk ditempatkan di kelas Kursus Pembantu Tadbir Sistem Maklumat. Kata teman-teman, mengapa dipilih kelas sebegitu. Pilih sahaja kursus jahitan, mereka mencadangkan. Nanti susah mahu mendapatkan kerja. Tapi dia tidak peduli. Umur sudah tiga puluh lima dan guru kelas memanggilnya “kakak”. Finn tercari-cari di mana suis komputer. Dia bertanya rakan-rakan yang jauh lebih muda. Rata-rata mereka sekurang-kurangnya punyai sijil. Petanda mereka punyai banyak kelebihan. Sekurang-kurangnya kenal MS Word dan website. “ Hang okay kak?” Cikgu yang lebih muda dari Finn itu bertanya. Ber hang dan aku sahaja dia dan Finn. Sama-sama Kedahan . “ Hujung tahun ni hang menikah saja laaa ”. Mulutnya memang masin dan Finn bertemu lelakinya. “Finn, ko bagi saya sijil ko dan fotokopi sekali” Encik Z, penolong pengarah merangkap kaunselor kepada para pelatih. “ Buat apa cik Z ? Cari kerja untuk saya ke?” Finn keteringinan untuk tahu. “Ada laaaa ”...