Langkau ke kandungan utama

Catatan

Kamu dan dia

Sejak mengenali kamu, dia sudah tahu. Dia jatuh cinta padamu. Hari ini, kamu mati. Dia terasa kehilangan. Sebahagian dari jiwanya telah hilang. Lalu, dia meneruskan kehidupan ini seadanya. Bangun pagi. Lakukan rutin-rutin yang perlu. Keluar berkerja menyara kehidupan. Esok pun sama. Lusa juga begitu. Hari-hari seterusnya barangkali begitu. Bosan? Ya..memang membosankan Hingga suatu hari. Dia ketemu cinta baru. Dan hilang lagi. Suku jiwanya pun mati lagi. Dia mengulang semula rutin yang ada. Bangun pagi. Bersolek seadanya. Barbaju sekadar mentup auratnya. Dalam usia empat puluhan, apa sangat yang perlu difikirkan. Selain melihat bunga layu ...dan daun gugur! Dan bersedia apa yang perlu untuk kembali. PS: saya berharap pembaca blog ini menjawab soalan udian di sebelah. Terima kasih.

Lagu hari minggu

Dia berdoa. Rumput akan terus hidup. Segar. Biarpun dibenci dan dipijak orang. Rumput juga cantik! Dem! Pagi ni gua terpaksa pergi habiskan kerja.

Berjeda

Tiada hati mahu ketawa Emosi asyik tidak punya kestabilan lagi Hati dan perasaan tidak lagi kebal Ah! Kalah lagi. Tuhan kembalikan hatiku yang lalu atau gilap kembali Beri sekeping yang baru!

Al Fatihah. Semoga kamu aman di sorga kerana di sini banyak penghinaan dan derita

Masih ingat lagi entri saya yang ini ? Kassim atau nama sebenarnya Kamal telah kembali ke Rahmatullah semalam. Penyakitnya sama dengan apa yang saya alami sekarang. Mulanya kami bergantung kepada ubat-ubatan, suntikan Botox, terapi itu ini. Sampai waktu, kembalilah kita mengadap Allah Yang Esa. Bezanya saya dan Kamal; saya ada perhitungan kerana saya punya akal yang sihat dan cantik. Keuntungan pada Kamal saya kira; dia akan ke sorga tanpa ada bicara. Al Fatihah! Sedikit kemaskini - untuk rakan FB. blogger dan chatting saya saudara Nafastari atau nama sebenarnya W Ahmad Fadzil W Omar yang jua kembali ke Rahmatullah beberapa minggu yang lalu. Semoga isterinya Mawar dan keluarga tabah selalu. Saya benar-benar tidak menyedari pemergiannya sehinggalah semalam. Cerita seterusnya di sini

Coba

Tahun ke enam aku mencuba Umur pun sudah merangkak genap ke empat puluh satu semalam Dan aku masih mencuba untuk berdiri, berlari dan mengerti kadang aku jatuh tersungkur dan kalah Terima kasih untuk rakan-rakan yang meraikan saya via Facebook dan sms.

Pada suatu hari..

...yang dirasakan hidupnya tidak menjadi seperti diingini; dia lantas mendongak ke langit dan berkata "Oh! Langit masih cerah dan awan masih cantik" Sebuah kisah lain. Bayangkan ketika jam 11.00 pm, seorang makcik yang pelupa menerima panggilan dari kakak pengawal keselamatan "Puan, puan terlupa menutup kipas di pejabat dan kipas tu berpusing laju." Makcik pelupa pun dengan pantas berkata" Takpe kak, kejap lagi saya ke ofis, offkan kipasnya" Eh! Jam sudah sebelas Budak-budak asrama dan warden-wardennya pulang ke kampung. Makcik pelupa perlu berjalan melintasi pokok besar dan rumpun buluh yang cantik itu (dibaca: menyeramkan) Ah! Makcik pelupa fikir-fikir. Kalau tidak pergi nanti pejabat terbakar,siapa hendak jawab. Pergi juga...ah! selamat. Balik dan menulis entri ini ..dan rasa seram sejuk mahu demam. (Alasan untuk bercuti sakit) Ah! Betapa keji

Cerita di sebalik status Facebook saya hari ini

"Perempuan kata mereka, sedih pun menangis,gembira pun menangis. Tapi hari ini saya pun menangis kerana terguris hati dengan kata-kata " Saya tidak suka dengar alasan tidak tahu". Apa ? Selama ini, dia tidak fikir saya sedang belajar menyesuaikan diri dengan kerja baru saya walau saya tidak menyukainya." Demikianlah bunyi status FB saya hari. Selain dari reaksi seorang kawan blogger yang pernnah saya temui kerana bersama melawat adik botak di hospital seketika dahulu dan reaksi bekas pelajar saya di tempat kerja lama; tidak pula saya menyangka luahan hati saya itu mendapat reaksi daripada Puan Ainon Mohd. Termalu-malu juga saya jadinya. Tetapi, ada benarnya bicara Puan Ainon. Kita boleh memilih apa jua perasaan yang mahu kita rasakan. Entah kenapa,hari ini saya memilih untuk merasa terguris hati. Lalu saya pun menangis semahu-mahunya dari pagi hingga membawa ke tengah hari. Hingga makan pun tidak berselera. Sehingga di dalam solat pun terganggu-ganggu. Astagfir...

Kesibukan dan sebuah kisah rindu tanpa penyudah

Berada di kamar kecil dengan kedinginan yang tidak setara dengan kondisi kesihatan saya amat menyakitkan fizikal. Internet gagal berfungsi, jadi saya terpaksa mendfraf dahulu entri ini di dalam MS Word. Jadual saya minggu ini cukup padat. Selepas menghadiri kursus induksi di Melaka., terpaksa pula bergegas pulang menghadiri peperiksaan anjuran jabatan. Saya fikir boleh bercuti, malangnya terpaksa pula menyediakan dokumen-dokumen untuk mesyuarat di sini. Kediaman yang saya tinggalkan berselerakan dengan pinggan-mangkuk tidak berbasuh dan kain baju tidak berlipat. Saya risau, jika meningggalkan rumah dalam keadaan begitu. Risau jika, saya tidak dapat pulang lagi. Pulang ke tempat kekal abadi. Kamar ini, membuatkan saya mehjadi rindu kepada pangsapuri sempit Ayako yang saya tinggalkan. Rupanya sudah 4 tahun berlalu. Kedinginan kamar ini, membuatkansaya terasa baru semalam saya meninggalkan Osaka dan anak muda bermama Hakim itu tidak juga saya temui. Aishah, rakan sekamar saya yang b...

Sekadar mahu mengapai mimpi silam

Hari ini saya bercuti sakit. Rasa macam nahu tercabut kaki dan pinggang hanya untuk mengambil sijil cuti sakit, Kalau setakat mahukan paracetamol atau piriton, di dalam peti ais saya sudah bersepah. Walau saya menunjukkan kad OKU, segala itu tak de maknanyeeee Di sini, saya terpaksa bersaing dengan warga emas dan bayi-bayi. *** Setiap Ahad, saya sentiasa kehujanan. Tapi saya tetap bersemangat untuk ke kelas kerana semester ini saya mendapat tutor-tutor yang terdiri daripada lelaki-lelaki yang berpengalaman. (senyum) Eh! Jangan salah faham. Saya maksudkan mereka tahu cara mendekati pelajar dewasa (dibaca: tua). Bukan tutor yang hanya membaca modul dan menterjemahkannya. Mereka bersedia memberikan input dan maklumat baru serta berkongsi pengalaman dan panndangan. Saya suka kelas. Walau saya tidak begitu sihat dan keletihan saya masih bersemangat mahu ke kelas. *** Saya juga terdengar cakap-cakap belakang di kalangan para guru di sini. Kata mereka, buat apa belajar, bukan boleh jadi c...

Tiga Fiksi Tentang Edan

Anne dan Adam Saban hari dalam musim ini, Anne kira akan menjadi hari-hari yang panjang buat mereka. Dia merasakan tiada apa-apa lagi untuk disayangi. Mereka sekadar hidup di bawah satu bumbung kerana sebab yang entah apa-apa. Dan satu-satunya yang dirindui, mungkin perbualan-perbualan masa yang lalu. Tahun-tahun di mana dia dan Adam belum lagi sebumbung. *** Semalam Anne melihat langit masih mencacah wajah mendung. Dia masih menunggu kotak ajaib kembali kepadanya. Ternyata hampa! "Ahh..sial!" Anne menyumpah-nyumpah dalam hati. Dia tertanya-tanya. Apakah perca-perca cinta enggan kembali bercantum. Atau kotak ajaib telah berpaling tadah. Dalam deras deru hujan, Anne menanti kotak ajaib kembali. Perca-perca cinta bercantum semula. *** Dia - Adam Mereka berjiran. Bezanya Anne dan Adam tidak tinggal di blok bangunan yang sama. Tingkat rumah masih sama. Balkoni mereka bertentangan. Dan Anne selalu mengintai dia. Anne suka dia. Dia Adam! Hanya dia yang mampu membuat nafas An...

Kemarahan dan airmata yang tersangkut di tangkai hati.

Hari ini merupakan hari kedua saya berada di pejabat baru. Asrama yang selama ini berpenghunikan makhluk 'bukn-bukan' itu sudah dihuni oleh anak-anak yang kepingin belajar berdikari. Mengendalikan dua pejabat serentak bukan tugas mudah. Kadang saya terpaksa mnghirup minuman sambil berjalan. Serius! Disebabkan pengalaman saya yang sifar, akaun asrama yang dibuka dikuiri Jabatan. Sudah berminggu saya naik radang dengan pelbagai perkara. Oleh kerana, saya sudah ada pejabat sendiri, melakukan kerja tanpa pengawasan saya pun mengamok dengan merenyok-renyokkan kertas-kertas terpakai. (Saya lupa DIA yang maha melihat) Bersepah-sepah memenuhi ruang pejabat. Tiba-tiba, pintu pejabat saya ditolak. Terpacul wajah Kak Milah. Bersamanya, dua orang lelaki yang memang sah pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah. "Mengamuk ke Mar?" Tanya pengetua baru saya itu. Ya! Kami memanggil pengetua kami dengan panggilan 'kakak' kerana sebelum ini kami sudah terbiasa begitu. Bukan 'p...

Entri spontan tika imsomia

Mata enggan pejam. Risau dengan tugasan yang semakin hari tidak pernah berkurang. Dari kerja-kerja sekadar menulis surat-surat laporan, kini bertambah kepada kerja-kerja menulis inventori, mengira stok, mengutip yuran dan segala mak nenek kerja perakaunan. Berkerja dengan angka-angka sungguh menakutkan saya. *** Semester ini, saya punya tiga tugasan yang perlu dilangsaikan. Hari-hari yang saya lalui sungguh melelahkan jiwa dan fizikal. *** Saya akui fokus saya terhadap seni penulisan semakin menipis. Saya menulis blog supaya saya tidak kehilangan kemahiran tersebut. Saya risau, saya akan kehilangan anugerah tersebut. Sebagaimana saya kehilangan kemahiran seni lakon pentas yang pernah diajarkan kepada saya. Dikutkan hati, menulis blog pun saya sudah malas. Blog pun semakin suram. Pengunjung semakin kurang dan diam. *** Cerita sebatang pokok besar dan serumpun pokok buluh. Kediaman saya sekarang, merupakan kuarters yang dikelilingi kehijauan ladang kelapa sawit. Di belakangnya, berbuk...

Sekadar sebuah certa.

Katakanlah anda memiliki hidung yang tidak sempurna. Semua orang sentiasa fokus kepada ketidaksempurnaan itu tanpa mereka menyedari anda memiliki sepasang mata yang cukup cantik menawan Dan ada seseorang yang baru anda temui, mengatakan kekurangan anda tanpa berlapik berkias. Berhadapan, secara terangan-terangan seolah anda adalah sebuah android. Bohonglah, kalau anda tidak marah, berkecil hati dan rasa terhina amat. Lebih menjengkelkan, orang itu pertama kali anda temui. Ah! Sukarnya menjadi saya. Saya sedang cuba memaafkan orang yang menjengkelkan diri saya pagi tadi kerana di kedua-dua tourial semalam saya bertemu dengan mereka yang nampak akan kecantikan mata anda dan melupakan kekurangan yang ada pada hidung tersebut '(senyum) Jadi bergembiralah dengan lagu ini.

Lelah

Di luar sana hitam pekat. Lampu-lampu di sekeliling kediaman tetap setia menyapa. Namun cahayanya tidak cukup terang buat saya. Saya dihambat kesunyian yang menjadi-jadi. Hasilnya cuma satu entri blog. Di kaca tv, wajah si hero 24 kelihatan berbalam-balam. Ah! lelah memilih perkerjaan yang tidak sealiran dengan jiwa. Kerana yang benar-benar saya ingini bukan sekadar kerja. Saya mahukan kerjaya. Ah! Ampun Ya Allah. Saya tamak

Perihal Jatuh

Salah satu masalah kesihatan akibat ketidakupayaan saya adalah gagal mengimbangkan badan seperti orang lain,. Dengan lain bicara, saya mudah terjatuh. Sejak keadaan kesihatan saya berada di tahap yang kurang memuaskan akibat pertambahan usia masalah mengimbangi badan semakin ketara. Seingat saya, sewaktu kecil saya juga kerap terjatuh. Sampai kini pun, saya memang tidak boleh berdiri atau berkerja mengikut kemahuanh hati. Semalam, saya jatuh lagi. Dahi lebam. Darah mengalir laju, sampai membasahi baju T yang dipakai. Mulanya saya ingatkan jatuh yang biasa-biasa sahaja. Paling tidak terseliuh kaki dan menyebabkan saya tidak boleh berjalan beberapa hari. Saya panik. Apabila mendapati darah mengalir tanpa henti. Jiran-jiran baru saya datang dan membantu membawa saya ke hospital. Terus disorong ke wad kecemasan. Siap dipasang drip dan tekanan darah diambil. "Ah! Kepala aku. Habislah..," Fikir saya. Kepala adalah segala-galanya. Kita bisa hidup tanpa kaki. Tapi yang hidup tanpa k...

Beku

Dia berharap. Moga ada kalimah-kalimah indah muncul di dalam setiap mimpi-mimpinya. Malangnya dek kerana kelelahan berkerja dicampur dengan kesakitan-kesakitan fizikal dia tidak pernah bermimpi lagi. Atau dia mungkin terlupa akan mimpi-mimpi itu. Lalu dia mendongak ke langit. Kecerahan langit buat dia kembali tersenyum. Ah! Kalau pun hujan tentu ada musimnya.

Dunia Anak Wayang

Saya tidak banyak tahu tentang dunia kamu. Namun apa yang saya perhatikan malam tadi, asing benar dengan dunia kekampungan saya. Tidak mahu menulis panjang lebar. Nanti orang bilang saya polis moral. Mudah-mudahan, saya tidak tergolong di dalam golongan yang sering menyumpah keaiban dunia seni yang kamu perjuangkan Saya sekadar mahu memuji. Memang kamu anak wayang sejati! Maafkan saya! p.s. sekadar catatan peribadi selepas menonton secara 'live' program 'Pilih Kasih' di studio RTM Senawang

Rindu

Rindu mungkin atau mencari kekuatan untuk kembali menyambung tulisan yang tertunda, Lalu selepas peperiksaan semester akhir bertempat di Shah Alam, saya pun merayau-rayau ke pasaraya; bahagian menjual makanan popular negara matahari terbit - sushi. Ah! Betapa saya rindukan Nishiawaji. Bau lorong-lorangnya, bau pangsapuri sempit Kawakita san dan pokok-pokok ros dan pokok herba yang di tanamnya. Selamat Tahun Baharu 2011.

Cerita yang pelbagai

Lantaran kesibukan berkerja, belajar dan rutin harian seorang isteri saya semakin jarang menulis dan mengemaskinikan blog. Tugas sebagai 'makcik penyelia asrama ' bukanlah semudah yang saya duga. Kalian tahu, menulis blog atau cerpen adalah lebih mudah daripada menaip surat-surat rasmi dan memasukkan data-data inventori. Lebih mudah berkerja sendirian daripada berinteraksi dengan sekumpulan manusia yang menerima saya sebagai insan 'normal'. Sejujurnya, saya lebih suka diri saya diterima 'seadanya' bukan insan istimewa atau sebarang label pun. Akhirnya, saya terpaksa mengakui kebenaran. Saya memahami kenapa Morita san mengatakan saya tidak sesuai bekerja di pejabat. * * * "Boleh menulis? Boleh membaca ?" Ayat klise yang selalu dajukan kepada saya dan Encik Suami. Saya maklumi, bukan maksud mereka untuk menghina. Saya fahami, kebanyakan individu seperti kami yang mereka temui merupakan ' slow learner' . Tapi jauh di sudut hati, saya merasa...

Nota kecil kepada enggan mengerti tentang saya

Hello awak! Jangan berbicara begitu dengan saya. Banyak perkara yang awak tidak tahu tentang saya. Kalau saya berpantang makan itu ini kerana mahu menjaga kesihatan saya; apa pula yang merugikan awak. Hello awak! Awak mencerca-cerca saya di belakang dengan mengata macam-macam. Awak cakap kalau sudah tahu diri sakit kenapa masih mahu berkerja. Apalah yang awak tahu tentang saya. Ini bukan sekadar pekerjaan. Bukan sekadar periuk nasi. Ini belanga rezeki kami sekeluarga. Sekurang-kurangnya emak saya tidak perlu beratur panjang di pejabat kebajikan lagi. Ini maruah saya! Oh! Apalah yang awak tahu pasal maruah. Kerja asyik mencuri tulang. Datang jam sembilan kemudian 'hilang'.