Langkau ke kandungan utama

Catatan

Putus sudah

Hidup perpasangan dengan ikatan perkahwinan membuatkan kita gembira walaupun ia kadang melukakan. Ikatan itu istimewa dan hanya anugerahkan kepada orang yang bertuah. Perkahwinan kadang ibarat pasu antik; sukar ditemui, sukar diperolehi tapi mudah untuk jatuh dan pecah berderai. Anugerah yang bernama perkahwinan, sebenarnya indah jika pandai menghayatinya. Bisa sebaliknya jika tersalah tempat. Dan engkau tuang asid hydrochloric pekat ke atasnya. Perkahwinan bukanlah kata-kata tetapi berdiri teguh bersama segumpal ikrar dan tanggongjawab. ************ Suatu hari kau dan aku duduk-duduk berbicara kosong. Waktu rehat jam sepuluh dua tahun yang lalu. “Kak, dia terlalu baik untuk aku. Banyak berkorban. Enam tahun baru kami dapat berkahwin kak! Itu pun kami kongsi wang hantaran” Aku dengar dan kau menyambung “Walau aku macam ni (kau maksudkan kita satu species – kurang upaya dengan CP) dia masih sudi terima aku seadanya.” Aku ingat hari perkahwinan kalian kawan. Dia bergaya sakan bergamba...

Sekadar catatan yang terjah-terjah - Kenapa saya blog

Kata orang bila kita masuk terowong MRI, rasa macam masuk lubang kubur atau dalam keranda. Entah! Aku belum pernah masuk dalam keranda. En_Me pesan via komentar entri di bawah, sebelum terjadi sesuatu aku kena jawab tag dari dia dulu. Nah! Aku sudah jawab secara ringkas. Aku tau kau mesti tidak puas hati, tapi aku tengah senang-senangkan hati menunggu tarikh masuk keranda MRI. Tarikh belum ada, jadi aku masih boleh berpoya-poya dengan kalian hahaha! Ada yang bagi award, maaf aku tak sempat ambil kawan-kawan! Award lama pun tercampak ke mana setelah blog aku bertukar cat. Selamat menyambut Ramadhan kawan-kawan! Aku tag Khairy Jamaluddin(Rosmah Mansor pun oleh juga) sebab dia hensem...voolley Me? hahahaha!

Sebuah coretan yang terjah-terjah - siri 2

Pada suatu hari dalam tahun 2009, dia terjumpa suatu catatan lama yang berbunyi begini: Sejak akhir-akhir ini, gua asyik fikir pasal mati. Umur sudah 33, paling lama gua boleh hidup mungkin 20 atau 30 tahun atau kurang. Atau malam ini atau sekejap lagi. Sebelum gua pejam rapat mata dan tak buka-buka-buka lagi gua ada satu permintaan. Eh! banyak sebenarnya. Satu, gua harap gua mati kemudian, biar gua boleh jaga abah dan mak dulu. Gua kena mati kemudian, sebab gua takut Khadijah sedih ditinggalkan kakaknya. Walau gua dan Khadijah macam anjing dengan kucing, gua sayang dia ya amat woo! Wa cakap lu!” Lagi satu gua, belum boleh mati sebab gua belum kawin. Hahaha! Gua sangat musykil ada ke yang nak ke gua nih?” ~20/4/2003~ Dia terpisat-pisat. “Eh!Betul ke aku pernah tulis begini?” Hahahahaha! Rock gila...dalam rock syahdu pun ada! Sampai entri ini ditulis, usia dia dipanjangkan lagi. Dia sudah ada pakwe rempit, yang boleh diajak ke mana-mana kecuali ke bulan.

Kak, bertabahlah

Hari ini, bangun pagi. Belum sarapan. Buka blog. Nampak komentar kakak ini. Baca entrinya . Tanpa sedar, airmata tiba-tiba mengalir. Ah! murahnya airmata pagi ini. Ramalan cuaca di dalam hati hari ini diramalkan moody . Kak, bertabahlah! Aku pun dalam kesakitan juga. Menelan ubat-ubatan sehingga naik loya tekak juga. Tapi selagi ada kurnia bernama nyawa, kehidupan tidak harus diisi dengan berduka sepanjang masa. *nangis* 8.59am Maaf, aku tak telefon. Takut ganggu kamu kak! Sekali lagi kak, bertabahlah! Doa sahabat dan saudara terdekat mengiringimu. Dan Allah akan melindungimu. Moga kau selamat kak, Ya! kita tahu. Tahu amat. Tiada siapa pun sempurna! Selain dariNya.

Sebuah coretan yang terjah-terjah

Rasa macam ingin menulis suka-suka hati. Mungkin macam karangan budak darjah satu. Blog saya, tentulah ceritanya banyak berkisar tentang saya. Tentang hidup saya. Tentang keterujaan dan kesukaan saya. Ya! Saya masih teruja bertemu AJ dan Pyanhabib di Maskara. Tengah-tengah malam buta, saya telefon Khadijah dan jerit “ Oii ! Adik, hang nak tau aku jumpa Pyanhabib yang kita suka sangat masa muda-muda dulu” Dan saya gelak mengekek-ngekek macam pontianak mengusik anak teruna sunti di malam hari. “ Hang ni mamai ka apa? Kut ya pun nak cerita esok-esok laa ..aku nak tidoq ni ” Khadijah terus matikan telefon. Saya kira, pasti Khadijah sedang menghamun kutuk kesewelan saya. Esok via MMS, saya kirim gambar Bro Pyan serta foto-foto saya bersama Alina dan Muha. “ Awat hang kak?” Khadijah via sms. “ Awat nya?”Balas saya. “Baju hang , sebijik macam baju Kak Long” Khadijah via sms lagi. Ceh ! Saya sudah agak, Khadijah akan kutuk pakaian saya. (Makluman: Kak Long, anak dara Khadijah saya yang d...

Maskara Ogos dan teman-teman yang menjadikan saya teruja

Pasca Maskara . Saya roger rakan-rakan siber termasuk si Pam . Ada yang demam, yang sibuk dan pening dengan peperiksaan dan tugasan. Yes , gua sudah merdeka dan sedang cuti-cuti semester! Saya dan suami membawa seseorang istimewa ke Maskara kali ini. Bagi saya, ini Maskara yang paling mengembirakan kerana dapat menikmatinya bersama-sama Adik Botak saya. Terima kasih, untuk Nizam yang sudi memandu untuk kami ke destinasi, walau dia berkerja keesokan pagi. Saya gembira biarpun hanya berpelukan seminit dua dengan Taf Teh dan Dila Raden. Terkilan juga sebab tidak sempat bergambar dengan akak Engku Noor. ( pasai apa tutup blog, invite la cek ! hahaha !) Muha dan Alina Nizam dan Muha Oh ya! isteri kesayangan Encik Awak semakin slim . Serius ni ! haha ! Persembahan. Agak terkilan kerana terlepas persembahan Beha. Saya tidak gemar mengulas panjang tentang seni persembahan, kerana ia diluar kemampuan ilmu yang saya miliki. Bagaimana pun saya sertakan empat suku bintang untuk Meor. Dan sa...

Cerita sepasang kasut

Pada suatu hari yang kurang enak, Dee kawan saya sakit. Dia meracau macam orang kena rasuk dan terus pengsan. Bila sudah sedar dari histeria, Dee bangun. Mencari-cari, ke mana pula hilang kasutnya. Saya pun membantu. Okay jumpa sebelah cuma! Saya terus mencari. Dan lagi. Dan lagi. Bawah katil. Tiada. Bawah loker pun tiada. Hampir lima belas minit. Saya fikir-fikir. Takkan ‘saka’ yang ada itu sorokkan kasut Dee pula. Setelah puas menjengok intai sana-sana, sini sini dan situ situ, akhirnya saya mengalah. “Tak jumpa ler selipar yang sebelah lagi tu. Dee” Dee dan kawan-kawan yang lain pandang saya semacam. Dan Tie tiba-tiba bersuara “ Bila masa pula kak Dee pakai sepasang kasut.?” Oh Tuhan! Saya lupa. Benar-benar lupa. Kaki Dee cuma sebelah. Sebelah lagi diambil Tuhan. Kami ketawa berjemaah. *dalam hati, saya sedih sebenarnya* Nota : Sekarang Dee sudah ada kaki palsu. Dan dia boleh memakai sepasang kasut. Walaupun keadaannya tidaklah sesempurna yang Tuhan ciptakan :)

Tentang kematian

Jika boleh memilih, tiada siapa pun mahu mati dengan cara yang paling dajal. Maksud aku, diselubungi misteri dan tragedi. Semua mahu mati di atas tilam paling empuk! Di kelilingi insan-insan tersayang yang mendoakan kesejahteraan kita memulakan perjalanan ke alam baharu. Tidak kisah apa ras atau kepercayaan atau ideologi potitik; manusia punya keinginan yang hampir sama walau tidak serupa. Tiada seorang pun mahu mati hangus. Mati dengan tubuh bersepai. Atau mati dengan tubuh diletup dan dikecai-kecaikan mahu pun dikerat lapan. Jadi, sekalung tahniah untuk manusia yang sanggup mengambil nyawa manusia lain atau menyebabkan kematian mereka dengan cara yang tidak dipinta. Tanpa hak! * hari ini aku dalam kesakitan dan aku pun menulis fasal kematian * Tiada kena-mengena dengan soal politik okay! PS: Sebenarnya aku risau “mati” di bawah akta yang bernama penindasan. Aduh! Di sini sahaja, jari sudah mengebas. * senyum *

Ayat cinta untuk jejaka pencuci baju

Ya, kalian tahu aku sangat suka mencari dan melompat dari blog ke blog. Pendek cerita laptop aku ni, jika dia ada boleh bersuara maka mungkin inilah madahnya. "Sudah-sudahlah lu menekan keyboard, menghadap skrin dan mengheret tetikus. Gua dah naik menyampah tengok muka lu, Lily". Tapi ia hanyalah laptop tanpa perasaan dan suara. Berbalik kepada pokok persoalan. Hari ini, aku jumpa seorang jejaka dan aku suka cara dia membasuh baju. Blog dia di sini . P.S. I LOVE YOU. Selamat membasuh baju hahaha!

Telah aku pelajari luka-luka silam yang menendang setiap detak jantungku. Dan aku berhasil, kadang tidak kawan!

~Telah aku pelajari luka-luka silam yang menendang setiap detak jantungku. Dan aku berhasil, kadang tidak kawan! ~ ******* Berbekal mantra dan do'a dari kitab suci yang paling suci dan buku-buku ensiklopedia psikologi, telah aku tukarkan segala menjadi serum yang mampu menghanyutkan segala pedih, mengelupas segala duka yang menyesak denyut nafas. Serum itu juga membuat binasa segala rasa putus asa yang telah lama berlonggok berbonggol di dalam dada. *********. Namun aku ini hanya manusia biasa kawan! Apabila diri terasa dihina dan diludah maruahku di hadapan khalayak, jangan kau suruh aku bersabar dan berdiam. Telah lama; berabad rasanya aku berdiam dan tahu aku menangis cuma. ************* 12 Julai, jam sebelas pagi berlokasikan kaunter bayaran sebuah pasaraya aku bertemu makhluk betina yang paling kurang adab sebagai manusia. Puncanya, sebesar kuman sahaja. Dan aku mengakui kekhilafanku; mengambil barang tanpa melihat wang di kocek sama ada mencukupi atau tidak. Malangnya, cara a...

Pengumuman

Maaf, dalam penyelengaraan. Harap maklum. Tuan punya blog sedang 'gila' berekspresi dengan template baru. Link anda akan dimasukkan kemudian. hahaha!

Sayang

Sedar tak sedar sudah dua tahun menulis di sini. Sudah ada enam blog. Satu sudah ditutup. Satu hidup segan mati tak mahu. (kes tak tahu delete akaun wordpress). Dua lagi kurang aktif (rasa nak tutup juga). Dan dua lagi agak aktif Akaun Tagged sudah delete . Freindster terlupa password (tak dapat delete ). *menulis dalam mood yang paling bosan gila * Maaf entri di bawah tidak dijawab kerana tuan punya blog sekadar mahu memperkenalkan siapa dirinya si sebalik topeng Water Lily kepada pembaca baharu. Terima kasih untuk Reverie kerana fokuskan entri tersebut di lamannya. *menulis dalam mood khayal ubat-ubatan tahap gaban* Selamat menulis, untuk blogger-blogger baharu. TUTUP....ah! ada-ada sahaja yang menjadi alasan agar tidak ditutup. Contohnya, ternati-nanti untuk mengiklankan sesuatu yang penting! *mau berhenti sekejap, tangan dan jari-jari menggeletar*

Cerita bahasa dan sekeping sijil yang terkurang nilai

Ini adalah sebuah cerita luka. Luka yang pedih sehingga saat kisah ini ditulis. Cerita sekeping kertas bernama sijil yang terkurang nilai. Tahun 1987, saya menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Berbekalkan lapan matapelajaran yang diambil, enam daripadanya saya telah perolehi kredit dan gagal sepenuhnya untuk dua lagi. Metematik dan Bahasa Inggeris. Walau berjaya memperolehi pangkat satu, sijil itu tidak berjaya membawa saya ke mana-mana. Ketika rakan-rakan seusia berjaya ke universiti, maktab perguruan, politeknik, atau ITM (waktu itu); pilihan yang saya ada hanyalah berhenti sekolah atau memasuki tingkatan enam. Malangnya, keputusan STPM saya juga kurang memuaskan dengan satu principal, saya hilang arah tujuan. Namun saya bukan jenis yang mudah berputus arah. Sampai kini, saya masih belajar, berusaha agar tidak ketinggalan. Tahun hadapan merupakan tahun terakhir untuk saya mengisi borang SPA. Perkerjaan terbaik yang pernah saya perolehi ialah bekerja sebagai pembantu guru d...

Nuffnang oh Nuffnang Ads.

Saya meletakkan widget itu untuk mengintai mana-mana rakan maya yang menziarahi laman saya. Terutama yang menjadi pembaca senyap. Minggu ini, saya membuka blog Fiksyen Cinta untuk tatapan umum. Tidak menarik sangat pun. Sekadar entri kitar semula dan cuma satu dua yang terbaru. Dan yang menarik tentang nuffnang (baca: meluat) saya baru dapat lebih kurang RM10.00 setahun. Mereka sudah “cilok” RM50.00. Berbaloi kan? Antara kata kunci yang membawa pengunjung ke laman-laman saya. ~ Cerebral Palsy ~ Akta OKU ~ kerusi roda ~ Cerita cinta ~ Blog waterlily ~ nota peperiksaan ~ OUM (haha!) ~ Salji ~ Muha Aziz(femes juga mamat botak ni) Dan hari ini ada kata kunci yang paling menarik iaitu “Adakah Joanna Bessy (pelakon tu la!) orang Islam?” Saya tergelak sendirian. Bila masa pula, saya menulis pasal pelakon itu. Dan saya perhatikan, ruang komentar semakin pudar!

Sajak spontan di pekan Frinjan 3.0

Bersama Alina dan Dila Raden Rahmat Haron(lu pakai syampoo apa bang hahaha!) Rahmat Haron lagi(gambar lain semua tak jadi, asyik gambar dia je. Gue syak ni pasal syampoo dia juga hehe..jangan mare bang!) Frinjan 3.0(poster ke banner ke hape entah,gue menggong sikit) Gambar ini pun masuk sekali daaa! Harap punya kesempatan suatu hari, berkongsi pentas berdiri seiring kalian melaungkan puisi dalam dingin campur pijar malam walau suara tidak selantang merdu seperti keinginan mahu kalis semua malu dan rasa rendah diri tanpa tentu rasa kerdil diri tanpa perlu yang masih kebal dalam diri doakan aku! 27/6/09 Dataran Shah Alam. Nota kaki: Terima kasih untuk Alina kerana memperkenalkan Christopher Merrill melalui pemberiannya. Gembira berkenalan dengan Dila Raden si profaniti karut aka salah seorang perempuan simpanan.(gue baca blog depa diam-diam beb!)

Dendang Cinta: sekadar mengulas rasa

Dendang Cinta Bertolt Brecht Ini saja koleksi antologi puisi yang saya miliki Sewaktu menghayati Dendang Cinta antologi puisi Bertolt Bercht (terjemahan Pauline Fan) pemberian Alina ; saya yang kurang ilmu agak keliru. Terbiasa dengan karya Pak Samad Said, Allahyarham Usman Awang, penyair Marsli N.O, Suhaimi Haji Muhammad (sekadar menzahirkan beberapa nama besar yang diingati), saya bergumam sendirian” Sajak apa ni?” Keselarasan Bidi di Peking Di Allgau, Bie Selamat, dia kata Dibalas, pagi ~ Bertolt Bercht~ Muka surat 9 (Dendang Cinta) Dan saya tidak begitu mesra(baca: tidak tahu lansung,sekadar mendengar nama) dengan karya penyair-penyair dari tanah seberang kecuali Chairil Anwar. Atau mana-mana penyair dari Timur Tengah. Keterbasan bahasa juga menghalang saya menghayati puisi Keats, Shakespeare mahupun Pablo Neruda. Ah ! Dangkalnya ilmu saya. Oleh itu, setiap kali melakar puisi, saya bimbang dan sangat berhati-hati. Saya takut lari makna dan segala macam ketidaksempuranaan. Paling...

Entri flip flop dengan pelbagai emosi

Hari Jumaat nanti si pari-pari akan menghadiri satu temuduga. Katanya jawatan ditawarkan pegawai memasarkan sesuatu. Entah! mungkin lilin berbentuk hati berwarna hitam ,merah dan jingga. Hohoho...entah-entah jurujual. Misalnya jual organ-organ ogre yang sudah dicerai-ceraikan. Oh! Dia tidak boleh memilih, apa sahaja asal halal, asal ada peluang harus pergi mencuba. Pari-pari patah sayap, pilhannya cukup terhad. Si pari-pari sedang berkira-kira dengan bentuk-bentuk soalan yang bakal ditanya? Misalnya, siapakah nama perdana menteri negera Hibiscus? Dan si pari-pari pun sudah bersedia dengan dua jawapan! “Jika saya berjaya menjawab, adakah saya akan menggantikan tempat pm di dalam kabinet atau ada jawatan untuk saya dalam kabinet Hibiscus ?" Atau begini mungkin – Negara Hibiscus sekarang diperintah oleh seorang wanita beb! Hek’eleh itu pun tak tau ka?” Tasik, aku nak pinjam handbag boleh? Kalau ada bulu mata palsu sila pinjamkan sekali ya...oh! lagi satu,cermin mata Sarah Pailin * so...

Warkah dari saya(yang tidak 'kool')

Surat ‘kool’ untuk emak. (Khadijah, sila bacakan untuk emak ya!) Emak yang dikasihi, Sebelum saya berkahwin, tiada sesiapa membertahu saya bahawa setiap perkahwinan ada risiko untuk bermadukan mana-mana yang berikut - mertua (oh! itu masih ‘kool’) - ipar duai yang asyik menyibuk konon-konon mau menjaga kepentingan saudara mereka. (memang puaka) - calon menantu atau ipar mereka yang sebelum saya.(oh! jika membunuh bukan dosa, pertama yang saya buat adalah mengecaikan otaknya) - mana-mana perempuan yang mungkin berminat dengan encik suami saya.(ada?) Emak yang dikasihi, Saya kadang kala rasa terpelanting jauh di planet asing setiap kali pulang ke rumah keluarganya. Tiada tempat hendak mengadu. Jangan emak fikir saya tidak mengadu sama Tuhan. Setiap hari, jam, minit dan saat hati saya berbicara denganNya. Dan saya kira, saya juga perlu bercakap dengan manusia. Maka, saya memilih untuk bercakap menggunakan papan kekunci. Bersama manusia yang tidak saya kenali. Emak mesti anggap anak emak i...

Cerita orang kahwin

Cuti sekolah. Ramai kawan-kawan, saudara-mara naik pelamin. Cuti sekolah. Anak-anak kecil dan remaja di rumah. Yang tinggal di asrama balik ke rumah. Dan hari Ahad, sebaik sahaja mencecah jam sepuluh, jika engkau tinggal di flat murah DBKL atau kuarters kerajaan (untuk staff marhain), apa engkau dengar? Ya. Dialog-dialog begini adik-adik. Dialog mereka yang berkelamin. (dan beranak-pinak) “Along, tengokkan adik nangis tu. Mama nak masak ni” Si ibu, “Alaaa....maa.. Orang nak tengok tivi ni.” Si anak dara empat belas tahun. (Suara si adik, sekejap menangis, sekejap pause, sekejap tone tinggi, sekejap turun) Si ibu memujuk” Alaa..adik diamlah. Nanti abah bangun, mama kena marah tau!” (Makin kuat tangisan) “Diam dik!” “Mama kata diam, cepat diam!” suara si ibu semakin tinggi. “Macam mana awak jaga anak. Awak tau tak saya penat kerja?” suara jantan si bapa baru bangun tidur(jam sebelas). Macam guruh musim tengkujuh.(He'elah..macam lu sorang cari duit, bini lu pun kerja juga). Apasal,aku...

Blouse berwarna oren

“Kak, kalau ada kelahiran semula kau mahu jadi apa? “Tanya Saerah. “Erra?” Aku memulangkan soalan itu kembali. Seperti selalu-selalu. “Aku mahu jadi bidadari kak.” (Pause!) “..tapi bukan di atas kerusi ini.” “Hello, engkau memang bidadari dik!” Aku kata. Dia tersenyum. Malam tadi, aku mimpikan dia. Mimpikan Saerah. Kemesraan kami yang dulu. Selepas mengemaskan pakaian lama, aku temui blouse berwarna oren pemberian Saerah. Sudah tidak muat lagi pada tubuh. Saerah, aku tidak pernah melupakan budi baikmu; adat persahabatan kadang kala terconteng luka tanpa sengaja. Aku rindu pada Saerah. Sama seperti aku rindu memakai blouse oren pemberiannya. Sama seperti aku merindui tubuh kurus empat puluh dua kilogram. Empat tahun yang lalu. Hari pertama, aku berjabat salam dan mengenali Saerah. Hari itu juga, aku mengenali Encik Suami.