Langkau ke kandungan utama

Catatan

Spontanues!

Lama tidak bersuara di halaman ini. Tangan pun mula terasa gatal hendak menulis pula. Sebetulnya saya sibuk. Walau saya bukan PM, kesibukan saya adalah memberikan keutamaan kepada sesuatu yang benar-benar perlu dilakukan. Ya! Menyiapkan apa-apa yang perlu sahaja. *senyum paling manis untuk anda* Saya sudah tidak mahu sekadar bersuara di sini cuma. Saya mahu lontaran kata saya melantun lebih jauh. Tapi hari ini, saya nak membebel jugalah. Isu yang telah lama saya tinggalkan. Bukan saya lupa asal saya. Saya sedar motif awal saya memblog adalah kerana isu-isu sebegini. Nak marah-marah, angkat-angkat sepanduk pun tak guna. Bak kata orang utara "pi mai,pi mai dok tang tu juga". *senyum sumbing/sinis* Hello untuk majikan-majikan yang menggaji OKU(tak kisahlah awak dari sektor mana pun, sama saja kan?) Walau janji kamu manis macam gula, tindak-tanduk kamu kadang macam orang gila kuasa. Saya faham okay!...Motif kamu sebagai majikan tentulah nak tingkat produktivi, tambah kualiti. M...

Mohon Maaf

Blog puisi dan fiksyen saya ditutup atas nasihat perundangan yang saya terima. Saya akan membuat jemputan kepada individu tertentu sahaja. Maaf!

Mari bunuh rama-rama

Mungkin kerana terpengaruh dengan ajaran-ajaran terpesong Jimmy Mahmud , Teh Junaidah dan Alina (mereka adalah pari-pari motivasi aku); maka aku dengan ghairah sekali mahu baca sajak depan khalayak. Maka aku gugel tip-tip deklamasi dan ternyata praktikal tidak berapa menjadi. Dan di pelantar perut aku sekarang semakin banyak rerama berterbangan. Okay! Mari bunuh rama-rama. Aduh! Semakin banyak yang datang. Poster: Cilok dari blog Sufian Abas. Nota kaki: Wahai pari-pari, pinjamkan aku sayap. Kerana aku mau baca sajak paling seksi.

Temuduga

Baju baru paling ummp! - RM40 Tudung ala Ekin - RM40 Beg tangan buruk - RM35 Kasut raya lepas - RM20 Kos foto dan salinan sijil - RM10 Jawatan temuduga - rahsia Jawapan temuduga - ada rezeki adalah nanti Pengalaman pahit manis - tidak ternilai Kata bijak pandai, hanya orang dungu akan berhenti berharap.

Saya cuma mencatat

Mardhiah Yusuf mengulas sajak saya yang Encik AJ katakan menyelak kain itu. Saya gembira kerana, ada yang mengerti bahawa saya hanya pencatat dan pemerhati. Bagaimana pun saya tetap menghormati pandangan Encik AJ kerana bagi saya berbeza itu keindahan. Boleh baca ulasan Mardee di lamannya - di sini . Malangnya sajak tersebut, tidak termuat di naskah SE kerana dicatat selepas naskah tersebut dalam proses suntingan mungkin. Mungkin saya akan membacanya di acara Salon Nikotina.(Sila rujuk blog Sufian Abas)

Mohon Maaf

Mohon maaf kepada pengunjung setia blog-blog saya. Blog-blog saya mungkin tidak akan dikemaskini untuk satu jangka waktu yang agak panjang. Terima kasih kepada pembeli, teman-teman yang menempah dan sudah pun memiliki selonggok sajak tanpa metafora SALUN EKSOTIKATA, teman-teman blogger yang mengiklankannya secara sukarela lagi percuma. Tidak lupa juga yang mengulas di halaman sosial Facebook. Mungkin ada satu dua rencana mengenainya di media arus perdana. Bukan saya merajuk hati kerana naskah yang masih banyak di tangan saya. Cuma saya mahu berehat, mengatur semula keutamaan saya; antara yang minat dan yang membolehkan saya menjana pendapatan. Terima kasih kepada yang tidak jemu-jemu menyokong dan berkunjung.

Salam Aidilfiri

Catatan-catatan yang ringkas-ringkas sebelum kepulangan hari ini jam 11.00 am. Destinasi, sebuah kampung yang sering ditengelami air kerana sistem perparitan yang teruk walaupun hujan lebat turun selama sehari tanpa henti. Kenderaan, dengan tambang paling efektif (kata bapak menteri) ;walau kenaikan berlaku setiap kali musim perayaan. Sibuk dan kesibukan yang entah apa-apa, tiba-tiba menjadi seolah gerila perang yang paling ganas menyebabkan aku ketandusan idea mengemaskinikan blog, kecuali laman sajak. Sajak/puisi merupakan cara paling ringkas mendokumentasikan pelbagai emosi dan peristiwa. Sewaktu Coco kutinggalkan di klinik veterina semalam, terasa seolah aku seorang ibu yang paling kejam. Meninggalkan bayi luar nikah di dalam tong sampah. Selama sepuluh hari, tentu montel badannya susut. Ia bukan kucing yang sukakan makanan palet. Coco sukakan kembung rebus atau tulang-temulang, kaki-kaki ayam yang aku borong di pasaraya Mydin Putrajya dengan harga yang paling murah. Kucing-kucing...

Suatu malam Ramadhan

Suatu malam Ramadhan entah mengapa mata tidak dapat aku lelapkan. Sulit sangat terpejam. Aku pulas-pulas tombol radio buruk dengan empat beteri yang hampir putus nyawa. Bosan. Tiada satu pun menarik perhatian. Udara panas, tambah rancak mengganas. Tambah gelisah dan mood mahu tidur hilang ditelan udara panas dan nyamuk-nyamuk rancak berdendang di tepi telinga. Aku melirik ke arah jam dinding. Sudah dini hari. Tiba-tiba teringat akan malam ini lima belas purnama. Bulan pasti terang dan cantik. Aku bergegas keluar ingin menyaksikan kalau-kalau ada bintang jatuh. (Sebenarnya, aku mahu tengok kalau-kalau ketemu Lailatul Qadar, katanya pohon-pohon pun sujud ke tanah; menyembah Yang Esa). Zaman anak-anak, tidak banyak yang kita tahu. Benar! Tapi bukan bintang yang jatuh. Ada seekor ibu kucing yng comel dibuang di hadapan rumah. Bersama lima ekor anaknya. Anak-anak mengiau-ngiau minta disusukan, sedang si ibu mengiau kelaparan. Kasihan! Aku ambil lebihan makanan Cutie, lalu ku hulurkan pada i...

Sudah Terbit: SALUN EKSOTIKATA

“Menurut kata Cina printer, buku tersebut akan siap dicetak pada 17 atau 19 September. Dan, oleh kerana 20 September tu kita dah nak raya dah - kami percaya, anda semua tak akan peduli pun kalau disuruh datang ambil buku ni pada tarikh tersebut, ha ha.” ~ Tuan Jenderal Sindikit Sol-Jah~ Via email . Kepada peminat puisi penulis-penulis lain, jika mahu menempah dengan saya,anda dialu-alukan. Untuk makluman, buku kompilasi /antologi puisi ini akan berada di tangan saya selepas hari raya. Jadi, mulai sekarang (jika anda berminat memiliki) sila kumpul duit raya sebanyak mungkin. Tempahan boleh dibuat sekarang melalui email sicksadcity@yahoo.com dengan kata kunci “ SAYA MAHU SALUN EKSOTIKATA” dengan menyatakan nama, alamat dan nombor telefon untuk dihubungi. Harga pasaran (ketika sorokan gula berlaku) adalah RM15.00 senaskah. Jika anda mahu sampai laju dan selamat, tambahan kos pos-mengepos adalah di bawah tanggongjawab anda. Di pihak saya, cuma ada 21 naskah yang bakal dijual; di mana 4 na...

Putus sudah

Hidup perpasangan dengan ikatan perkahwinan membuatkan kita gembira walaupun ia kadang melukakan. Ikatan itu istimewa dan hanya anugerahkan kepada orang yang bertuah. Perkahwinan kadang ibarat pasu antik; sukar ditemui, sukar diperolehi tapi mudah untuk jatuh dan pecah berderai. Anugerah yang bernama perkahwinan, sebenarnya indah jika pandai menghayatinya. Bisa sebaliknya jika tersalah tempat. Dan engkau tuang asid hydrochloric pekat ke atasnya. Perkahwinan bukanlah kata-kata tetapi berdiri teguh bersama segumpal ikrar dan tanggongjawab. ************ Suatu hari kau dan aku duduk-duduk berbicara kosong. Waktu rehat jam sepuluh dua tahun yang lalu. “Kak, dia terlalu baik untuk aku. Banyak berkorban. Enam tahun baru kami dapat berkahwin kak! Itu pun kami kongsi wang hantaran” Aku dengar dan kau menyambung “Walau aku macam ni (kau maksudkan kita satu species – kurang upaya dengan CP) dia masih sudi terima aku seadanya.” Aku ingat hari perkahwinan kalian kawan. Dia bergaya sakan bergamba...

Sekadar catatan yang terjah-terjah - Kenapa saya blog

Kata orang bila kita masuk terowong MRI, rasa macam masuk lubang kubur atau dalam keranda. Entah! Aku belum pernah masuk dalam keranda. En_Me pesan via komentar entri di bawah, sebelum terjadi sesuatu aku kena jawab tag dari dia dulu. Nah! Aku sudah jawab secara ringkas. Aku tau kau mesti tidak puas hati, tapi aku tengah senang-senangkan hati menunggu tarikh masuk keranda MRI. Tarikh belum ada, jadi aku masih boleh berpoya-poya dengan kalian hahaha! Ada yang bagi award, maaf aku tak sempat ambil kawan-kawan! Award lama pun tercampak ke mana setelah blog aku bertukar cat. Selamat menyambut Ramadhan kawan-kawan! Aku tag Khairy Jamaluddin(Rosmah Mansor pun oleh juga) sebab dia hensem...voolley Me? hahahaha!

Sebuah coretan yang terjah-terjah - siri 2

Pada suatu hari dalam tahun 2009, dia terjumpa suatu catatan lama yang berbunyi begini: Sejak akhir-akhir ini, gua asyik fikir pasal mati. Umur sudah 33, paling lama gua boleh hidup mungkin 20 atau 30 tahun atau kurang. Atau malam ini atau sekejap lagi. Sebelum gua pejam rapat mata dan tak buka-buka-buka lagi gua ada satu permintaan. Eh! banyak sebenarnya. Satu, gua harap gua mati kemudian, biar gua boleh jaga abah dan mak dulu. Gua kena mati kemudian, sebab gua takut Khadijah sedih ditinggalkan kakaknya. Walau gua dan Khadijah macam anjing dengan kucing, gua sayang dia ya amat woo! Wa cakap lu!” Lagi satu gua, belum boleh mati sebab gua belum kawin. Hahaha! Gua sangat musykil ada ke yang nak ke gua nih?” ~20/4/2003~ Dia terpisat-pisat. “Eh!Betul ke aku pernah tulis begini?” Hahahahaha! Rock gila...dalam rock syahdu pun ada! Sampai entri ini ditulis, usia dia dipanjangkan lagi. Dia sudah ada pakwe rempit, yang boleh diajak ke mana-mana kecuali ke bulan.

Kak, bertabahlah

Hari ini, bangun pagi. Belum sarapan. Buka blog. Nampak komentar kakak ini. Baca entrinya . Tanpa sedar, airmata tiba-tiba mengalir. Ah! murahnya airmata pagi ini. Ramalan cuaca di dalam hati hari ini diramalkan moody . Kak, bertabahlah! Aku pun dalam kesakitan juga. Menelan ubat-ubatan sehingga naik loya tekak juga. Tapi selagi ada kurnia bernama nyawa, kehidupan tidak harus diisi dengan berduka sepanjang masa. *nangis* 8.59am Maaf, aku tak telefon. Takut ganggu kamu kak! Sekali lagi kak, bertabahlah! Doa sahabat dan saudara terdekat mengiringimu. Dan Allah akan melindungimu. Moga kau selamat kak, Ya! kita tahu. Tahu amat. Tiada siapa pun sempurna! Selain dariNya.

Sebuah coretan yang terjah-terjah

Rasa macam ingin menulis suka-suka hati. Mungkin macam karangan budak darjah satu. Blog saya, tentulah ceritanya banyak berkisar tentang saya. Tentang hidup saya. Tentang keterujaan dan kesukaan saya. Ya! Saya masih teruja bertemu AJ dan Pyanhabib di Maskara. Tengah-tengah malam buta, saya telefon Khadijah dan jerit “ Oii ! Adik, hang nak tau aku jumpa Pyanhabib yang kita suka sangat masa muda-muda dulu” Dan saya gelak mengekek-ngekek macam pontianak mengusik anak teruna sunti di malam hari. “ Hang ni mamai ka apa? Kut ya pun nak cerita esok-esok laa ..aku nak tidoq ni ” Khadijah terus matikan telefon. Saya kira, pasti Khadijah sedang menghamun kutuk kesewelan saya. Esok via MMS, saya kirim gambar Bro Pyan serta foto-foto saya bersama Alina dan Muha. “ Awat hang kak?” Khadijah via sms. “ Awat nya?”Balas saya. “Baju hang , sebijik macam baju Kak Long” Khadijah via sms lagi. Ceh ! Saya sudah agak, Khadijah akan kutuk pakaian saya. (Makluman: Kak Long, anak dara Khadijah saya yang d...

Maskara Ogos dan teman-teman yang menjadikan saya teruja

Pasca Maskara . Saya roger rakan-rakan siber termasuk si Pam . Ada yang demam, yang sibuk dan pening dengan peperiksaan dan tugasan. Yes , gua sudah merdeka dan sedang cuti-cuti semester! Saya dan suami membawa seseorang istimewa ke Maskara kali ini. Bagi saya, ini Maskara yang paling mengembirakan kerana dapat menikmatinya bersama-sama Adik Botak saya. Terima kasih, untuk Nizam yang sudi memandu untuk kami ke destinasi, walau dia berkerja keesokan pagi. Saya gembira biarpun hanya berpelukan seminit dua dengan Taf Teh dan Dila Raden. Terkilan juga sebab tidak sempat bergambar dengan akak Engku Noor. ( pasai apa tutup blog, invite la cek ! hahaha !) Muha dan Alina Nizam dan Muha Oh ya! isteri kesayangan Encik Awak semakin slim . Serius ni ! haha ! Persembahan. Agak terkilan kerana terlepas persembahan Beha. Saya tidak gemar mengulas panjang tentang seni persembahan, kerana ia diluar kemampuan ilmu yang saya miliki. Bagaimana pun saya sertakan empat suku bintang untuk Meor. Dan sa...

Cerita sepasang kasut

Pada suatu hari yang kurang enak, Dee kawan saya sakit. Dia meracau macam orang kena rasuk dan terus pengsan. Bila sudah sedar dari histeria, Dee bangun. Mencari-cari, ke mana pula hilang kasutnya. Saya pun membantu. Okay jumpa sebelah cuma! Saya terus mencari. Dan lagi. Dan lagi. Bawah katil. Tiada. Bawah loker pun tiada. Hampir lima belas minit. Saya fikir-fikir. Takkan ‘saka’ yang ada itu sorokkan kasut Dee pula. Setelah puas menjengok intai sana-sana, sini sini dan situ situ, akhirnya saya mengalah. “Tak jumpa ler selipar yang sebelah lagi tu. Dee” Dee dan kawan-kawan yang lain pandang saya semacam. Dan Tie tiba-tiba bersuara “ Bila masa pula kak Dee pakai sepasang kasut.?” Oh Tuhan! Saya lupa. Benar-benar lupa. Kaki Dee cuma sebelah. Sebelah lagi diambil Tuhan. Kami ketawa berjemaah. *dalam hati, saya sedih sebenarnya* Nota : Sekarang Dee sudah ada kaki palsu. Dan dia boleh memakai sepasang kasut. Walaupun keadaannya tidaklah sesempurna yang Tuhan ciptakan :)

Tentang kematian

Jika boleh memilih, tiada siapa pun mahu mati dengan cara yang paling dajal. Maksud aku, diselubungi misteri dan tragedi. Semua mahu mati di atas tilam paling empuk! Di kelilingi insan-insan tersayang yang mendoakan kesejahteraan kita memulakan perjalanan ke alam baharu. Tidak kisah apa ras atau kepercayaan atau ideologi potitik; manusia punya keinginan yang hampir sama walau tidak serupa. Tiada seorang pun mahu mati hangus. Mati dengan tubuh bersepai. Atau mati dengan tubuh diletup dan dikecai-kecaikan mahu pun dikerat lapan. Jadi, sekalung tahniah untuk manusia yang sanggup mengambil nyawa manusia lain atau menyebabkan kematian mereka dengan cara yang tidak dipinta. Tanpa hak! * hari ini aku dalam kesakitan dan aku pun menulis fasal kematian * Tiada kena-mengena dengan soal politik okay! PS: Sebenarnya aku risau “mati” di bawah akta yang bernama penindasan. Aduh! Di sini sahaja, jari sudah mengebas. * senyum *

Ayat cinta untuk jejaka pencuci baju

Ya, kalian tahu aku sangat suka mencari dan melompat dari blog ke blog. Pendek cerita laptop aku ni, jika dia ada boleh bersuara maka mungkin inilah madahnya. "Sudah-sudahlah lu menekan keyboard, menghadap skrin dan mengheret tetikus. Gua dah naik menyampah tengok muka lu, Lily". Tapi ia hanyalah laptop tanpa perasaan dan suara. Berbalik kepada pokok persoalan. Hari ini, aku jumpa seorang jejaka dan aku suka cara dia membasuh baju. Blog dia di sini . P.S. I LOVE YOU. Selamat membasuh baju hahaha!

Telah aku pelajari luka-luka silam yang menendang setiap detak jantungku. Dan aku berhasil, kadang tidak kawan!

~Telah aku pelajari luka-luka silam yang menendang setiap detak jantungku. Dan aku berhasil, kadang tidak kawan! ~ ******* Berbekal mantra dan do'a dari kitab suci yang paling suci dan buku-buku ensiklopedia psikologi, telah aku tukarkan segala menjadi serum yang mampu menghanyutkan segala pedih, mengelupas segala duka yang menyesak denyut nafas. Serum itu juga membuat binasa segala rasa putus asa yang telah lama berlonggok berbonggol di dalam dada. *********. Namun aku ini hanya manusia biasa kawan! Apabila diri terasa dihina dan diludah maruahku di hadapan khalayak, jangan kau suruh aku bersabar dan berdiam. Telah lama; berabad rasanya aku berdiam dan tahu aku menangis cuma. ************* 12 Julai, jam sebelas pagi berlokasikan kaunter bayaran sebuah pasaraya aku bertemu makhluk betina yang paling kurang adab sebagai manusia. Puncanya, sebesar kuman sahaja. Dan aku mengakui kekhilafanku; mengambil barang tanpa melihat wang di kocek sama ada mencukupi atau tidak. Malangnya, cara a...

Pengumuman

Maaf, dalam penyelengaraan. Harap maklum. Tuan punya blog sedang 'gila' berekspresi dengan template baru. Link anda akan dimasukkan kemudian. hahaha!