Dulu-dulu. Beberapa tahun yang dahulu. Amy berkenalan dengan Shimada san kerana projek teater tanpa dialog itu. Usai, seisi latihan dan dia akan duduk-duduk bersama Amy. Kadang berdua. Kadang bertiga dengan Lorna. Kadang berempat dengan Petra. Kerapnya mereka berdua. Mereka pun berbual. Bukan pasal babi. Atau pasal politik. Atau pasal duit. Bukan pasal seni lakon. Tapi pasal cinta. Tentang hubungan lelaki dan wanita. Pasal cinta okay ! Suatu hari, Amy bertanya. Sekadar ingin tahu. Lansung tanpa maksud tertentu. Tiada sebarang agenda. Tiada udang di sebalik mee (kata budak-budak nakal yang suka merosakkan peribahasa Melayu). “Shimada san, jika awak jatuh cinta dengan orang kurang upaya, adakah awak sudi kahwini dia?” Terkebil-kebil kedua bebola mata Shimada san. Soalan cepu emas Amy itu, seakan perangkap maut buat dia. Menuntut satu kejujuran yang maha telus. Shimada san tidak menjawab. Sehingga habis berbatang benda berasap toxic itu disedutnya. Dan Amy, menanti jawabannya hingga berc...
Ulasan
haha.
tukar template je, semua pun hilang.
kena copy paste semua balik.
dan masa sekarang tak mengizinkan saya gatal2 nk tukar2 layout ke template ke apa...
lagi2 pula kalau ada pulak link yg hilang~
haha~
hik hik hik..
Transformer apa pulak ni hehe..
Mugi,
Memula akak pun tak tau. Belek2 kamus sambil baca tutorial dia ngeh..ngeh..ngeh..(mengong English)
Sara,
Woo..letih mengopi dan mengepes nih hahaha!
Amirah,
Tak de idea la ni. Tu yg gila tukar template hikhikhik!
.
.
Dah cantik dah ni. dah berseri2.
Salam syg buat kak.
Eh, coco apa khabar ye? Lama tak dengar ceritanya.
E eh, waaah! kak lagi advance, dah tukar ke bahasa melayu kat bawah nun. tiba2 konfius nk tekan butang mana, hehehehehe.
Entah,lupa butang mana klik setting,pastu tak ingat ler. Coco?Makin gemok. Kat blog bergambar tu ada pix dia hehe :)
Kapten,
Cantik ek? Bab nak letak balik link tu yang sakit. Ada yang tertinggal lagi tu. Kang kecik ati kawan2..
Deen,
Ala Deen,belajaq slow2. Tak tau,akak tanya pacik el. Dia siap bagi special tutorial dedication lagi hahaha!
Joe,
Akak takde kawan nak tolong buat. So kenalah ambil risiko:)
Kak Pah,
Saya dulu pun takut juga. Pernah buat,jadi ntah apa2. So,caranya, saya buka log kosong try dulu. Konfem jadi, bau try kat blog betul.
(kenapa background gelap?)