Duit ini saya mahu guna untuk beli makanan kucing saya. Click Please!

26.7.10

Memang tercipta untukku



Sepanjang tempoh April sehingga hari-hari terakhir Julai banyak perubahan drastik terjadi dalam hidup saya. Saya kembali berkerja. Kemudian berpindah dan berjauhan dengan orang tersayang. Telefon rosak, ketiadaan kabel internet untuk seketika, kehilangan kucing yang menyerikan hidup saya, kamera digital rosak dan entah apa-apa lagi.

Apabila sudah punya sambungan, internetnya pula sering terputus-putus dan lembab macam siput. Kadang. saya sakit dan kepenatan di malam hari. Rasa takut, asing, sunyi dan terpinggir.

Jiwa saya kacau. Meronta-ronta mahu ke bengkel penulisan. Mahu kembali menulis. Dan saya sentiasa singgah di blog sifu-sifu saya membaca diam-diam. Dalam senyap sunyi.

Di sini, dan inilah cinta saya. Saya penat mengejar waktu. Cuba sedaya upaya mencari jalan pulang. Pulang ke pangkuan cinta hati saya.

Menulis!

22.7.10

.


Ada kala
terpaksa lupakan mimpi-mimpi seketika
walau telah nampak bebayang kejayaan
terpaksa dilupakan
demi
demi

Oh! Aku sedang belajar menyukai
yang baharu

Ah! demi..demi...

Ah! Nampak benar aku sedang juga sedang stress
sampai hendak menjawab komen pun tidak terdaya
hendak meletakkan tajuk entri pun akal macam mandul

20.7.10

Malam ini moga kau berada di taman syurga


Teman mayaku,
terima kasih untuk segala coret catatmu,
untuk aku belajar melawan sukar
yang selalu membuat aku kadang rasa tertewas
terima kasih telah membuatku menjadi diri sendiri,
terima kasih telah mengajarkanku banyak hal
tanpa kau sedari
ketabahanmu menjadikan aku iri
Betapa masih banyak situasi
aku selalu kalah dengan emosi

Kau
takkan membaca catatanku lagi
Selamat pulang ke sisiNya kak D
semoga di dunia lagi satu
kau aman
tanpa kesakitan
sedang jalanku
entah bila penamat

Kak D (1967-2010)

Al- Fatihah!

11.7.10

Entri tanpa arah tujuan

writting Pictures, Images and Photos

Selalu saya berpesan kepada diri untuk tidak menulis jika tiada arah tujuan. Tapi malam ini, sambungan internet saya masih 'sihat' jadi saya menulis beberapa perkembangan tentang diri dan blog ini.

Entri pertama saya di sini, bertarikh 10 Julai 2007. Inilah tujuan asal saya menulis. Oleh itu, janganlah hairan kenapa saya marah-marah dan masih menceceh-ceceh pasal isu-isu oku.

Malah tiada pernah terdetik langsung di dalam hati untuk menjadi penulis keratif. Sebahagian entri sudah dipadam dan dipindah ke blog tertutup.

Pengikut bertambah. Komentar berkurang. Apa ertinya; sekadar klik sebagai pengikut barangkali.

Tiga musim menulis di sini, saya rasa cukup berpuas hati. Saya gembira menulis di sini. Namun saya lebih gembira sekiranya ia tercetak di kertas.

Saya kepingin melangkah jauh, namun tangan dan jejari saya semacam dirantai gari.

Oh ya, saya mungkin berpindah lagi bulan hadapan. Sama seperti saya memindahkan url blog saya dan menggunapakai identiti baru. Tetap ditemui dan mereka membaca diam-diam.

Terima kasih kepda teman-teman yang masih membaca dalam diam dan masih meninggalkan jejak.

Terima kasih kerana membuat saya terasa 'wujud'.

Ah! Sungguh terlalu banyak anak tangga, tinggi dan berliku untuk saya terus melangkah ke hadapan.

2.7.10

Teruskan senyuman. Usah berkecil hati untuk perkara remeh kawanku!


Sewaktu saya membaca entri adik di sini, saya tidak pasti apa perasaan sebenar saya. Mahu marah atau ketawa terbahak-bahak.

Aduh! pentingkan diri betul. Tidak cukup lagikah merebut hak minorti. Dari peluang pekerjaaan, wang bantuan sampai ke tempat parking pun hendak direbut. Tidak cukup dengan itu, tempat duduk dalam kenderaan awam yang sedikit itu pun hendak dirampas juga.

Saya sudah bosan menulis perkara yang sama. Yang membaca tentu, lagi-lagi bosan.

Itu tidak termasuk 'perang-perang siber' antara oku dan pegawai kebajikan.

Bosan sungguh!

Alahai kawan, jangan bergaduh macam budak-budak. Buruk dan lagi buruk kita ini golongan kurang upaya. Jangan maki-maki kerana perkara remeh. Contoh: Dia tolak kita sebagai kawan di FB misalnya. Itu hak dia. Bukan 'mati' pun jika dia tidak approved kita. Sudahnya apa, dia print screen kata-kata dan maki caci kamu kepada dia dan letak di blognya. Peminat-peminat dan kawan-kawannya 'sedap-sedap' mengutuk kita. Siapa yang malu? Kita yang 'mentimun' ini juga disalahfahamkan.

Saya pun pernah menambah dia sebagai kenalan di FB. Saya pun ditolak, dan saya mengerti.

Seperti entri yang saya tulis di bawah. Dan seperti yang kalian maklum, Bukan semua yang kita kenali layak dipanggil kawan. Tambahan lagi orang ber'pangkat'.

Ceriakan hidup anda! Nikmatilah hidup kita yang singkat ini sebaik mungkin!

1.7.10

Maaf!


Aku kadang terlupa. Setiap orang yang kita kenali, bukan semua layak dipanggil 'kawan'.

Maaf!