Duit ini saya mahu guna untuk beli makanan kucing saya. Click Please!

21.8.11

Puisi dari Jalan TAR

Semoga kamu terus bising
sesak sarat dek warga asing
Dalam kebingungan aku melangkah
Hati gundah berputik tanya
ini tanahku
atau daerah mereka 

Jalan TAR dan Jalan Ampang
langkah kadang sumbang dan tempang
kabur, keliru, sesak dan lesu
dalam resah berputik soal
mana saudara, mana banjingan

Sarap sampah mengotorkan wajahmu
Dosa pahala bergaul jadi satu
Tiada silu, tiada malu
dalam hati masih berputik tanya
mengapa kalis hukum
mengapa kebal denda

Jalan TAR
sudah terlalu tua engkau
sudah lama wajahmu ditaburi sampah
dan hanyir ludah!
Sumber foto











Jalan TAR
03.08.2011








8.8.11

Berbicara bersama bulan




Semalam, dia tiada sesiapa. Lantas dia memilih untuk bercerita dengan Tuhan.
Kemudian, berbicara dengan bulan.
dan seekor kucing tidak comel sebagai teman.
.
.
.
Pagi baru menyusul lagi mencipta episod baru untuk hari ini.
Dia menerung ke dalam diri yang punya banyak khilaf.
Mengaku kepada diri dan Tuhan akan penderhakaannya.

Barangkali sebagaimana dia mengaku
Dia pembeli buku yang derhaka
Juga seorang yang penulis yang khianat dengan impiannya.

Mutakhir ini, hidupnya menjadi kelam kabut
Lantaran melakukan perkerjaan yang tidak sealiran dengan jiwa.
Tapi dia yakin, dia telah melangsaikan tanggungjawab dan amanah sedaya mungkin.

Pentas, dia merindui kamu. Tapi itu tidak akan membawa dia ke syurga hakiki.

Dan sebuah sajak untuk tatapan teman-teman. Yang entahkan benar tersiar,entahkan tidak

HENTIAN PUDURAYA DALAM KENANGAN
 1/
Saat aku turuni tangganya,
Pandangan terus tertancap ke hadapan
Cuma sesekali ku toleh kiri kanan
Deru enjin Bas Trans berlalu
Angin dan hujan rintik bersatu,
Bermesra hingga basah tudungku

Tiada siapa melambai sendu,
 Terlanjur melangkah
Harus terus tabah,
Walau ada sedikit gusar
Ku lepaskan satu persatu

"Ah! Ini bukan rindu”
Tempik hati cuma ilusi palsu,
Aku sekadar kelu dan lesu,
Di hari dan situasi baharu.
Stesyen ini kalis silu,
Dalam gerimis, udaranya masih pijar beku,
Penumpang turun naik tanpa memperdulikan aku

/2./
KetentuanMu,
Bahawa aku dan segala yang berada di sini bersatu,
di dalam genggam takdirMu,
pertemuan kita pun bermula
umpama laut dan langit biru
segalanya masih kekal  di sini

/3/.
Dan entah apa yang terkurang
aku, masih mahu
sesekali menoleh
mengejar rindu.

Lily Mariana Abdullah
PLPP Bangi

4.8.11

Sepak terajang dunia pekerjaan

Sumber foto
Saya rasa kamu semua maklum, di dunia pekerjaan ada seekor kambing hitam. Jika berbangkit sesuatu masalah, si kambing hitam ada untuk kamu guna menjadi sepak terajang kamu. Tuding menuding pun berlaku dan akhirnya berbalik kepada si kambing hitam itu.

Tidak mengapalah saya ada. Masih berdiri teguh dan bersabar. Kamu boleh buat sesuka kamu, kerana segagah mana pun saya  berdiri membela diri saya tetaplah seekor kambing hitam.

.
.
Kamu tahu, mengapa saya cenderung bergaul dengan orang bawahan berbanding kamu. 
Tidak lain, kerana saya bermula sebagai seorang tukang sapu  dan tukang cuci pinggan.

.

.
Namun sesudah berada sedikit di atas, saya masih bersifat dengan sifat kekulian saya. Saya memahami masalah mereka. Namun tidaklah, sampai saya mengabaikan tanggungjawab hakiki saya, menjaga kebajikan pelajar dan pihak majikan.
.
.

Anak-anak sekarang, konon sangat bijak tetapi sebenarnya manja dan mengada-ngada. Kalau kamu mahu tahu, saya pun pernah tinggal di asrama dan saya menyuap apa yang dihidangkan tanpa banyak soal dan komplen. Malah, saya bersyukur dan berterima kasih kepada kakak-kakak dan makcik-makcik-makcik dewan makan yang memasak untuk saya. Walhal di waktu itu, makanan yang disediakan jauh lebih teruk dari apa yang kamu makan sekarang.

Saya faham!

Kamu genarasi baru yang rata-rata kenal IT seawal tadika. Cuma silapnya kamu, IT tidak berjaya mendidik kamu menjadi manusia yang berterima kasih dan memahami kepayahan orang lain.

Malah sebahagian kamu, menjadi manusia yang sangat selfish.


Kelkatu masuk ke dalam makanan pun, kamu buat aduan. Kamu tidak lihat, bagaimana susahnya orang memasak dan membasuh pinggan kamu.

Bukan salah kamu seratus persen; kamu dilatih untuk itu. Bermanja-manja. Ya, barangkali ada di antara kamu sudah terbiasa meninggalkan pinggan gelas, sisa makanan di atas meja.


Dan ibu-ibu kamu pun menjerit " Bibik! Kemaskan meja makan ni ya...."