Langkau ke kandungan utama

Cukuplah

Cukup-cukuplah
Jangan cuci luka hatimu
Dengan menghadiri parti pesta busa
Tari menari sumbang tanpa untung
Nicotine bersambung puntung
Kelab-kelab kotor liar bingar
Penuh lelaki belang hidung
Dan jalang separa telanjang
Buat jiwamu tambah gundah bingung

Sudah-sudahlah
Jangan kau buru kebahagiaan palsu
Menempah neraka kekal
Sedang di sini syurga hanya sementara

Ini Ramadhan
Pintu keampunan
Gerbang taubat
Syurga abadi
Masih terbuka
Rahmat Tuhan tidak terhitung

Mari cari jalan pulang
Di balik samar neon yang menyilau pandang

.......
Nota kaki:
Persisir Kuala ber’lumpur’
Tika senja melabuhkan sayap
Oh!
Bukan sekadar kelab-kelab kotor liar bingar
Di parlimen sana
Ada mereka mabuk busa kuasa
19/9/2008

Ulasan

cakapaje berkata…
Salam WL,

Semakin hari, semakin terserlah seni yang lama terpendam. Syabas! :)
ckLah @xiiinam berkata…
Kalau dah mabuk...maknanya hilang ingatan...
Hilang ingatan...membatalkan puasa..!

p/s: malangnya...mereka tidak sedar akan hadirnya Ramadhan al Mubarak!
Hartini Omar berkata…
hebat kata2 ini. seperti menikam2 perdu hati. tahniah tuan penulis.. inilah dinamakan seni yg asli. dari hati turun ke hati. syabas!
Rahimin Idris berkata…
eh, kau penyajak ye? bagusnya!
Cikgooden berkata…
kau berbakat betul...tahniah!
violet berkata…
terpaku sebentar lepas baca bait2 kata dlm puisi ni. mendalam maksudnya.
Tanpa Nama berkata…
salam kak lily. menarek sungguh puisi sindiran kak. mahu lagi!
Aku berkata…
bait yang bagus.. :)
Amiene Rev berkata…
Puisi yang ini ada nilai... untuk diterbitkan di majalah sastera.
NoraHash berkata…
WL,
Salam ramadhan....

Nak celah sikit pasal maksiat ni..zaman moden ni ,maksiat bukan je kat kelab2 tapi dalam rumah pun akan dilakukan juga...Nauzubillah...
tasekM berkata…
aku kagum dgn puisi kamu... sungguh~

kuala berlumpur itu takkan mungkin hilang lumpurnya..
Brader Black berkata…
waaaaa,,

Nape xde ug mabok kepayang?
Dalam sungguh makna puisi ini..
Ya, kota ini penuh lumpur walau tiada hujan bersamanya.