Duit ini saya mahu guna untuk beli makanan kucing saya. Click Please!

30.9.11

Kacang Botol Makcik Rozie

                                                                 Sumber foto
 Ini kacang botol makcik Rozie yang 'segar'

Sumber : Chantiqs
Ini yang 'segar' di mata saya.

Cantik,segar atau apa-apa sahaja punya tafsiran yang berbeza. 

Dan,pekerja Makcik Rozie pun berkata "Nak segar petik dari pokok la kak!"
Membela majikannya. Nasib baik di situ tiada cili segar.

Nasib baik sungguh!

24.9.11

Lagu untuk anak-anakku Syazati dan Ezzah





Harus kamu ingat,tidak semua yang kamu pandang indah itu indah.
.
.
.
Berhati-hati sayang!

Jangan sebarangan mencuba

22.9.11

September dan sebuah catatan terbuka untuk Ayako


Barangkali ketika teman-teman sekerja melompat menjerit ceria kerana mendapat surat pengesahan jawatan,aku rasa itu biasa-biasa sahaja Ayako. Tidak sama rasanya keceriaan ketika penonton betepuk sorak dan siulan penonton selepas satu persembahan pentas. Juga tidak sama keceriaan ketika tulisan-tulisan terpampang di dada akhbar dan majalah. Aku barangkali sepertii kamu meremukkan mimpi untuk survival. Barangkali untuk sesuatu yang lebih diredhai Tuhan.

September ini Aya, bulan untuk mengenang daun yang gugur, Harapan yang semakin kabur dan mimpi yang bertabur. Tercicir di celah-celah kesibukan dan kesakitan yang tidak semakin surut.

Pagi ini aku terjaga dan tiba-tiba merindui rasa kedinginan yang membuat aku tertidur enak di dalam keretapi

"O haiyo " Aku seolah terdengar suaramu pagi ini. Senyuman dan lesung pipitmu yang manis!