Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2011

Abang Teh, mohon diampun segala dosa adik

Abang Teh yang adik sayangi, Tika entri ini ditulis, abang barangkali sudah selamat bersemadi di perut bumi. Mengadap Dia Yang Maha Esa. Tadi, Khadijah memaklumkan kira-kira jam 7.00 malam, abang telah kembali kepadaNya. Malangnya, Khadijah terlewat memaklumkan. Kira-kira jam 11.00 malam baru Khadijah telefon. Abang Teh yang adik sayangi, Waktu Khadijah memaklumkan khabar sedih itu, adik tidak terasa apa-apa pun. Setitik airmata pun tidak menitik. Sejujurnya, adik tidak merasa sedih sedikit pun. Entah apa sudah jadi dengan hati adik, menangis hiba kerana matinya seekor kucing,  Tapi, tidak pula merasa kehilangan di atas ketiadaan abang.  . Waktu kita kecil abang, kita  begitu akrab. Kita kongsi semua. Buah epal, roti,kek dan ais krim. Makanan mewah di zaman kecil kita. Ikan tamban kering adalah lauk rutin yang selalu kita kongsi. Kalau abang makan pisang, abang akan beri adik separuh sekiranya tidak cukup. Nasi yang adik tidak habiskan abang akan habiskan kerana kita percaya cakap

Tanah Kubur

Aku digeruni, tidak pernah menjadi rebutan semua tahu mati itu kebenaran manusia jarang mahu ambil peringatan Aku digeruni, ketika talkin dibacakan selesai mayat dikapankan munusia kembali berbicara  tentang tanah bernilai jutaan ~ 24 Jun 2011~

Buai laju-laju (kenangan zaman anak-anak yang manis bercampur kelat)

Kata Cik Faz, Buai laju-laju sampai pohon sena apa dalam baju seketul hati luka Dan saya jawab Buai laju-laju sampai pohon sena apa dalam baju sekalung kenangan luka Cik Faz mengiyakan komentar saya `senyum lebar` Photo by  Sandra Steh  

Apa yang tidak tertulis di dalam sebuah artikel sebahagiannya sudah ditulis di sini

Hari Isnin datang lagi. Sekali lagi perlu memakai baju yang paling skema dan bersiap seadanya.  Pergi buka ofis, naik dua blok bangunan,pergi dewan makan. Buat komplen pasal dapur orang. Dapur sendiri pun berselerak Dan yang tidak tertulis di dalam sebuah artikel, adalah berapa banyak airmata yang telah ditumpahkan untuk berada di tempat sekarang. Saya barangakali sebahagian  Burke Ryan dalam filem Love Happens Sehingga dituduh hipokrit oleh salah seorang pembaca. Yes. Saya hipokkrit. Demi kelangsungan hiidup. Dia tidak akan mengerti apa yang telah saya lalui untuk berada di tahap ini.  Masakan dia begitu mengenali saya dengan hanya membaca sebuah arikel. Untuk tidak memanjangkan sengketa, saya mengiyakan tuduhannya. Saya kira berdebat tentang hipokrit, tiada penamat sampai kiamat. Terima kasih untuk panggilan dan sms serta komentar di blog. Gembira mendapat kenalan baru dan pangillan sahabat lama.  Saya tahu, selama ini ramai yang mencari saya. Tapi saya berdiam, kerana rasa ren

Tuah

  Setiap pagi Ahad dia menunggu tuah mampir. Dan doanya tidak pernah terputus apatah lagi terpupus. Berangkai dan berantai dan bersambung-sambung. Bagai utaian manik-manik yang terkalung di leher Pada pagi yang seterusnya dia menunggu lagi untuk pagi Ahad yang seterusnya Lalu, dia bertitah pada diri. "Okey, tutup buku!".  Ayuh! dengan lafaz nama Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Buka buku baru. Atau sambung helaian lama yang tertinggal.

Api kerinduan yang tidak pernah padam dan terima kasih untuk pengalaman

Abah (allahyarham) tiada banyak ilmu agama ketika membesarkan saya dan Khadijah. Kadang, sebelum kami lelapkan mata dia akan bercerita sambil mengibas-ngibas nyamuk dalam kelambu yang berlubang-lubang.  Emak seperti emak yang sekarang. Selalu sakit-sakit.  Kadang emak tidak sempat menampung kelambu koyak, lalu abah akan mengikat tempat yang berlubang dengan getah. Sambil menyanyi dan lagu ini adalah lagu kesukaannya. Lagu kesukaan kami. Entah kenapa malam in, tiba-tiba saya rindukan suaranya. Semoga abah aman di sisiNya. Al Fatihah.