Langkau ke kandungan utama

Rindu


Rindu mungkin atau mencari kekuatan untuk kembali menyambung tulisan yang tertunda, Lalu selepas peperiksaan semester akhir bertempat di Shah Alam, saya pun merayau-rayau ke pasaraya; bahagian menjual makanan popular negara matahari terbit - sushi.

Ah! Betapa saya rindukan Nishiawaji. Bau lorong-lorangnya, bau pangsapuri sempit Kawakita san dan pokok-pokok ros dan pokok herba yang di tanamnya.


Selamat Tahun Baharu 2011.

Ulasan

tasekM berkata…
aku kembang tekak makan sushi. tak jepun langsung, kan...?

selamat tahun baru kakak.

rindu kamu.




.
ckLah @xiiinam berkata…
Rindu Jepun Mar...?




Tasek...ikam makan 'wadik' hajak leh!
Cikgooden berkata…
aku tak suka makanan sushi sushi ni kak..

selamat tahun baru, kak lily...
Lily Abdullah berkata…
Kak Lah & Cikguoden,

Rindu kak hehe..
Selamat tahun baru juga.
Selamat kembali mengajar.

Tas,
Aku makan, tapi yang buat kat Malaysia ni takde yang jenis ikan mentah. Boleh la, ditelan dek tekak Melayu aku ni haha..
Tanpa Nama berkata…
Sushi di malaysia, ikannya masak. Memang lalu ditelan tekak saya.
Tanpa Nama berkata…
suka sushi?? pernah belajar di jepun ke dulu??

Catatan popular daripada blog ini

Aku Marhaein

Aku marhaein. Tidak tahu politik Suapan slogan muluk- muluk Glokal sana wilayah di sini Aku buta ekonomi Tiada kepentingan terhadap projek-projek megamu Tak bermaksud aku boleh engkau Pandir-pandirkan sesuka hati Aku marhaein Tahuku cuma Keluar saban hari Mencari sesuap rezeki Agar hidup kami Tidak perlu jadi penadah tangan di negara sendiri Jangan engkau suruh aku Ubah gaya hidup Kerna aku cuma bermotorsikal Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter dan bas Rapid KL Berasak-asak berdiri Setaraf pendatang. Tidak pernah menjejak Suria KLCC Tidak pernah merasa Starbuck coffee Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani Cuma sesekali merasa ayam KFC Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali. Jangan engkau bodohkan aku Dengan suapan slogan gila tidak munasabah Berjimat dengan pendapatan yang tidak seberapa Bukan aku pernah melancong ke luar negara Dalam negara pun tidak pernah Mahu balik kampung Pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira Kata si cantik seleberiti Kurangkan makan nasi Baik un...

Tuhan halalkannya untuk kita

Imej ........ Usai sahaja akad, kita jarang sekali bersetuju tentang apa pun. Tapi entah tali-temali apa yang masih mengikat kita sampai kini. November, bulan dingin nan indah. Bulan mengikat janji Bulan mengikat cinta Terima kasih Tuhan Kami terikat kerana limpah rahmanMu ........ Nothin' lasts forever And we both know hearts can change And it's hard to hold a candle In the cold November rain