Langkau ke kandungan utama

Aku Yang Asing

Tajuk entri yang berbunyi sungguh klise. Tiba-tiba sahaja terasa sangat asing menulis di sini. Dan sedikit rindu  juga barangkali. Atau Bestrari.net sekat kau punya laman Facebook (ya..itu pasti.) :D

Rindu kepada kamu orang asing - yang tiba-tiba melalui medium ini kita menjadi konon-konon sangat mengenali. Kita bergurau senda. Usik-mengusik macam kita kenal lama. Sedang bersama kawan-kawan lama pun kita tidak bersenda dan bercerita sebegitu rupa.

Orang Asing - benar kita pada mulanya adalah orang asing. Tiada sesiapa kenal sesiapa pada mulanya. Itu barangkali yang menjadikan aku kadang tanpa segan silu bercerita macam-macam pada kamu.

Lebih senang berkongsi kisah duka bersama orang asing.

Kita saling mendengar (membaca) kisah-kisah luka, bersenda-senda dan pergi begitu sahaja.

Orang Asing - Aku yang asing ini - merindui kamu.

Sore ini, aku seperti yang kamu kenal dahulu. Masih suka meredah rintik hujan. Masih suka mencicip kopi panas. Masih bercakap dengan kucing. Masih rindukan Hiroshi.  Masih sakit. Masih mudah terguris hati. Masih pemarah. Masih pemalu. Masih pendiam. Masih pemendam rasa. Masih bermimpi.  Masih tidak suka berlama-lama di dalam majlis. 

Masih seorang introvert.

Masih mencuri tulang dan 'makan gaji buta' pada setengah jam terakhir waktu kerja. Kadang kala.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Aku Marhaein

Aku marhaein. Tidak tahu politik Suapan slogan muluk- muluk Glokal sana wilayah di sini Aku buta ekonomi Tiada kepentingan terhadap projek-projek megamu Tak bermaksud aku boleh engkau Pandir-pandirkan sesuka hati Aku marhaein Tahuku cuma Keluar saban hari Mencari sesuap rezeki Agar hidup kami Tidak perlu jadi penadah tangan di negara sendiri Jangan engkau suruh aku Ubah gaya hidup Kerna aku cuma bermotorsikal Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter dan bas Rapid KL Berasak-asak berdiri Setaraf pendatang. Tidak pernah menjejak Suria KLCC Tidak pernah merasa Starbuck coffee Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani Cuma sesekali merasa ayam KFC Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali. Jangan engkau bodohkan aku Dengan suapan slogan gila tidak munasabah Berjimat dengan pendapatan yang tidak seberapa Bukan aku pernah melancong ke luar negara Dalam negara pun tidak pernah Mahu balik kampung Pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira Kata si cantik seleberiti Kurangkan makan nasi Baik un...

Tuhan halalkannya untuk kita

Imej ........ Usai sahaja akad, kita jarang sekali bersetuju tentang apa pun. Tapi entah tali-temali apa yang masih mengikat kita sampai kini. November, bulan dingin nan indah. Bulan mengikat janji Bulan mengikat cinta Terima kasih Tuhan Kami terikat kerana limpah rahmanMu ........ Nothin' lasts forever And we both know hearts can change And it's hard to hold a candle In the cold November rain