Duit ini saya mahu guna untuk beli makanan kucing saya. Click Please!

22.1.16

Sometimes I hate myself

Dalam pekerjaan aku, banyak tugasan. Ada kawan-kawan pejabat nasihatkan tidak perlu nak stres sangat - buat saja ikut kemampuan. Kata mereka. Nak mengaplikasikan kata mereka adalah sangat susah - aku ni OKU, jadi aku kena tunjuk aku 'kena lebih' atau sekurang-kurangnya setara dengan orang lain. Mesti boleh dan kena boleh.Wajib boleh

Maka aku - semenjak kembali bekerja- aku kerja sungguh-sungguh. Untuk apa? Barangkali untuk niat yang salah. Mengharap manusia yang tidak pernah iktiraf kerja aku, mengiktiraf kerja aku.

Bukan untuk naik pangkat, naik gaji atau APC. Bagi orang gomen kerja lebih atau kerja kurang gaji statik saja.

Namun aku tetaplah tidak berdaya mendapat pengiktirafan. 

Yang selalu orang sebut-sebut - tidak boleh itu, tidak mampu ini - dari tempat kerja, PPD sampai ke Jabatan (entah2 kementerian) - itulah yang menjadikan aku fames.

Tak sesiapa pun sebut effort aku. Itulah manusia.

Kadang aku rasa nak duduk berkurung dalam ofis, tapi kerja aku bukan macam tu. Kerja aku bukan jenis office hour.

Macam kata seorang kawan, dulu masa minta kerja - masa temuduga tak ada pulak cakap kena tengok kontraktor - kena blablabala..

Aku? Aku terima kerja ni seadanya. Tapi part kerja yang aku rasa paling buat aku tertekan adalah part memantau kontraktor dewan makan dan staffnya.

Kerana aku jenis tak tahu bercakap kasar, bermulut celupar dan sebagainya.

Aku simpan marah dan tak puas hati.

Akhirnya, semalam tak pasal2 lubang hidung aku kena sumbat tiub tangki oksigen.

Kontraktor senang  hati dan kaya -raya. Staff dia pun suka sebab hari2 bawa balik makanan percuma.

Aku ? Tiada apa yang dapat. Tegur staff, staff - staff muka masam. Silap gaya kena cebik kena sindir bahkan kena ugut lagi kadang2. Ya, mereka ugut aku - sebab apa? Sebab mereka tak sedar diri.

Mereka ambil kesempatan di atas kekurangan aku.

Dan mereka tak sedar pun sebenarnya mereka sedang ugut aku.

Baik cara kasar dan cara paling halus.

Ya - sometimes tak keterlaluan aku kata - I hate myself.

20.1.16

Selamat pagi imsomia



Setiap kali engkau datang aku tahu kau tidak akan bahkan tidak pernah meminta keizinan pun.  Namun setiap rintik yang jatuh – sentiasa aku perhatikan tanpa jemu.  Rintikmu nan cantik seakan manik terus membasahi bumbung dan meruapkan panas aspal, Aku sedar kau tidak akan pernah tertarik pun untuk membasahi tubuhku. Terkecuali aku sama ada sengaja atau tanpa sengaja membiarkan engkau menyirami aku. 

Aspal, tanah lapang, bukit bukau, gunung menghijau dan laut membiru jualah yang engkau tunggu. Sentiasa begitu bukan? Aku kerdil amat di dalam setiap rintikmu yang gugur.
Setiap kali engkau menghampiri, aku bertanya-tanya. Kenapa denganku, apa yang indah denganmu sehingga berterusan aku menyukaimu.  Obses, lebih tepat.. Padahal belum tentu kau masih mengingatiku, semuanya sudah terlampau lama sekali, bukan?

Aku salah pabila menganggap engkau menyakitkan. Harusnya aku bersyukur bahwasanya ini adalah anugerah Tuhan. Ini adalah keajaiban. Hati tidak bertaman setiap hari Seharusnya aku berfikir bahawa ini rahmat, nyaman lagi mendamaikan.

Namun, setiap kali datang aku terus menerus menghindar dengan sesak yang kualami sepanjang aku berjalan.  Setiap molekul air yang jatuh akhirnya akan beredar di bumi memberikan kehidupan. Memang engkau sebahagian dari cerita singkat ‘kita’ 

Sejujurnya kau tidak bersalah, hanya sisi lain darimu yang membuat semuanya terlihat  jelik ternyata indah.. Kini semua jadi indah. Setiap detik yang pernah terlewati antara kita, kau tidak menyedari apa yang aku rasa, bukan? Atau kau pun ‘in denial’ seperti aku jua.  Dan aku berhasil menyimpan rasa’pelik’ rapat-rapat darimu.  Padahal kita seharusnya peka dan prihatin Dalam situasi apa lagikah kita dipertemukan atau dalam situasi yang tak terduga.
Dan setiap kali engkau datang, rinainya menyusun kisah klasik tersebut dengan memori yang akan aku kenang sehingga separuh putih sudah rambut yang pernah ikal kehitaman ini.


18.1.16

Luah rasa di Fecabook - pro dan con

Suatu hari - seorang kenalan meluahkan isihatinya difesbuk. Luahan itu pula tentang kisah rumahtangga. Beliau mendapati dirinya dicurangi. 

Aku rasa kasihan pada kenalan tersebut - bukan sebab dia dicurangi pasangan - tapi luahan rasa beliau menjadi isu di tempat kerja. Malah menjadi senda jenaka.

Aku tengok semula FB aku - aku pun selain gemar menulis cerita fiksyen di fesbok gemar juga meluah rasa.

Namun apa yang berlaku dalam rumahtangga aku - aku tak pernah tulis. Aku kadang lepaskan geram pada pekerja yang aku selia saja, kadang pada sikap pelajar yang aku rasa tak reti hormat aku dan kadang aku 'kenem2' orang atasan aku.

Bertitik tolak dari insiden tersebut (kenalan aku yang tulis kisah dicurangi) aku mula secara perlahan--lahan berhenti update status fesbok.

Kalau aku kemaskini pun - sesuatu yang bersifat umum. Semoga aku kekal konsisten dengan niat aku.

Aku mahu delete akaun. Tapi dalam hati masih sayang.

Berhati-hati dengan apa yang kita kongsi. 

Realiti dan pesepsi bagai langit dan bumi. Adat manusia ( termausk aku) lebih suka pesepsi dan membuat spekulasi. 

Biasanya realiti orang bukan kisah sangat pun.

Contoh - katalah aku bertahu aku tak ada duit -ada RM10 saja dalam dompet yang harga mencecah ratusan rinngit, kau percaya tak? 

Kau kata - takkan lah -sebab kau terlupa - gaji kau berapa dan gaji aku berapa.

Kita jarang meletakkan kaki kita ke dalam kasut orang lain. 

17.1.16

Hari minggu yang kelabu

Hi awak, saya on laptop konon nak siapkan takwim, jadual balik kampung dan laporan kerosakan untuk dihantar ke PPD esok. Takwim asrama dah masuk setengah bulan masih tidak dapat disiapkan dengan sempurna dan jayanya. Orang dewan makan sudah 2 minggu memasak. tapi jadual menu mingguan masih belum saya print out. Pelajar asrama - sudah balik ke kampung pun saya masih belum siapkan.

Laporan kerosakan yang saya janji dengan Puan Pengetua nak siapkan minggu lepas pun gagal juga disiapkan. Maaf inilah saya - dan puan perlu terima seadanya saya.

Takwim asrama - sebenarnya adalah list tugas warden. Oleh kerana semua rakan sekerja saya yang sihat walafiat membuatnya, maka saya juga kena buktikan yang SAYA BOLEH!

Sekarang puan itu arahkan belajar membuat kewangan asrama - MESTI BOLEH! kata dia. Ya - mestilah saya akan cakap yes mem - walaupun saya masih  terkial-kial dengan kutipan yuran makan dan struggle dengan resit rasmi yuran makan tahun lepas yang belum ditulis.

Ya- airmata ini sudah kering menagis. Saya balik rumah seperti biasa saya akan menangis di hadapan Tuhan.  Saya sudah tua - menjadi tua menjdaikan kita lebih efisien dalam mengawal rasa.

Ada kawan sekolah saya yang sudah pergi meninggalkan kami.

Okay kembali kepada kerja, 

Terima kasih awak kerana membaca. Terima kasih Tuhan untuk detik nafas yang masih tersisa.

Kesat air mata. Senyum dan terus melangkah.




13.1.16

Hi awak, saya sudah update blog

Hi awak Akira Suri dan lain-lain

Saya sudah kemaskini blog. Sementara menunggu pelajar datang. Katanya nak bayar yuran makan. Haus gila saya . Mesin tekan-tekan air depan  pejabat sudah kehabisan air. Hendak ke dewan makan, saya menunggu orang datang.

Ada ibubapa datang mendaftar anak masuk asrama lagi pagi ini. Jadi saya kena layan. Laporan kerosakan saya kena layan.

Semalam pemantau dari JPN datang saya kena layan. Lantaran datangnya on the spot.

Pagi tadi ,ada pelajar asrama sangkut baju dekat kipas dan bilik gosok pakaian. Saya kena layan. Suruh isi borang salah laku. Kesalahan kecil - akibat besar tau. Buat dia kejung kena renjatan eletrik, siapa mahu jawab. PK HEM? Pengetua ? Cikgu warden? Semua akan kata mereka tiada masa kejadian

Maka saya, saya dan saya perlu menjawab.

Okay rasa nak pelempang orang . Boleh ?

Hmmm.... tarik nafas. Tulis blog dan istighfar banyak.

Pagi tadi saya sesak nafas lagi. Semalam buat blood test orang hospital kata potasium tinggi.

Boleh effect ritma jantung.

So, saya kena rilex sambil tulis blog

Dewan makan? suka hati kamulah nak kurangkan timbangan ke hapa. Suka hati kamu lah ye.

Kamu kan ada 'kabel' besar. Kabel ni bukan rahsia sangat pun. Bila sudah jadi besar macm kes bauksit tu barulah nak kecoh-kecoh melatah.

Yang makan suap sudah kenyang terbelahak.

Syhhh..orang kecil - jangan cakap tanpa bukti. Nanti ke dalam kamu.

Diam. Diam. Diam.

Lapar beb!

12.1.16

Kembali

Kembali menulis blog adalah salah satu kerja 'gila' yang aku buat. Ketika orang lain sibuk dengan fesbuk, twet dan insta. Bertambah lagi 'kegilaan' tersebut , apabila aku tulis ketika aku dalam keadaan yang sangat sibuk,

Sibuk aku ini sepatutnya aku alih ke data SMA, menyediakan maklumat instrumen pemantauan, menyediakan data untuk guru data masukkan data APDM murid asrama atau data disiplin SSDM.

Tapi aku tulis blog semula.

Aku mahu lari sebentar dari kegilaan kerja.

Tapi aku yakin aku tidaklah keseorangan dalam 'kegilaan' ini.

Okay sambung kerja untuk suap makan diri dan 15 ekor kucing

Oh lupa. Tuhan terima kasih untuk kelangsungan nafas. Seorang suami. Ibu dan keluarga serta rakan sekerja dan majikan yang baik. Tidak lupa 15 ekor kucing 'buruk' (di mata orang lain) - semua comel di mata aku.

8.1.16

.

Tuhan, saya kira saya perlu menulis pagi ini. Bukan di fesbok. Tapi di suatu sudut yang tidak lagi dipedulikan orang.

Tuhan, sejuta kali saya 'in denial' kenyataan tetaplah kenyataan. Saya semakin tua. Hari depan sudah singkat dan yang paling hampir hanyalah bau kematian.

Saya masih bangun pagi. Bekerja gigih. Pulang paling kurang setengah jam lewat dari waktu mengetip kad perakam waktu.

Semua itu sekadar penafian - bahawa tubah saya sangat menderita sakit. Penafian bahawa dengan semangat gigih - semua kesakitan fizikal akan sembuh.

Saya tidak mahu merasa kalah dan gagal. Saya tidak peduli pasal kerja lebih masa. Saya tidak ppeduli pasal sakit saya. Janji kerja saya selesai.Namun pada hakikatnya.- ia tidak pernah dan tidak akan. 

Bahkan saya perlukan pertolongan jua pada akhirnya.

Tuhan - malam ini saya mahu hanya bersunyi-sunyi denganMu.

Dan berkongsi dengan sesiapa yang masih datang. Masih menziarahi halaman ini.

Terima kasih Tuhan untuk kelangsungan nafas