Duit ini saya mahu guna untuk beli makanan kucing saya. Click Please!

30.1.12

“So many books, so little time.” ― Frank Zappa









Banyak la kau punya cengkadak alasan kan Lily?
Itu belum kira Kecubung dan ada beberapa buah lagi di dalam almari. 
Yang dipinjam dan dibeli.

Buku-buku dalam foto pertama adalah hadiah dari Hana Tajimakira semasa kami ngopi bersama tempohari.

Hadiahkan lagi ye? Eheh tamak la engkau Lily.

Bila nak mula marathon ni?

Buku mana dulu? Suggestion please!
Alah..balik-balik kau ulang Laskar Pelangi jugak.



26.1.12

"Tuhan, kirimkan saya jari-jari cantik" Netty

Netty tersenyum. Memandang kedua telapak tangannya. Mendongak ke langit yang sugul dan berdoa.

" Tuhan, krimkan saya jari-jari cantik. Secantik jari bidadari. Tapi saya tidak mahukan sayap  itu"

Netty sang pemimpi. Kuat berangan. Kadang bagai gadis kecil.

23.1.12

Dunia kucing saya







Budak Blackie ni bulunya kian botak. Banyak fikir kut :p





Hari cuti. Tidak jadi buat OT. Baru tahu,  di rumah bersama sebakul warga Afrika  agak memenatkan.

Masa inilah mereka nak demand. Biskut-biskut tak mahu layan.
Tidur pulak, tempat yang kita tak izinkan.

ps; Mereka kehilngan ibu kira-kira 2 minggu lepas. Tamtam kucing yang saya pelihara tidak sampai setahun.




22.1.12

Entri ke 401

Rasa nak tutup blog. Sudah bosan barangkali.

Hujung minggu dan cuti tahun baru Lunar diraikan dengan berkerja.

Sebuah cerpen indie untuk kamu yang belum pernah membacanya.

KABUS  (Versi indie)


Jam 10.00am. Ella terpisat-pisat bangun sesudah kembali tertidur jam 07.00am tadi. Dia merasa letih bercampur sebal. Diselak selimut, dia bangun dalam keadaan seribu tahun mengembara di Sahara. Ella mengesat-ngesat matanya yang degil mahu celik. Dikesat bibirnya. Liur basi bertempekan sana sini.


Ella pandang cermin solek. Semakin buruk rupanya. Kecantikan pudar sudah. Musim bunga berlalu dan kehidupan perlu diteruskan walau apa berlaku. Ella tidak bingkas lagi seperti dulu. Tiba-tiba dia rindu mengejar komuter UKM - KL C dan elarti KL C - Asia Jaya. Dia rindu terkejar-kejar selapas kerja ke Sentul dan KLPAC. Dia rindu berjalan-jalan dari Stesyen Awaji dan sesat-sesat sebelum sampai ke studio latihan Kim san atau apartmen Kawakita san. Dia rindu kepada anak-anak ayam dan sawah padi di tanah kelahirannya.


Ella cuba bangun. Perlahan-lahan. Rumahnya seakan diselebungi kabus tebal. Kabus tebal itu bagaimanpun semakin menipis. Tiba-tiba sahaja bertentangan dengan kamar tidurnya, ada lagi sebuah kamar tidur yang serupa. Ella rasa macam bermimpi. Mana ada kamar tidur di situ. Yang ada hanya hanya ruang dapur untuk memasak. Sejak mutakhir ini, fungsinya semakin hilang.


Dalam kabus tebal yang semakin menipis, kelihatan seorang perempuan tua yang baru bangun tidur seperti dia. Kamar itu dan susun atur perabotnya saling tak tumpah seperti yang terdapat di di dalam kamar tidurnya. Cadar dan selimut juga berwarna serupa. Ella cuba hampiri kamar tersebut. Malangnya, seakan ada cermin kaca lutsinar menghalang pergerakannya.


Ella kembali ke kamarnya. Jam di kamar tidurnya, tertera 10.20am dan kalender meja dengan hiasan gambar kucing comel bertarikh 29 hb. March 2010. Dia kembali mengintai kamar di hadapannya. Kalender dengan hiasan gambar sakura bertarikh sama tapi tahun berbeza; 29 hb. 2030. Jam dinding tepat 6.00am. Perempuan tua itu kelihatan tersenyum melhat lelaki tua yang tidur kaku dielimuti selimut tebal bercorak berbeza tapi masih sama warna dengan selimut tebal Ella.


Dari sebuah almari usang, perempuan tua itu mengeluarkan unifom kerja lelakinya, stokin dan lain-lain keperluan dengan penuh kasih sayang. Dikejutkan lelaki tua yang sedang tidur kaku. Ella cuba memberitahu perempuan tua itu yang pasangannya sudah tiada. Dia menjerit sekuat hati, malangnya suaranya tidak didengari sama sekali. Ella yakin lelaki tua itu sudah mati. Ella yakin dia tidak berhalusinasi.


Perempuan tua itu masih lagi mengejutkan pasangannya yang terbujur kaku. Wajah tua itu tenang dan kelihatan aman. Mungkin kedamaian terpamer di wajahnya adalah gambaran dunia sebelah sana yang lebih indah. Terbebas dari segala kekejaman dunia sebelah sini yang sesak lagi menyiksakan. Buat seketika, perempuan tua itu mengucup dahi dan tangan pasangannya yang kaku. Ella seakan terasa kedinginan itu berada di bawah tahap beku darjah C. Perempuan tua itu mengesat mata tuanya yang berkaca-kaca. Kemudian kembali berbaring sambil mendakap pasangannya yang kaku. Masih dengan rasa cinta yang mendalam.


Ella hiba! Hiba yang teramat hiba. Airmatanya mengalir tanpa sedar. Seluruh jiwanya luluh dan jatuh berkeping-keping.

* * *
Zasssssss! Selimutnya ditarik.


"Dah..dah..bangun bangun, pergi sarapan. Jangan nak bersedih-sedih tak tentu hala lagi. Bangun,mandi dan pergi tulis apa-apa" Leter lelakinya yang entah bila pulang.


"Kesian perempuan tua tu bang, suaminya mati.."
"Perempuan tua mana ni?"
Tu kat bilik...."
Belum sempat ayat itu Ella habiskan, si suami sudah keluar. Terdengar daun pintu ditutup perlahan.


Ps: Entri ini digarap setelah menonton filem pendek yang sungguh 'touching'


Cerpen betul  suudah setahun tersadai. Barangkali  sudah masuk recycle bin editor..

19.1.12

Geram

Pagi tadi. 

Kemaskini blog. Jam 7.00. Setengah jam aku menaip. Tiba-tiba pc sabotaj. Internet dan pakcik Gugel tumpang sekali.  Punya la susah payah aku menaip. 

Tiba nak publish, hilang. Tengok dalam draf tak autosaved.

Kalau kau, ada tak rasa nak mencarut?

Eheh..entri ni berbunyi macam Puan TasekM. Bukan Puan Lily.





17.1.12

Warkah terbuka - semoga kamu ambil peringatan

Kau dan aku bukan siapa-siapa. Kita saling kenal kerana sebuah artikel di surat khabar. Selebihnya kita ber'sms' . Jadi kau jangan marah kalau aku tidak membalas.

Aku kadang memerlukan ruang untuk diri. 

Bukan aku tidak simpati atau memahami. Aku pun pernah melalui hari-hari yang sunyi. Garis masa yang tiada sesiapa pun mahu lalui.

Okay, kau kata aku boleh berjalan. Tidak sepayah engkau hanya mengesot dan dunia engkau hanya dalam rumah. 
Ya, barangkali benar. Tetapi jika kau benar-benar kenali aku, kau pasti tidak ucap begitu.
Apa kau fikir aku tidak pernah menjadikan rumah itu duniaku.

Aku pernah kawan. Jangan kau cuba beritahu aku kepedihan itu. 


Aku nasihatkan engkau kawan. Belajar dan cari ilmu sebanyak mungkin. Tapi kau tidak pernah mahu dengar.  Asyik kirimkan aku puisi melancholia.

Sekali lagi, aku ingatkan kawan.

Puisi begitu tidak meredakan kelaparan. Sama sekali tidak menghilangkan kehausan. 
Untuk basahkan tekak pun, kau perlu tuang air dan angkat gelas. Air tidak mengalir membasahi tekak jika kau tunggu dan melihat-lihat saja.

Aku berharap sangat kau faham, kerana aku tahu kau bijak. Tidak pernah ke sekolah pun masih boleh membaca dan menulis.

Aku kagum. Itu aset kamu. Guna dan munafaatkan.

Kita bukan siapa-siapa kawan. Aku pun tidak se'pakar' dan se'gah' mana untuk aku beri pandangan tentang puisi engkau.

Nasihat terakhir yang boleh ku khabarkan.
Sayangkan diri kamu dulu, sebelum kau jatuh sayang kepada mana-mana lelaki.

Tentang dia.

Jangan kau gunakan aku untuk mencuri rahsia dia. Hidup kami ada pravisi. 

Jangan cemburu kerana kami pernah keluar dan sentiasa bersama. Kami kawan di alam realiti. Kami kenal wajah dan tahu hati budi masing-masing.

Sebelum kamu kenali dia, kami sudah bertahun mengenali.
Kamu tahu, dia seperti aku. Semakin rimas dengan pangilanmu yang  tidak mengira masa. Bercakap tidak tahu bila mahu berhenti.

Dia seperti aku. Perlu keluar mencari rezeki. Kehidupan kami pun payah. Tidak se'gah' seperti yang kau tahu dari sebuah artikel.

Sekali lagi aku  ingatkan engkau.


Sayangkan diri kamu dulu, sebelum kau jatuh sayang kepada mana-mana lelaki.



14.1.12

Orang Kelainan Upaya: Antara imej di media dan realiti

Disclamair : Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis semata-mata.

Mengikut Akta Orang Kurang Upaya 2008, "Orang Kurang Upaya" termasuklah mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual, atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat. 

Istilah cacat, kelainan upaya serta lain-lain istilah kadang menjelakkan digunapakai sekadar istilah mempelbagaikan perbendaraan kata kamus dewan. Hakikatnya, istillah-istilah ini tidaklah membawa golongan ini ke mana-mana tanpa empati dari masyarakat.

Betolak kepada persoalan imej OKU di media-media arus perdana, di dalam sesetangah situasi memperlihatkan ada kecenderungan 'melupuskan' ketidakupayaan dan kepayahan yang dilalui oleh golongan ini.  Kesukaran-sukaran yang diharungi oleh mereka seolah mahu ditutup rapi. Karenah birokrasi untuk mendapatkan hak 'didiamkan'. Jika perlu 'disenyapkan' sebaik mungkin. Kadang jika perlu, nyiru pun digunakan buat menutup bangkai seekor gajah.

Maka muncullah ayat-ayat klise yang berbunyi "Cacat Bukan Penghalang"  dan sebagainya. Muncullah cerita-cerita klise, istilah klise 'cekal, tabah, berani' dan sebagainya.

Seorang kawan saya ter'perasan'. "Alah-alah, balik-balik cerita seleberiti tu. Balik-balik cerita dia. Bosanlah. Banyak lagi OKU lain yang bukan siapa-siapa. Kenapa tak cerita" Rungut si kawan tersebut.

Tahukah mereka pihak berwajib apa yang telah kami lalui? 

Saya secara peribadi bukan mahu berbangga dengan bercerita tentang kejayaan diri yang tidaklah se'gah' mana. Malah saya kadang merasa malu dengan pujian melangit sedang saya bukan malaikat atau wali yang maksum dosa.

Apa yang ingin saya kongsikan adalah bagaimana 'payah'nya hidup berstatuskan lebel kelainan upaya.

Apa yang saya mahukan adalah diri diterima seadanya. Kisah-kisah luka dan payah saya tidak di'off-record'kan.

Kadang saya sudah seakan mengerti dan memahami tugas pihak berkenaan. Mengambil jalan mudah dan selamat saya akan berkata " yang ini, kita cakap off record ye " Walau hati saya ingin sangat mengutuk semahu mungkin mereka yang enggan mengerti dan pura-pura buta hati dengan kepayahan yang kami lalui.

Selebihnya boleh dibaca di  sini. Mudah-mudahan ada yang memahami.

Entri berkaitan di sini.


 



11.1.12

Belajarlah memahami

Kamu, ambil sekeping kertas dan tulis 50 patah perkataan. Mudah? 
Pusingkan badan kamu .Mudah ?
Siapkan satu surat dalam masa tidak sampai 5 minit. Mudah bukan ? 
Jika semua soalan  yang aku tanyakan di atas jawabannya 'ya'. usah banyak bunyi dengan aku.
Foto dicuri dari FB Kak Ja. Terima kasih.
ps : Jawapan kepada status seseorang di Facebook.


Rupanya tanduk juga berguna

Semalam. Saya jumpa bos. Minta cuti. Saya kata mahu ke pejabat kampus induk universiti. Saya sudah banyak tertinggal.  Saya ada enam jam kredit lagi  untuk dihabiskan.

Bos salah faham. Dia fikir saya mahu ambil cuti tanpa gaji untuk menghabiskan pengajian saya.

"Habis tu, siapa nak tengok dan pantau asrama ?" Dia tanya. Muka nampak macam riisau.

Owch! Tanduk ini berguna juga rupanya 

Saya senyum-senyum. Dalam hati berbunga-bunga. Macam orang jatuh cinta.

Sebenarnya saya mahu pergi ke tempat lain. Bertanya tentang status saya dan proses pertukaran. Sekadar bertanya. Belum lagi membuat keputusan.

Kalau dia tahu, tentu dia meroyan ha ha.







10.1.12

Masih rasa nak me'rebel'

Aku. Berjanji dengan diri. Tidak akan buat kerja hujung minggu lagi. 

Tadi aku tiba-tiba tercakap ke kakak PAP (Pembantu Am Pejabat) "Kak Mie, hujung minggu ni free tak?"
"Free " Jawab kak PAP. 
"Nanti Kak Mie tolong.."Sambung kakak PAP yang memang sudah kenal maksud pertanyaan itu.
"Tak pe lah. Tak jadilah kak"

&&&&&

Tadi dia tegur. "Kata tak nak bawak balik kerja ke rumah. Ni apa?" Sambil tunjuk-tunjuk gambar tandas tersumbat yang aku tengah sunting copy dan paste masuk ke MSWord.

"Alaa..gambar je.."

Bos kata esok laporan ni mesti sampai ke PPD. 

Bos? Aku cepat-cepat ubahsuai halaman blog.

Ucwh! Rasa nak menendang tong sampah masih ada.

8.1.12

Catatan Hari ke 8

Masuk hari 8 
Sudah-sudahlah dalam catatan mood terluka. 
Aku cerita benda lain pulak.

Suatu hari adik warden merangkap jiran tingkat atas kediaman aku ternampak aku sedang menulis komen di blog Remy.  Dia kata di FB borak dengan Remy, di blog borak dengan Remy jugak.

"Siapa Remy ni ? Kak kenal ke ? "Tanya adik warden. Serius.

Sambil ketawa terkekeh-kekeh, aku kata kenalan maya saja.

"Oh! Kekasih gelap ya..cakap dengan abang hihihi.."

Aku ketawa sampai tak keluar suara.

Remy, siapa kau?

Lagu ini untuk kekasih-kekasih gelapku :p



7.1.12

Menukarkan tribulasi kepada nikmat siri 2

Life is like a book
everyday has a new page
with adventures to tell,
lessons to learn, and
tales of good deeds to remember
have a good episode.

~Maman via email empat tahun lalu ~

Tebalnya buku kehidupan. Saya berkongsi sebahagian bersama. Sejujurnya, masih berusaha menukar tribulasi kepada kenikmatan.

Sebagai pesakit saraf yang agak kronik, ubat-ubatan akan menjadi teman sepanjang hayat. Insiden tersalah suap ubat beberapa kali berlaku.

Kadang, dalam situasi kelam kabut kesilapan boleh terjadi dan setakat ini syukur belum sampai tahap perlu muntah dan masuk hospital.

Situasi 1

Saya pernah tertelan dua biji Diazepam. Akibatnya, saya khayal-khayal dan tertidur sepanjang hari.

Situasi 2

Bulan lepas,ketika mengambil bekalan ubat di HKL saya bersua dengan seorang lelaki Cina yang mengamok sakan kerana petugas farmasi enggan membekalkan Diazepam kepadanya.

Moralnya, situasi tersebut mungkin terjadi kepada saya kerana Diazepam merupakan ubatan psikotik. (Doktor, tolong betulkan maklumat ini jika saya tersalah infomasi)

Kadang timbul ketakutan dalam diri dengan pengambilan ubat-ubatan ini.
Jadi, saya pun bertindak mengurangkan dos sendiri.  Secara drastik. Cuma dua kali saya tidak menagmbilnya. 

Natijahnya, amatlah buruk. Tangan menggeletar teruk. Jiwa kacau. 
Rasa hendak 'telan' dan mungkin 'membunuh' orang pun ada.

Maka, saya kembali kepada dos yang disyorkan.

Situasi 3

Semalam(maksud saya beberapa minggu yang lalu) Saya mengambil dua biji Piriton kerana menyangka ianya Baclofen. Baclofen yang dibekalkan kadang berwarna putih, kadang berwarna kuning macam Piriton.

Maka sepetang, saya tertidur mati. Nasib baik tidak benar-benar mati. Sehingga terpaksa mengqada solat.

Begitulah hari-hari yang saya jalani. Dulu, saya merasa diri malang sekali. Selepas 'celik mata' dan melihat dunia rupanya tidaklah seburuk mana.

Sekurang-kurangnya, saya bukan Bidasari. Terpaksa mengheret tabung oksigen ke sana ke mari. 
Info berkaitan
ps. Entri ini diterbitkan secara berjadual





6.1.12

Rebel cara aku - Siri 2

Pergi kerja tepat lapan pagi. Balik tepat lima petang, Pasang azam aku tidak akan kerja hujung minggu lagi.

Dem! Semalam kontraktor baiki PA Sistem datang jam lima petang.  Hu ha hu ha..aku kena balik jam enam

Semalam bos minta buat sijil penghargaan untuk para penyumbang dan bekas ahli jawatan kuasa tahun 2011.

Siap !

Tapi ada sesiapa ingat tukang buat sijil penghargaan yang dimarahi bos depan orang ramai dua hari lepas? 

Ada sesiapa ingat masa dan tenaga yang aku telah sumbangkan ?

Plop! 

"Tuhan ingat "

Entah dari mana tiba-tiba Khadijah muncul


Benci la engkau adik. Kenapa cakap kau sentiasa  betul dan benar.

4.1.12

Cuba menjadi rasional

Sangat mengantuk. Pagi tadi pergi kerja dengan mata sembab dan bengkak. Bersama luka yang masih tersisa. Air mata puas diseka. Asyik mau mengalir saja.

Adik warden tertanya-tanya dan saya pun bercerita sambil menyapu air mata. Saya kata gred dan nama jawatan pun sudah bertukar. Maknanya saya tidak perlu duduk sekolah lagi. Boleh minta pindah ke Kementerian atau Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Tapi saya sayangkan tempat ini. Jiran-jiran berbudi dan kawan-kawan baik hati. Kakak cleaner baik. Kakak cleaner siap tanam bunga dan hadiahkan saya dua pasu pokok bunga.

Saya selalu bercerita hobi saya menanam pokok. Saya suka bercakap dengan pokok. Saya beritahu mereka, saya nak korek tanah belakang bukit mahu tanam pokok. Mereka kata melarang saya. Malah usik-usik saya lagi. 

"Nanti malam, kalau Mar mimpi minta dipulangkan tanah tu macam mana?" Usik Kak Rohaya. Kak Jah, Kak Intan dan Kak Misliah ketawa terkekeh-kekeh. Akhirnya Kak Aya bawakan saya dua pasu pokok dari rumahnya.

Abang jaga baik. Selalu tidak keberatan apabila diminta tolong. Pekerja Makcik Rozie pun ada yang baik-baik.

Pendek kata saya suka berada di sini. Tidak mungkin kerana seorang dua, saya mahu pindah. Sudah namanya manusia, ke mana pun lari akan bertemu dengan yang lebih kurang juga.

Sabarlah. Tunggu. Biar dia dengan bodoh sombongnya.
Tapi pabila tengok dia, masih ada rasa nak terajang tong sampah.

Tunggulah. Lama-lama rasa nak terajang tong sampah pasti berkurang.






3.1.12

Rebel cara aku

Sesudah banyak kerja yang kau buat tanpa banyak soal
atau berkira tentang masa
yang salah juga kelihatan  di mata dia
kelemahan jua yang dijaja

Sebagai manusia yang serba lemah 
dan penuh sifat mazmummah
dan nafsu amarah
Jujurlah
jawab dengan diri 
ada tidak kau rasa
mahu terajang tong sampah
atau bakar kereta besar dia ?

Kalau betul
aku terajang tong sampah
mesti ada yang kata
ish..ish..tak padan dengan rupa

Maka aku pilih untuk
menangis sepuas hati
malam ini.

Sebuah lagu sebagai escapism










1.1.12

Azam Baru

Hari baru di tahun baru masih dengan sambungan azam yang lama dan sama.

Ketika orang lain ber'hu ha' ber'hu ha' mengabiskan cuti tahunan, saya menghabiskan hujung minggu bersama Encik Warden, kakak dan adik warden serta abang jaga mengira berapa loker yang rosak, berapa harus ditagging semula dan berapa harus di duplicate kan smula.

Itu sebenarnya tugasan saya. Entah bagaimana kepayahan tiba-tiba menjadi mudah dan dipermudahkan Tuhan.

Sungguh! Dua hari lepas saya sangat tertekan. Sehingga terkeluar perkataan yang bukan-bukan.

Berhenti kerja atau bertukar atau pura-pura jatuh sakit.

Oh! Tidak itu bukan saya. Barangkali sebahagian sifat pengecut yang terkurung dan terperam lama dulu.

Apa yang saya pelajari di dalam madrasah kehidupan 2011 ialah jika ada satu tangan yang cuba menolak kita ke bawah, barangkali juga melenyek dan memijak kita maka;

Tuhan akan hantarkan seribu tangan untuk menyokong dan menarik kita ke atas semula.