Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2011

Lari dan beku

Sebuah fiksimini lantaran cerpen belum ditulis-tulis lagi . Yang sudah ditulis pun tidak tersiar-siar lagi. Hari itu hari Sabtu, Dia melihat segala-galanya beku. Angin membisu. Awan statik. Air yang diminum terasa payau dan pahit. Makanan ditelan tersekat-sekat. Semua objek di pandang lensa matanya kelihatan pegun. Dia teringat kerja-kerja di kantor yang belum siap. Teringat laporan-laporan yang perlu siap sebelum Isnin tiba. Dia bangun, mandi dan pakai baju. "Ah! Tidur sekejap! Bukan dibayar elaun lebih masa pun." Bisik hatinya. Ya! Dia pergi berkerja sekadar memenuhi tuntutan egonya. Dia benci selalu dibantu-bantu dan bantuan itu sering menjadi jajaan orang. Rupanya, tidur yang sekejap bertukar kepada tidur yang panjang. Dan Hari itu hari Sabtu, Dia melihat segala-galanya beku. Angin membisu. Awan statik. Air yang diminum terasa payau dan pahit. Makanan ditelan tersekat-sekat. Semua objek di pandang lensa matanya kelihatan pegun.

E-surat

Engkau tentu dapat mengagak apalah gunanya e-surat untuk seseorang yang langsung tidak ada kemudahan komputer dan internet di rumah. Lagi buta IT macam sebahagian besar penduduk di sebuah kampung di daerah Yan, Kedah. Yang mereka tahu harga padi perlu naik dan harga racun makhluk perosak perlu dikurangkan. Itu sahaja yang mereka pinta. Nelayan-nelayan di Kampung Sungai Udang, Yan Kedah juga tidak perlukan e-surat untuk mengkap ikan dan membeli bot atau membaiki pukat koyak Seorang orang kurang upaya fikiran, tidak perlu akaun e-surat hatta menulis nama sendiri pun mereka tidak tahu. Mengapa kamu yang cerdik-pandai-bangang sangat suka menipu kami?

Kejujuran, maaf kadang saya tidak yakin kamu ada

Saya mencari warna kamu di dalam diri sendiri. Kadang kamu berwarna putih, kadang hitam pekat dan kadang saya tidak pasti lagi apa warnanya. Titik! Baru-baru ini, saya mengenali sesorang. Perempuan. Sopan. Menutup auratnya sebegitu lengkap sekali. Bibirnya tidak berhenti mengucap kalimah suci dan berselawat sentiasa. Rupanya, dia hanya memakai topeng. Saya merasa tertipu dan diperbodoh-bodohkan. Barangkali dia ibarat sebuah buku, cantik kulitnya. Lama-lama dibaca isi perutnya meloyakan jiwa. Dia menipu timbangan. Di hadapan saya, timbangannya betul. Tepat. Rupanya, di belakang saya, diarahkan pekerjanya menguranngkan timbangan dan memasak kurang dari yang sepatutnya. Sempat lagi dia berpesan kepada pekerjanya; di hadapan warden, guru-guru dan saya bagi makanan betul-betul. Biar berlebihan. Dengan anak-anak minta dikurangkan. Tidak cukup dengan itu, dilaga-lagakan saya dengan warden. Rupanya Allah jualah yang mengetahui niat buruk jahatnya. Pekerjanya sendiri yang membongkarkan rahsia

Tiba-tiba...

Tiba-tiba gua juga rasa nak nengaku bini angkat Maher Zain. Tasek lu, jangan marah. Kita nak bermadu dengan awak tau! Entri berkaitan di sini dan komen berkaitan di sini

Kangen dan Luruh

Ayako, pagi ini hujan merintik dan ini sebuah puisi yang kutulis untuk kamu lama dulu. Hujan malam berkunjung datang bersama rindu mendalam pada rintik-rintikmu di suatu pagi tika aku berangkat, mahu pergi dan dia angkat bagasi seolah kami takkan ketemu lagi (untuk Ayako) Dan foto-foto ini mengingatkan aku kepadamu,kenalan-kenalan dan tanahair kalian yang sedang bergelut dengan musibah. Musibah yang mengambil banyak waktu untuk kebah. Pokok besar ini meluruhkan daun-daunnya pertengahan April dan Disember lalu. Sedang di negaraku, bapak-bapak penguasa bercanang, menyelak kain orang untuk mengaut untung-untung di atas kekuasaan. Mereka alpa, musim luruh yang tiba!

Banjingan politikus ( sebuah puisi ulangan ketika menonton berita di tv)

/1/ Saat segala bentuk musibah hadir tika itulah teater kepemimpinan berperang moral, antara gajah sesama gajah demi tegakkan benang perundangan yang basah semua mahu tunjuk taring dan gigi kuat menggigit kami si kancil marhain tersepit sesak nafas tercungap, terpijak lenyek di antara ideologi kalian menyokong digelar banjingan menentang digelar derhaka. /2/ Ketika wabak pornografi mulai menular anak hingusan menjual, menonton dan melakonkan segala aksi ular usia anak hingga mahu ke kuburan pun, masih berbelok arah munculnya bintang filem porno bentuk baharu percuma, tanpa taja, tanpa biaya gembira riang bersorak bangga “Oh! aksi kita masuk Youtube” /3/ Lagi, masalah kewangan dibahas wang, wang, dan wang sebuah lembaran kertas mahal tidak sedar adalah alat pembunuhan jiwa jika kau terlalu obses dengannya rompakan senyap atau terbuka, pembunuhan bahkan penjualan tubuh direncanakan kerana mahu lembaran kertas bercap wajah tuan sia-sia para marhain berteriak bergadai nyawa tuan-tuan juga

Lagu hari minggu(sebelum berangkat ke tempat kerja tanpa OT)

Dan bersamanya saya tinggalkan secebis fiksi realiti. Mungkin ada teman-teman yang sudah membaca di blog yang lagi satu. Sepuluh atau sebelas tahun lalu pada jam 8 hingga 10 pagi, aku adalah seorang andalusia dan penjual nasi lemak di warung kecil. Seawal 5 pagi sudah bangun, membantu emak membungkus nasi lemak untuk dijual di warung kecil tepi jalan.  Aku berangan-angan mahu pergi Tokyo dan mencari Hiroshi. Hari ini, pada waktu-waktu yang lalu aku kadang menulis blog, kadang sajak dan puisi yang tak pernah tersiar di media perdana. Kadang menulis cerpen separuh jalan. Kadang menulis tugasan. Kadang aku buka folder novel yang asyik tersangkut dan berserabai sana sini. Kadang aku sakit dan terkedang di atas katil. Dan aku masih berimiginasi tentang ume, sakura, salji, musim luruh dan Hiroshi.   Belajar memetik gitar dan melagukannya di sisi Hiroshi. Dan hari ini pada waktu yang sama aku memamjat tangga dua blok bangunan asrama bertingkat 3. Melakukan pe

Ya Tuhan. Semoga aku tidak berhenti berharap!

Malam ini ya Tuhan, Semoga aku bisa kembali mengumpul sisa kekuatan diri yang sirna sore tadi Muncul jutaan wajah kecekalan tika pagi dan hari-hari beganti Selagi hari bernyawa aku pasti melangkah kecuali ditakdirkan Celaan-celaan ketahuilah engkau tidak melupus benamkan semangat juang hampir ditelan nista sesama manusia

Dan

....aku nampak iklan Air Asia siaran Nuffnag (betul ke ejaannya?..ahh! gasaklah beb). Aku rasa mau pergi melancong sambil membayangkan berada di tengah konsert Glen Hansard. Sekadar mampu duduk-duduk sambil menonton Once.

Tika

Tika ini sepatutnya saya berada di dewan peperiksaan. Bergulat dengan soalan-soalan. Tetapi Tuhan tidak menntakdirkan begitu. Saya ditakdirkan berada di tempat sekarang. Di rumah. Berhadapan skrin komputer. Menulis entri blog. Bohonglah, jika saya tidak merasa kecewa dan bersalah Tipulah, jika saya tidak merasa marah dan menyesal. Lebih-lebih lagi, semalam saya telah mengambil cuti; meninggalkan kerja pejabat yang bertimbun minta dibereskan. Tiba-tiba tidak dapat mengambil peperiksaan yang sepatutnya. Membazirkan wang, masa dan tenaga kerana terpaksa mengulang subjek yang sama semester hadapan. Gred dan CGPA sudah pastilah jatuh merudum-rudum. Saya jadi kasihan kepada Encik Suami yang bergegas pulang semata-mata untuk menghantar saya ke Shah Alam, tetapi tidak sempat sampai ke rumah. Bangi - Banting -Shah Alam merupakan perjalanan yang jauh. Saya kadang jadi marah dengan pihak universiti, kenapa mesti Shah Alam, tempatnya pulak jauh. Sepuluh kali pergi balik belum tentu tidak ters