Duit ini saya mahu guna untuk beli makanan kucing saya. Click Please!

18.3.10

Doakan dia



Semalam. Sepanjang perjalanan dari hospital Putrajaya, airmata saya tidak mahu berhenti mengalir. Hati saya luluh melihat penderitaan yang ditanggongnya.

Saya sempat bertemu
Akirasuri yang membaca blog kami berdua secara diam-diam. Cantik dan manis orangnya. Kami bersama melawatnya.

Kami,saya dan dia tiada sebarang pertalian darah. Entah apa yang mennjadikan kami akrab. Mungkin kerana kelainan upaya ini.


Di atas, foto saya dan dia- diambil penghujung Disember lalu ketika anak-anak Khadijah datang melawat saya. Di hari menjelang Krismas, di dalam bangunan pencakar langit milik si kaya-raya. Di mana kami, tidak mampu makan-makan di dalamnya. Akhirnya kami menjamu selera di sebuah gerai Kampung Baru.

Dan, kami lepak-lepak di Pasar Seni. Tempat kegemaran kami. Kini dia terlantar bertemankan drip dan morfin.
Hati seorang kakak manalah yang tidak luluh.

Muha Aziz bertabahlah!


*Saya hilang mood hendak buat apa-apa. Tapi saya sudah janji akan siapkan novel itu. Mudah-mudahan urusan kami dipermudahkan. Mudah-mudahan dia sempat membaca novel saya, melalui mata seorang teman yang selalu menjaganya- Nizam. *

PS:Nizam terima kasih!

16.3.10

Empat puluh tahun menghirup oksigen percuma


Sajak/puisi saya tidak pernah tersiar, walau sudah berpuluh saya hantar. Saya anggap mungkin bukan rezeki dan kemampuan saya. Jadi, sempena ulangtahun ke 40 kelahiran saya bersiaran di sini sahajalah.


Kepada Pemberi Jiwa

Aku sedar itu dan ini

Kediaman dunia sudah menghalau pergi

Kediaman akhirat memanggil-manggil ke sisi

Malaikat Maut semakin kerap menziarahi


PS: Terima kasih kepada rakan-rakan yang mengiringkan ucapan via FB dan sms.