Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2014

Sejujurnya perlu ada

Ini adalah sebuah catatan tentang kisah benar. Bagaimana kau fikir dua orang sahabat ( mungkin kenalan barangkali ) bertemu di dunia maya - aku tidak kenal engkau dan engkau pun sama - tak kenal aku - kita berdua berjumpa bergosip tentang buku, penulis dan editor. Kemudian kita bertukar-tukar buku.  Aku sanggup ajak kau masuk ke rumah aku yang macam tongkang pecah - berbau ala-ala klinik veterina - kita duduk di sofa koyak dan bercakap-cakap pasal buku petang itu. Sedang aku, hendak pelawa jiran dan kawan sepejabat pun 'segan' - aku naik risau dengan rumah yang berbau kucing - aku malu pasal sofa koyak dan kain baju berlonggok dalam bilik tidak berlipat. Tapi aku boleh ajak kau duduk atas sofa koyak rabak, meja kopi berlerak dengan buku dan kertas entah apa-apa di atasnya. Jamu kau secawan kopi yang entah apa-apa  rasa.  Lalu sepetang -petang itu kita borak-borak pasal buku.  Sedikit pun kita tidak bertanya hal-hal peribadi. Contoh - aku boleh tanya ken

Anda tidak perlukan apa-apa pil untuk berkhayal

Jadilah penulis, pengarang dan pencatat kecil-kecilan.  Ya. Saya baharu selesai menyiapkan satu lagi 'projek khayalan' saya.  Sebetulnya - saya malu mengaku saya menulis apatah lagi mengarang. Saya panggil diri saya penulis yang 'runcit-runcit' dan pencatat kecil. Macam menyediakan sinopsis cerita sahaja. Projek terbaharu saya yang bakal terbit masih lagi projek penerbitan berkonsepkan 'indie'. Masih kompilasi. Kolaborasi bersama beberapa rakan penulis dan pembaca yang pelbagai latar belakang dan karier. Macam Kapsul Nurani. Cuma kali ini, daya khayal saya lebih tinggi. Menitipkan warkah kepada seorang bayi yang tidak wujud. Bayi saya. Gadis kecil saya. Namanya Raihana. Daya khayal itu pasti datang bukan secara tiba-tiba atau sia-sia. Tentu ada hikmah. Sekurang-kurangnya buat pujuk hati sendiri untuk terus melangkah dan tersenyum. Biasanya lagu akan menjadi inspirasi saya. Kali ini, lagu dendangan Puan Fynn Jamal - Arjuna

Aku Yang Asing

Tajuk entri yang berbunyi sungguh klise. Tiba-tiba sahaja terasa sangat asing menulis di sini. Dan sedikit rindu  juga barangkali. Atau Bestrari.net sekat kau punya laman Facebook (ya..itu pasti.) :D Rindu kepada kamu orang asing - yang tiba-tiba melalui medium ini kita menjadi konon-konon sangat mengenali. Kita bergurau senda. Usik-mengusik macam kita kenal lama. Sedang bersama kawan-kawan lama pun kita tidak bersenda dan bercerita sebegitu rupa. Orang Asing - benar kita pada mulanya adalah orang asing. Tiada sesiapa kenal sesiapa pada mulanya.  Itu barangkali yang menjadikan aku kadang tanpa segan silu bercerita macam-macam pada kamu. Lebih senang berkongsi kisah duka bersama orang asing. Kita saling mendengar (membaca) kisah-kisah luka, bersenda-senda dan pergi begitu sahaja. Orang Asing - Aku yang asing ini - merindui kamu. Sore ini, aku seperti yang kamu kenal dahulu. Masih suka meredah rintik hujan. Masih suka mencicip kopi panas. Masih bercakap dengan ku