Langkau ke kandungan utama

Dunia Anak Wayang

Saya tidak banyak tahu tentang dunia kamu. Namun apa yang saya perhatikan malam tadi, asing benar dengan dunia kekampungan saya.

Tidak mahu menulis panjang lebar. Nanti orang bilang saya polis moral. Mudah-mudahan, saya tidak tergolong di dalam golongan yang sering menyumpah keaiban dunia seni yang kamu perjuangkan


Saya sekadar mahu memuji.

Memang kamu anak wayang sejati!


Maafkan saya!

p.s. sekadar catatan peribadi selepas menonton secara 'live' program 'Pilih Kasih' di studio RTM Senawang

Ulasan

'Pilih kasih'?

Program apa itu?

Hahaha!
Nizam.Ariff berkata…
Takpe kak...itu cuma hiburan.. anggap begitu jela...
Tanpa Nama berkata…
Kak Lily,

Adik cuba untuk muncul di maskara kalau benar jadinya pada 7 Januari itu.
Tanpa Nama berkata…
labih baik sebagai seorang manusia..kita berharap kita tidak terlalu banyak berkata-kata yang kemungkinan menyakitkan hati insan lain.. apatah lagi bercerita mengenai keburukan orang lain..

Catatan popular daripada blog ini

Aku Marhaein

Aku marhaein. Tidak tahu politik Suapan slogan muluk- muluk Glokal sana wilayah di sini Aku buta ekonomi Tiada kepentingan terhadap projek-projek megamu Tak bermaksud aku boleh engkau Pandir-pandirkan sesuka hati Aku marhaein Tahuku cuma Keluar saban hari Mencari sesuap rezeki Agar hidup kami Tidak perlu jadi penadah tangan di negara sendiri Jangan engkau suruh aku Ubah gaya hidup Kerna aku cuma bermotorsikal Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter dan bas Rapid KL Berasak-asak berdiri Setaraf pendatang. Tidak pernah menjejak Suria KLCC Tidak pernah merasa Starbuck coffee Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani Cuma sesekali merasa ayam KFC Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali. Jangan engkau bodohkan aku Dengan suapan slogan gila tidak munasabah Berjimat dengan pendapatan yang tidak seberapa Bukan aku pernah melancong ke luar negara Dalam negara pun tidak pernah Mahu balik kampung Pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira Kata si cantik seleberiti Kurangkan makan nasi Baik un...

Tuhan halalkannya untuk kita

Imej ........ Usai sahaja akad, kita jarang sekali bersetuju tentang apa pun. Tapi entah tali-temali apa yang masih mengikat kita sampai kini. November, bulan dingin nan indah. Bulan mengikat janji Bulan mengikat cinta Terima kasih Tuhan Kami terikat kerana limpah rahmanMu ........ Nothin' lasts forever And we both know hearts can change And it's hard to hold a candle In the cold November rain