Langkau ke kandungan utama

Ada waktu

Ada waktunya, kita hanya mampu berkata. Namun tidak bisa memaksa orang lain mendengar kata-kata kita. Sama macam menulis, tidak bisa memaksa orang lain membaca dan menyukainya.
Mungkin sama macam memasak, tidak bisa memaksa semua orang menggemari masakan kita.


........

Ulasan

Anonymous berkata…
ada waktu-waktunya...

Itulah kehidupan.
Pa'chik berkata…
pedulik hapa dengan orang... hahaha...
ramai lagi orang lain...
Cikgooden berkata…
hang buat open haouse ka?..tak ajak aku noooo.
Lily Abdullah berkata…
Cikgu,
Rumah aku open selalu. Tak dak invite reader hahaha..

Chik,
Entah..aku dok fokus yang tak ramai tu buat apa.

Po,
Begitu-begitulah...tidak dapat memenuhi keinginan semua orang.
Brader Black berkata…
Macam lagu M Nasir - Apokalipse lak ek?
fusarium solani berkata…
Adat air laut, ada pasang surutnya.
Adat pokok ada hidup matinya.
Adat kasih ada manis dan pahitnya.

Kenang yang manis-manis saja k!
Tanpa Nama berkata…
hidup ini mesti enjoiiiii ye. hehe.

biasalah kak. hidup.
Ungku Nor berkata…
tuh laa..memang la akak selalu masak tapi tak semestinya awk suka dengan apa yang akak masak!!

ehehehe.
Salam ceria bebeh.
awak takyah sedih2..biar akak je yang sedih2..lalalala ;p
kad0k. berkata…
bukan senang nak memuaskan semua org kak...kena igt tu...hehehe
kak ja berkata…
Kita menulis dr hati, kita memasak dr rasa kasih.. itu yg penting.. Samada org suka membaca dan menikmati hidangan kita atau tidak, itu di luar kawalan kita..

Cheer up, WL!!
Unknown berkata…
kak..steady kak.. lu ok insyaAllah
Rahimin Idris berkata…
sama macam mata. nak tidor, tak boleh paksa! haih.
Kak Long berkata…
salam kak, tak pe orang tak suka janji kita suka. okeh!

p/s : masak ikut tekak sendiri jer...
Kehidupan. Memang begitulah. :)
Janji puas hati bila menulis. Suratkhabar tu pun bukan semua orang baca...
Memang rasa sedih bila dah penat masak orang tersayang tak berapa nak jamah. Tension tu...tapi rezeki depan mata patutnya telan je. Janji kenyang dahlah.
A t i Q a h berkata…
Rambut yang sama hitam pun hati boleh ada perasaan yang berbeza-beza. Apatah lagi kalau rambut tu warnanya oren dan hijau. Heks. Ada ke rambut warna tu?
the indie story berkata…
happy raya days...

maaf zahir dan batin.

apa macam rayosss? ada best kah?


semoga semangat syawal terus bergema.


salam singgah.
tasekM berkata…
tapi aku tidak dipaksa. aku mmg suka tulisan2 kamu kak.












.








bila aku tidak pernah menjadi kamu, aku sgt ingin tahu apakah cerita kamu.
Rajuna berkata…
tapi kalau lapar
semua aku sebat!
Lily Abdullah berkata…
Juna,
Ko gemok ke kurus?

Tasik,
Aku juga ingin tahu bagaimana rasanya menjadi kamu,dia dan mereka.

Mod,
Salam Edfitri.

Tiqah,
Apa kata kita warnakan hehehe..


Aishah,
Masalahnya,yang menulis juga tak puas hati hehehe..

Purp,
Ya...adat kehidupan. Begitu-begitulah..:)

Long,
yeye..ikut tekak kita.

Min,
Pakai gam UHU..tak buka terussssssss hiks!

PG,
Yes..akak ok..tapi semenjak-dua menjak ni...angin hape entah. Rasa cam nak tutup je blog ni.

Kak Ja,Lina,Mus,Kak Ungku & adik kachak,

Yay...hidup mesti enjoyyy.

Terima kasih.:)

Catatan popular daripada blog ini

Aku Marhaein

Aku marhaein. Tidak tahu politik Suapan slogan muluk- muluk Glokal sana wilayah di sini Aku buta ekonomi Tiada kepentingan terhadap projek-projek megamu Tak bermaksud aku boleh engkau Pandir-pandirkan sesuka hati Aku marhaein Tahuku cuma Keluar saban hari Mencari sesuap rezeki Agar hidup kami Tidak perlu jadi penadah tangan di negara sendiri Jangan engkau suruh aku Ubah gaya hidup Kerna aku cuma bermotorsikal Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter dan bas Rapid KL Berasak-asak berdiri Setaraf pendatang. Tidak pernah menjejak Suria KLCC Tidak pernah merasa Starbuck coffee Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani Cuma sesekali merasa ayam KFC Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali. Jangan engkau bodohkan aku Dengan suapan slogan gila tidak munasabah Berjimat dengan pendapatan yang tidak seberapa Bukan aku pernah melancong ke luar negara Dalam negara pun tidak pernah Mahu balik kampung Pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira Kata si cantik seleberiti Kurangkan makan nasi Baik un...

.Dulu dan sekarang

Suatu hari di tahun 2 005. Finn memilih untuk ditempatkan di kelas Kursus Pembantu Tadbir Sistem Maklumat. Kata teman-teman, mengapa dipilih kelas sebegitu. Pilih sahaja kursus jahitan, mereka mencadangkan. Nanti susah mahu mendapatkan kerja. Tapi dia tidak peduli. Umur sudah tiga puluh lima dan guru kelas memanggilnya “kakak”. Finn tercari-cari di mana suis komputer. Dia bertanya rakan-rakan yang jauh lebih muda. Rata-rata mereka sekurang-kurangnya punyai sijil. Petanda mereka punyai banyak kelebihan. Sekurang-kurangnya kenal MS Word dan website. “ Hang okay kak?” Cikgu yang lebih muda dari Finn itu bertanya. Ber hang dan aku sahaja dia dan Finn. Sama-sama Kedahan . “ Hujung tahun ni hang menikah saja laaa ”. Mulutnya memang masin dan Finn bertemu lelakinya. “Finn, ko bagi saya sijil ko dan fotokopi sekali” Encik Z, penolong pengarah merangkap kaunselor kepada para pelatih. “ Buat apa cik Z ? Cari kerja untuk saya ke?” Finn keteringinan untuk tahu. “Ada laaaa ”...