Langkau ke kandungan utama

Kangen

Pagi ini, aku terbangun sebelum Subuh. Aku mencari-cari sesuatu. Sesuatu yang mengingatkan aku kepada kamu. Aku bancuh sewacan kopi. Hirup perlahan-lahan. Sambil menyelongkar dapurku.

Dan ketemu seuncang teh hijau. Sudah lupus tarikh. Aku simpan. Entah apa-apa tujuan. Aku tidak pasti.
Hendak aku katakan cenderahati, banyak lagi yang aku punya.

Menyimpan seuncang orcha, adalah tersangat penting pada aku. Sepenting menyorokkan rasa itu.

Aku ingat kau pernah kata "The disabled body itself is an art.". Dan aku masih ingat

Aku kata kau memang gila. Kemudian kita pun menjadi manusia yang sama gila.

Dan kegilaan ini harus kita hentikan brangkali.

Barangkali.

Sejurus kemudian aku dengar kau kata " Anne, jangan hentikan kegilaan ini. Tolong..."

Ah! Gila.

Ulasan

sepa berkata…
dulu-dulu, suka baca majalah gila-gila. :)
Nizam.Ariff berkata…
orang tak gila je yang tuduh orang lain gila...

orang gila cuma tak mengaku dia gila je...
Lily Abdullah berkata…
Sepa,
Akak pun suka hihihi..ketawa sorang2 macam orang gila.

Zam,
Oang waras selalu mengaku dia gila tak?
Nizam.Ariff berkata…
kalau aku,
aku ngaku giler je.... biar dia org tak kacau aku

Catatan popular daripada blog ini

Aku Marhaein

Aku marhaein. Tidak tahu politik Suapan slogan muluk- muluk Glokal sana wilayah di sini Aku buta ekonomi Tiada kepentingan terhadap projek-projek megamu Tak bermaksud aku boleh engkau Pandir-pandirkan sesuka hati Aku marhaein Tahuku cuma Keluar saban hari Mencari sesuap rezeki Agar hidup kami Tidak perlu jadi penadah tangan di negara sendiri Jangan engkau suruh aku Ubah gaya hidup Kerna aku cuma bermotorsikal Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter dan bas Rapid KL Berasak-asak berdiri Setaraf pendatang. Tidak pernah menjejak Suria KLCC Tidak pernah merasa Starbuck coffee Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani Cuma sesekali merasa ayam KFC Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali. Jangan engkau bodohkan aku Dengan suapan slogan gila tidak munasabah Berjimat dengan pendapatan yang tidak seberapa Bukan aku pernah melancong ke luar negara Dalam negara pun tidak pernah Mahu balik kampung Pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira Kata si cantik seleberiti Kurangkan makan nasi Baik un...

Tuhan halalkannya untuk kita

Imej ........ Usai sahaja akad, kita jarang sekali bersetuju tentang apa pun. Tapi entah tali-temali apa yang masih mengikat kita sampai kini. November, bulan dingin nan indah. Bulan mengikat janji Bulan mengikat cinta Terima kasih Tuhan Kami terikat kerana limpah rahmanMu ........ Nothin' lasts forever And we both know hearts can change And it's hard to hold a candle In the cold November rain