Duit ini saya mahu guna untuk beli makanan kucing saya. Click Please!

15.9.13

Tanah Kubur 2

Gambar : Via Google.com
Tanah ini
adalah rezeki 
dan takdir Ilahi
bukan untuk ditakuti
elok kadang digeruni
tidak pernah sejengkal menjauhi

Tanah ini 
adalah rumah kekal abadi
terpulang kepada pilihan di sini 
rezeki dan belas kasih Ilahi
si empunya bakal memiliki
mahligai dari taman-taman Firdausi
atau penjara kekal abadi

Nota kaki:
Terima kasih sahabat maya saudara Nizam Ariff untuk senaskah buku Sebalik Mimpi. Semoga terus berjaya. & berkarya. :) Belum berkesempatan mengulas lagi.