Duit ini saya mahu guna untuk beli makanan kucing saya. Click Please!

27.2.11

Kesibukan dan sebuah kisah rindu tanpa penyudah


Berada di kamar kecil dengan kedinginan yang tidak setara dengan kondisi kesihatan saya amat menyakitkan fizikal. Internet gagal berfungsi, jadi saya terpaksa mendfraf dahulu entri ini di dalam MS Word. Jadual saya minggu ini cukup padat.
Selepas menghadiri kursus induksi di Melaka., terpaksa pula bergegas pulang menghadiri peperiksaan anjuran jabatan.
Saya fikir boleh bercuti, malangnya terpaksa pula menyediakan dokumen-dokumen untuk mesyuarat di sini.
Kediaman yang saya tinggalkan berselerakan dengan pinggan-mangkuk tidak berbasuh dan kain baju tidak berlipat. Saya risau, jika meningggalkan rumah dalam keadaan begitu. Risau jika, saya tidak dapat pulang lagi. Pulang ke tempat kekal abadi.
Kamar ini, membuatkan saya mehjadi rindu kepada pangsapuri sempit Ayako yang saya tinggalkan. Rupanya sudah 4 tahun berlalu. Kedinginan kamar ini, membuatkansaya terasa baru semalam saya meninggalkan Osaka dan anak muda bermama Hakim itu tidak juga saya temui.
Aishah, rakan sekamar saya yang baik hati itu sudah lama beradu.
PS: Untuk Tasik, terima kasih kerana membantu saya sewaktu di Melaka. Benar seperti kata Noor, di zaman nilai wang terlalu kecil ini; persahabatan sejati memang idak ternilai harganya
Ya! Kami hanya saling mengenali menerusi alam maya.
1.05 am
Rossa Passadena Hotel
Cameron Highlands

14.2.11

Sekadar mahu mengapai mimpi silam

Hari ini saya bercuti sakit. Rasa macam nahu tercabut kaki dan pinggang hanya untuk mengambil sijil cuti sakit, Kalau setakat mahukan paracetamol atau piriton, di dalam peti ais saya sudah bersepah. Walau saya menunjukkan kad OKU, segala itu tak de maknanyeeee Di sini, saya terpaksa bersaing dengan warga emas dan bayi-bayi.


***
Setiap Ahad, saya sentiasa kehujanan. Tapi saya tetap bersemangat untuk ke kelas kerana semester ini saya mendapat tutor-tutor yang terdiri daripada lelaki-lelaki yang berpengalaman.

(senyum)

Eh! Jangan salah faham. Saya maksudkan mereka tahu cara mendekati pelajar dewasa (dibaca: tua). Bukan tutor yang hanya membaca modul dan menterjemahkannya. Mereka bersedia memberikan input dan maklumat baru serta berkongsi pengalaman dan panndangan.

Saya suka kelas. Walau saya tidak begitu sihat dan keletihan saya masih bersemangat mahu ke kelas.

***

Saya juga terdengar cakap-cakap belakang di kalangan para guru di sini. Kata mereka, buat apa belajar, bukan boleh jadi cikgu pun.

Ya! Saya mengerti itu. Dalam situasi "speech difficulties" ini mana mungkin saya bisa menjadi sepetah kalian. Walau bagaimana pun, terima kasih kepada yang sudi bertanya. Jika saya perlukan bantuan mereka ini; akan sedia membantu.

Siapalah yang mengerti. Saya bukan mahu menjadi guru. Saya sekadar mahu melunaskan mimpi masa silam yamg tidak kesampaian.

Izinkan saya!


I say to you today, my friends, that in spite of the difficulties and frustrations of the moment, I still have a dream ~Martin Luther King.

video

12.2.11

Tiga Fiksi Tentang Edan



Anne dan Adam

Saban hari dalam musim ini, Anne kira akan menjadi hari-hari yang panjang buat mereka. Dia merasakan tiada apa-apa lagi untuk disayangi.

Mereka sekadar hidup di bawah satu bumbung kerana sebab yang entah apa-apa.

Dan satu-satunya yang dirindui, mungkin perbualan-perbualan masa yang lalu. Tahun-tahun di mana dia dan Adam belum lagi sebumbung.

***

Semalam Anne melihat langit masih mencacah wajah mendung. Dia masih menunggu kotak ajaib kembali kepadanya.

Ternyata hampa!

"Ahh..sial!" Anne menyumpah-nyumpah dalam hati.


Dia tertanya-tanya. Apakah perca-perca cinta enggan kembali bercantum. Atau kotak ajaib telah berpaling tadah.
Dalam deras deru hujan, Anne menanti kotak ajaib kembali. Perca-perca cinta bercantum semula.

***

Dia - Adam

Mereka berjiran. Bezanya Anne dan Adam tidak tinggal di blok bangunan yang sama. Tingkat rumah masih sama. Balkoni mereka bertentangan.

Dan Anne selalu mengintai dia. Anne suka dia.

Dia Adam!

Hanya dia yang mampu membuat nafas Annne kembali sesak.

Semalam. Adam. Lelaki itu, mengecat rumah. Warna oren. Terang dan garang!

Adam angkat tangan pada Anne dan kata "Hai!."

Kemudian Adam separa menjerit berkata" Aku cat rumah sebab aku sedih. Baru putus kasih!"

"Oh!" Anne kata sambil tertawa.

Kemudian Anne tulis besar-besar di atas sekeping kertas tebal. Juga dengan warna paling garang.

MENGECAT RUMAH TAK AKAN DAPAT MENCERIAKAN HATI YANG PILU!

Adam ketawa! Sambil cucuh rokok. Anne tidak pasti jenama apa.

Anne meneruskan kerjanya. Menghias lantai dengan permaidani baru.

Dia terpandang Adam angkat sesuatu yang bertulis.

PERMAIDANI ITU TAK BOLEH BAWA KAU TERBANG MENCARI CINTA BARU!

Anne senyum!

Dalam hujan!
Ketika langit keruh!

Sejak itu, mereka brsama.

****



Ya! Sebuah kisah cinta dan edan memang membazir.

~WL~

8.2.11

Kemarahan dan airmata yang tersangkut di tangkai hati.

Hari ini merupakan hari kedua saya berada di pejabat baru. Asrama yang selama ini berpenghunikan makhluk 'bukn-bukan' itu sudah dihuni oleh anak-anak yang kepingin belajar berdikari.

Mengendalikan dua pejabat serentak bukan tugas mudah. Kadang saya terpaksa mnghirup minuman sambil berjalan.

Serius!

Disebabkan pengalaman saya yang sifar, akaun asrama yang dibuka dikuiri Jabatan.

Sudah berminggu saya naik radang dengan pelbagai perkara.

Oleh kerana, saya sudah ada pejabat sendiri, melakukan kerja tanpa pengawasan saya pun mengamok dengan merenyok-renyokkan kertas-kertas terpakai.

(Saya lupa DIA yang maha melihat)

Bersepah-sepah memenuhi ruang pejabat.

Tiba-tiba, pintu pejabat saya ditolak. Terpacul wajah Kak Milah. Bersamanya, dua orang lelaki yang memang sah pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah.

"Mengamuk ke Mar?" Tanya pengetua baru saya itu. Ya! Kami memanggil pengetua kami dengan panggilan 'kakak' kerana sebelum ini kami sudah terbiasa begitu. Bukan 'puan' seperti kebiasaannya.

Dengan selamba saya menafikan, sambil mengutip kertas-kertas yang bersepah di lantai untuk dibakul sampahkan.

Ah! Siapalah yang mengerti ada kemarahan dan airmata yang tersangkut di tangkai hati.

Saya kira saya perlu bercuti.



5.2.11

Entri spontan tika imsomia

Mata enggan pejam. Risau dengan tugasan yang semakin hari tidak pernah berkurang. Dari kerja-kerja sekadar menulis surat-surat laporan, kini bertambah kepada kerja-kerja menulis inventori, mengira stok, mengutip yuran dan segala mak nenek kerja perakaunan.

Berkerja dengan angka-angka sungguh menakutkan saya.

***

Semester ini, saya punya tiga tugasan yang perlu dilangsaikan. Hari-hari yang saya lalui sungguh melelahkan jiwa dan fizikal.

***
Saya akui fokus saya terhadap seni penulisan semakin menipis. Saya menulis blog supaya saya tidak kehilangan kemahiran tersebut. Saya risau, saya akan kehilangan anugerah tersebut. Sebagaimana saya kehilangan kemahiran seni lakon pentas yang pernah diajarkan kepada saya. Dikutkan hati, menulis blog pun saya sudah malas. Blog pun semakin suram. Pengunjung semakin kurang dan diam.

***
Cerita sebatang pokok besar dan serumpun pokok buluh.

Kediaman saya sekarang, merupakan kuarters yang dikelilingi kehijauan ladang kelapa sawit. Di belakangnya, berbukit batu kawi campur granit. Ada telaga-telaga kecil ditumbuhi telipok. Sepesis teratai, tetapi bunganya lebih kecil berwarna putih.

'Saya cuma berjalan kaki ke pejabat sekolah Kebiasaannya, untuk tiba lebih awal saya keluar pada jam 7.00 pagi. Perjalanan biasanya mengambil masa di antara 15-20 minit. Jika saya terasa 'semacam', dalam masa 10 minit saya sudah terpacak di hadapan pintu pejabat.

Serius! Saya berjalan sepantas yang terdaya.

Di hujung padang sekolah, berhampiran pohon-pohon kelapa sawit ada sebatang pokok besar yang sangat cantik. Bersebelahannya, tumbuh serumpun pokok buluh yang juga cantik. Saya benci dimomokkan dengan cerita-cerita mistik. Hilang mood saya untuk menghayati keindahan ciptaan Tuhan.

Dalam keadaan gusar, kadang saya masih lagi boleh berhenti, kadang berminit-minit untuk meihat pokok itu. Saya perasan di bulan Disember lalu, ia polos. Saya jadi teruja menyepak-nyepak daun kering yang bertaburan di bahu jalan. Aktiviti menguis menyepak daun-daun kering itu kebiasaannya saya lakukan dalam perjalanan pulang selepas lelah sehari suntuk mengadap komputer.

"Hati-hati kak! Nanti tuan rumahnya marah" Kata Faiz, pengawal kesalamatan asrama sambil tersengih. Saya sekadar tersenyum. Kemudian anak muda itu meneruskan rutinnya. Meninggalkan saya dengan aktiviti kegemaran saya.

Berdiri berminit-minit memerhatikan kehijauan pokok tersebut.
Menguis-nguis daun-daun perang yang gugur.
Atau mengambil foto-fotonya dari pelbagai posisi.

Ya! Saya memang perempuan pelik

*senyum*

***
Cerpen mutakhir yang saya tulis berjudul "Kabus" dan "Kod". Belum tersiar.

Kadang saya sebagai penulis baru saya tertanya-tanya.

Membazir sangatkah menulis sebuah kisah cinta?

*senyum lagi*