Langkau ke kandungan utama

Sesat (mungkin di mana-mana)


Jika kamu berjalan-jalan, maksud saya bermotosikal atau berkereta di sekitar Kuala Lumpur dan jika kamu tersesat atau tersalah turn; pasti kamu akan berpusing-pusing mencari jalan keluar. Kendatipun kamu telah bertahun menghuninya, percayalah kamu gagal mengecamnya. Setiap hari ada saja yang berubah.

Dan hati kamu(sayalah tu), akan menyumpah-nyumpah kepanasan.
Kamu akan merasa banyak masa terbuang
Kamu penat dan kehausan.
Membuang tenaga
Membazir minyak(walau telah turun harga, ia bukan percuma okay)
.
.
.
Tadi. Dalam perjalanan pulang dari kampus induk universiti, saya dan dia tersesat. Akhirnya kami tiba, di kawasan yang tidak pernah kami pergi.
Okay! Dah sampai Melaka ni hahaha!” Dia.
Bikin ‘panas’ hati saya.
Tapi, sesat di Kuala Lumpur agak menyeronokkan. Banyak jalan dan bangunan baru(baharu) boleh dipandang.

“Sesat di Kuala Lumpur.
Dosa pahala bercampur”
~ M.Nasir~

…………………………………


Kehidupan pun begitu. Jika kamu(saya juga) rasa tersesat jauh, di tahun ini;maka carilah jalan kembali. Moga tahun baru,kita ketemu harapan baru. Dan, jika kamu terjatuh; cuba untuk tidak terjatuh di tempat yang sama.

SELAMAT MA’AL HIJRAH DAN SELAMAT TAHUN BARU 2009.

Ulasan

DramaQueen berkata…
WL,
selamat tahun baru maal hijrah.. jujurnya ingin menjemput WL masuk ke blog saya. saya terpaksa untuk select readers kerana ada askar2 jahat yang cuba mengebom blog saya. jadi, kalau boleh saya nak email address WL.. boleh email kepada saya di the.talking.hands@gmail.com

rasa segan menjemput dan rasa tak adil pula kerana WL pernah berkunjung sebelum ni..jadi, welcoming u back. pls provide me ur email address.

saya peminat tulisan WL :D
Lily Abdullah berkata…
Lucky,
Sebenarnya, saya pun ingin meminta izin untuk membacanya. Nanti saya email ya.

T/kasih kerana membaca dan menyukainya. Hanya di ruang terbatas ini, saya mampu bersuara. :)
ckLah @xiiinam berkata…
kalau ke KL, saya tinggal kereta kat Kerinci. Lepas tu naik LRT ke mana-mana. Lemah saya nak drive kat bandar metropolitan tu. Land mark yang saya tau UM je. Maklumlah, masa belajar dulu duk diam kat kampus je....gadis pingitan......he..he..
Ck berkata…
kl memang begitu kak....malam nih tak de bangunan , tgk pagi esok dah tumbuh satu bangunan......cam togeh plak!
A t i Q a h berkata…
Yang penting, masih dalam Malaysia. HAHA.
Tanpa Nama berkata…
sesat di kuala lumpur, pastinya saya akan telefon kaum kerabat untuk datang menyelamat, atau bila benar-benar panik, tak mustahil saya telefon polis.

Terus kemelaka okay juga tu, sesat dimelaka tidak sengeri di kuala lumpur.haha
Layla Haq berkata…
Ah sesat, perkara paling sensitif bagi saya. Bezanya, saya pura-pura tidak sesat. Bukan bodoh sombong tapi yakin, KL pusing-pusing di situ juga. Tak akan sampai ke Perak atau Melaka. Hahahha..

Dan memang benar, pusing-pusing situ juga. Sebab tu sampai tiga kali lalu depan muzium dan beberapa kali lalu di hadapan DBP.
DeeN berkata…
Ya. Memang sangat perit dan sakit hati bila tersesat di Kuala Lumpur. Boleh berpeluh [nak2 utk yg tak pandai jalan macam saya neh] Hahaaa..

Salam Maal Hijrah, kak.
Nizam.Ariff berkata…
Kata orang:
How can I be lost if I got nowhere to go?

Jadi, kak tak sesat tu... cuma hilang arah sekejap. Kalau tak, tak update la blog ni...
Adexx Boxx berkata…
salam maal hijrah...

doa adex semoga tahun ini lebih tenang, lebih bahagia, lebih senang, lebih ceria, lebih indah, lebih gembira, lebih Allah redha dari tahun sebelum2nya...

semoga semua impian, azam, doa dan harapan ALLAH makbulkan semuanya dengan sejuta pertolongan dan kasih sayang dariNYA....

semoga tahun depan tiada sengketa, tiada masalah membeban jiwa, tiada kesempitan hidup, tiada derita jauh sekali air mata...

tabah..!!
hebat..!!
redha..!!

manusia selalunya memikirkan sesuatu yang sukar dimiliki


tetapi...


sering melupakan nikmat yang sedang di nikmati....


adex sayang semua.. emo LOL
pentakde berkata…
ho ho ho.....kita minum dulu....
jatuh lebih baik dari sesat...sbb kalau jatuh kita boleh naik balik dan berhati2 lagi takut jatuh tempat yang sama... tapi kalau sesat..susah nak cari jalan balik woooo.....
AieSha berkata…
sesat kdg2 perlu. kerna kita bertemu dan pelajari byk perkara. tp jgn selalu. ;)

selamat tahun baru wahai kakak lily. heh.
SHIMI berkata…
Selamat Maal Hijrah kak Lily.

Kalau sesat, kenalah berhijrah azam untuk beli peta jalan KL lain kali
Ieda J berkata…
Selamat Maal Hijrah untuk WaterLily..
Nice blog...1st time singgah disini...
Salam perkenalan...
Ungku Nor berkata…
tak jatuh tapi terpelecok jer..hehehe

Salam Maal Hijrah buat kamu dan si dia ;D

hujung minggu ni kita deting naaa..
Kay berkata…
WL,
semoga kita lebih berhati hati insyaallah tidak terjatuh di tempat yang sama..

"Kuasa hijrah mampu mengubah wanita Islam biasa-biasa kepada wanita mukmin luar biasa" .... Salam Maal Hijrah 1430 and wish u all the best.
Yunus Badawi berkata…
Salam kenal dan salam Tahun Baru.
Org pompuan (selalunyalah) kalau tersalah jalan (tersesat) cepat gelabah kerana rasa jauh dari tujuan asal. Org lelaki kalau sesat try kontrol macho. hehehe
tasekM berkata…
salam maal hijrah kak.

datang melaka tak roger aku ni kak. hahahaha....




.
Cikgooden berkata…
salam kak..

aku nak ke bangi pun sesat barat terlepas samapai putrajaya...ha ha ha.
harap tahun depan..eh.eh..minggu depan aku dah tak sesat lagi ke bangi.
kad0k. berkata…
salam tahun baru utk kamu berdua kak..:)
Rajuna berkata…
banyak benda yang menyesatkan di kl.
Pa'chik berkata…
kalau sesat.. balik lah ke pangkal jalan... ekekekke...
ibundo berkata…
Saya kalau gi kl pakai 'drebar'. Kalau sesat pun saya dengan tenangnya krohhkrohh sebelah drebar.
"Senangnya jadi mem ni" drebar merungut he..he..
hegira berkata…
kak lili. slamat tahun baru yang baru ya.

sama ada hijrah atau gregorian.

saya harap kompas yang ada tidak hilang waktu saya 'sesat'.
cakapaje berkata…
Salam WL,

Sebenarnya kan, time sesat di perjalanan ini lebih menyeronokkan kerana kita dengan tidak sengaja terdedah ke alam dan kehidupan yang kita sememangnya tidak sangka menjenguk. Apa ke tidak? Kita ulangalik kerja dan kampung mengikut jalan yang sama sehingga jika tiada kenderaan lain, kita boleh memandu sambil tutup mata.

Sekali lagi WL meronda, cuba ambik kamera dan perhatikan keadaan sekeliling. Manalah tahu kan, terjumpa harta karun (yang terbenam di padang pasir tu!) ;)
fadz berkata…
epi new year!
Lily Abdullah berkata…
Fadz,
Happy New Year too :)

Akhi Shah,
Betul. Lain kali saya akan ambil fotonya hahaha!

Lina,
Penting tu. Jangan hilang 'kompas'. Jangan tersalah baca dan patuhi arahan kompas :)

Kak Pah,
Kenderaan saya kalau tidur,jatuh dan mungkin tidur terus. Nau'zubillah!

Chik,
ye..ye..balik ke pangkal. Masalahnya dah jauh tersesat huhuhu!

Juna,
Sama aja di mana pun. Tapi kota metro ada pelbagai kesesatan.

Kadok,
Untuk kamu dan kekasih juga :)

Cikgu,
Hang dah sampai Bangi ka?Mai la rumah kak.Tanya cik Lah. dia tau address hahaha!

Tasik,
Sampai nanti aku roger. On the way ni hahaha!

Yunus YB,
Spesel sungguh nama awak ye. Orang pompuan gelabah ke? Patutlah tengok laki saya relex ja. hahahah.
ye..ye..control mancho.
Lily Abdullah berkata…
Kay
Salam kenal juga :)

Hilmi
Selamat tahun baru/maal hijrah :)

Kak ungku
Maaf le,tahun ini,tak de rezeki nak berjumpa. Tukang bawa kenderaan berkerja. Teringat tahun lepas, saya pegi dengan muka inesen, tak kenal sesapa pun.

Anak Perempuan Jake,
(pandai akak translate hahaha!)
Salam kenal juga. Nanti akak melawat awak ye.


Shimi
Ye..ye..kena ada peta,masalahnya akak konfius bab2 baca peta hahaha!

Aie,
Selamt tahun baru.Terima kasih kerana selalu membaca tulisan yang entah hape2 ni.:)Maaf la akak tak pergi lawat blog ko lagi dik. Rasnya belum lagi kut.

pentakde
Salam kenal 'pentakde'pensil ada :D
Sesat?Bawa kompas.

Adex
Salam tahun baru. Emo sungguh ko ni adex hahaha.!

Niizam
Macam Los and Faun tu ye? Ehh..tu lain kan hahaha!

Deen,
Memang tension Deen. Lebih2 lagi yang dok kat belakang motor. sakit pinggang woo.

Bayan,
Betul. Pusing-pusing ke situ juga. Tapi hari tu cik abang akak pusing2sampai Cheras woo. hahaha!

Amirah,
Kalau sampai Melaka,hari tu mmemng dah roger kak Tasik Merah tu. Dia offered penginapan dan transpot lagi hahaha!


Atiqah,
Kalu tersesat ke negara sebarang best juga eh? hahaha!

Amin
Selamat tahun baru

Cik Lah,
Naik kenderaan awam pun boleh sesatjuga sebab tertidur hahaha!

Elmely,
Betul tu, bangunan tumbuh macam taugeh.Macam cendawan.

Terima kasih & selamat tdo. (haa..jam 1.21....penat gila sih!)

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.

"Mari bercerita" kata Cik Ninapop

“Mari bercerita tentang episod kehidupan” kata Cik Ninapop . “Kamu ditag” dia menjerit di peti jerit saya. Hidup kita berepisod-episod, berbabak; kita antagonist dan kita juga protagonist dalam waktu yang lain. Kita tuan sutradaranya. Kadang kala serentak. Saya sudah banyak menulis dan ada waktu memiktifkan sebahagian daripada kehidupan saya. Sudahnya, tidak banyak lagi episod-episod silam yang boleh diceritakan. Hanyalah ini! Episod 1 Saya dilahirkan di sebuah perkampungan yang namanya mungkin tidak tercatat dalam peta Malaysia. Walaupun tempat tersebut jauhnya kira-kira 45 minit ke bandaraya Alor Star. Ketika saya beritahu nama tempat itu, pasti mereka akan bertanya. “Situ banyak pokok limau ek?” Jenuh saya menerangkan tempat asal saya adalah perkampungan sawah padi. Jika ada pokok limau pun, hanyalah pokok limau purut; yang ditanam bertujuan untuk dibuat acar limau, daunnya untuk dimasak tomyam dan buahnya yang gugur juga dipercayai untuk menakutkan ular-ular berkeliaran, terutam