Duit ini saya mahu guna untuk beli makanan kucing saya. Click Please!

26.11.09

Akhirnya!


Akhirnya, merasa sedikit bertuah mampu melangkah perlahan-lahan. Sedikit ke hadapan setelah bertahun-tahun bertatih di dalam diari-diari usang dan blog.

Permulaan yang cukup bermakna untuk melangkah ke tahun baharu.

Rujuk blog AVA untuk maklumat lanjut.

Terima kasih kepada rakan-rakan yang menunjuk jalan.


SALAM AIDILAHDA!


PS: Jika ketemu nama Lily Mariana Abdullah di mana-mana media arus perdana, sila maklumkan saya.

24.11.09

Warkah ringkas buat anakanda yang gagal memperolehi 5A dalam UPSR


Telefon genggamku bernyanyi-nyanyi pada tengahari itu.

"3A 2B saja, Chaq" kau kata via sms. Aku pasti ada nada kecewa dalam khidmat pesan ringkas itu anakku.

Tidak mengapa anak. Paling penting kau telah cuba dan berusaha.
Kebijaksanaan bukan sekadar diukur di atas kertas dan sijil.

Aku cuma mahu kau pandai menjadi manusia sayang!
Bukan sekadar menjadi pandai.

Usah putus harap. Harimu masih panjang. Insyallah.

18.11.09

Sila marah, jika tidak setuju!


Aku tidak berselindung kawan. Aku cuba menjadi diri. Aku tayangkan wajahku di sini. Aku bogelkan segala isi hati. Aku tidak mahu menjadi penakut lagi.

Tolong hentikan tuduhan palsu! Aku tak cari nama di sini.

Aku tidak terikat dengan mana-mana parti. Merah,biru dan hijau sama sahaja. Semua itu bukankah warna semata?

Persatuan? Pergi matilah!

Bangsaku hanya akan bersatu untuk dua perkara sahaja. Satu, kenduri-kendara. Alasan mahu melantak kenyang-kenyang dan isi perut hingga penuh.

Dua, kematian. Takut jenazah busuk dan berulat!

Untuk perkara-perkara lain kita macam enau dalam belukar.

Sila marah, jika tidak setuju! Marah yang santun! Marah yang comel!
(Ditulis sebab geram melihat senario politik semasa. Bukan sebab hujan ya!)




16.11.09

Filem kadang memberi inspirasi




Kadang waktu kita terasa mahu tersungkur jatuh dan patah hati, ada sahaja jalan yang Tuhan tunjukkan untuk kita kembali bangun.
Sebuah filem bukanlah apa-apa bagi sesetengah orang. Mungkin hanya fiksyen yang mengarut-ngarut.
Tapi filem yang saya tonton di saluran HBO petang tadi amat bermakna buat saya.
Sekadar mahu berkongsi. Barangkali ia juga bermakna untuk anda.
Sayang, saya tidak pandai mengulas filem. Bukan bidang saya. Sekadar mengkagumi semangat Brad Cohen. Tourette Syndrome tidak jauh perbezaannya dengan ketidakupayaan yang saya hadapi.
Brad Cohen berjaya melaluinya dan tidak membiarkan Touretee membataskan langkahnya.
Filem Front of the Class berdasarkan kisah benar lelaki ini.
Selamat menonton!
Dan kadang kala, saya tertanya ke mana arah tuju industri perfileman negara. Kenapa tiada seorang pun yang mahu mengangkat kisah-kisah seperti ini ke layar filem.
Takut rugi? Maka cerita-cerita jalang diangkat ke layar. Jual dan bikin untung!

5.11.09

Kalau saya buka mulut, kamu kata saya pembangkang

Suatu pagi.
Saya tergerak hati untuk membuka pintu lebih awal. Dari koridor rumah, pandangan saya tertancap pada blok kuartes hadapan. Lelaki bujang lewat usia itu, teraba-raba menuruni tangga. Benar, kuartes kerajaan kebanyakan penghuninya adalah mereka yang berkhidmat untuk orang kurang upaya. Dari pembantu rendah awam, tenaga pengajar sampai ke pihak atasan. Kakitangannya pula, cuma minoriti oku.
Rumah-rumah yang disediakan untuk pegawai banyak terbiar kosong. Begitu juga, rumah-rumah kuartes. Rumah yang kami diami, tidak kira oku atau mereka yang sihat fizikal adalah kuartes empat tingkat tanpa lif.
Bayangkan yang berkaki palsu menaiki tangga. "Aduh! Nak tercabut kaki saya kak..." Selalu saya dengar Dee merungut setiap kali naik turun tangga. Ada teman-teman saya yang bertandang, terpaksa merangkak untuk naik ke tingkat tiga. Abang yang tidak dapat melihat itu. teraba-raba meneruni tangga. Kadang saya perhatikan ada anak-anak jiran yang memimpin tangannya. Anak-anak lebih prihatin, tetapi waktu pagi anak-anak semua ke sekolah.
Saya sendiri, pernah terjatuh tangga hingga berjahit bibir kerana gagal mengimbangkan badan. Sebab tergopoh-gapah mahu pergi bekerja (kejadian itu berlaku ketika saya masih berkerja).
Apa salahnya, pihak pengurusan sedikit prihatin? Rumah bawah yang terbiar kosong itu, diberikan kepada merka yang benar-benar memerlukan. Contohnya, berilah rumah bawah untuk pekerja yang tidak dapat melihat seperti abang itu.
Bukan saya mahu mempertikaikan hak pegawai atasan yang sihat walafiat diberikan hak mereka untuk menduduki rumah banglo di bawah. Ini asal kamu pegawai, bolehlah tinggal di rumah tersebut. Nasiblah, kalau oku tersebut pegawai.
Cuma seorang dua sahaja, yang diberikan pengecualian. Yang benar-benar tidak boleh berjalan, hatta merangkak sekali pun.
Manja? Ya..memang kami manja. Kami manja kerana keadaan kami yang tidak berdaya. Oleh itu, kami perlu berada di rumah yang selamat supaya keadaan tidak menjadi bertambah teruk. Takut. Bimbang. Jika berlaku kemalangan, kami tidak mampu mengurus diri.
Saya dengar yang menjaga kebajikan selalu juga datang ke pusat ini. Rasmikan acara itu ini. Pernahkah dia bertanya, golongan minoriti yang tinggal di sini.
Tak lain, menerima laporan muluk-muluk dari pihak atasan. Lawatannya pun, alah sampai depan dewan perdana yang tersergam indah itu sahaja,
Apa? Kamu fikir jika kami berkaki, tiada sebarang kesusahan bagi kami untuk tinggal di rumah yang bertingkat ini?
Barangkali ada yang tidak suka mendengar keluhan begini. "Kalau tak suka pindahlah!.."
Ya. Kalaulah kami mampu dari segi kewangan. Jika tempat ini, mempunyai kemudahan lif.
Jika kami sihat, tidaklah kami merungut-rungut begini. Bukan maksud kami mahu bermanja. Kami minoriti. Berdiam-diam sahajalah.
Mungkin saya mampu menulis di blog. Tapi berapa kerat sangatlah yang membaca.Ramai yang sekadar terima dan memendam rasa. Lainlah kalau menteri cakap. Dia ucapkan terima kasih kepada pengunjung blog pun jadi topik cerita.
Meloyakan!
Oh! Lupa mahu beritahu. Saya tinggal di kuartes pusat oku terbaik di Asia Tenggara.

4.11.09

Nota kecil kepada politikus

Ehem! Kalau duduk kat Kenny Hills hisap cigar Davidoff, jangan bukak mulut kau yang busuk itu dan mencipta slogan-slogan plastik untuk membantu marhain

Nota tambahan : Aku loya!


Titik!

Jawapan kepada komentar di entri bawah.


Oke, dia sudah bungkus semua masalah dan kesedihan dan serahkan kepada-Nya. Dia yang di Atas lebih tahu.


Nak sambung tulis cerita-cerita yang terbengkalai.


Tugasan? Ye..ada sesiapa sanggup buat untuk dia. Dia sanggup upah haha! :p


Semalam kucing dia menghilang selama tiga hari. Itu yang buat dia jadi emo. Tak emosional, bukan perempuan la kan?


Terima kasih semua. Kerana dia tiada kawan untuk berkongsi duka. Jadi dia berkongsi di sini sahaja. Bersama teman-teman yang sentiasa memahami. Yang tak suka, sila jangan baca. Tutup sahaja tetingkap itu.


Maaflah! Dia tidak tahu tulis isu-isu besar. Jadi dia tulis sampah-sarap sekadar meredakan kegusaran hati.


Iklan: Salun Eksotikata masih di tangan. Kalau boleh jual semua, lepaslah duit dia mahu bayar yuran ke bengkel (Rujuk pautan blog AVA untuk maklumat lanjut).


*senyum*




3.11.09

Anak


Dia kata, sangat lelah asyik memenuhi tututan-tuntutan orang lain. Misalnya, sudah kahwin sangat-sangat perlu memiliki anak-anak. Walau Encik Suami tidak kisah, dia tetap risau. Walau dia tidak tidak kisah, dia tetap risau memikirkan mulut-mulut 'puaka' saudara-mara dan jiran tetangga.


Misalnya:

"Orang dukung anak, kau asyik dukung kucing" Sambil Puan X tersenyum sinis pada dia.
"Beranak la cepat, nanti laki kau cari lain" Sambung Puan Y. (Kenyataan paling auta)
"Dah masuk 4 tahun, takkan nak 'honeymoon' lagi kut?" Soalan gampit Encik B


"Oke! Aku perempuan mandul. So, apahal. Ada kena mengena dengan kamu ke?" Dia ingin jawab semua soalan itu dengan ayat yang paling gampang.


Tapi.
"Belum ada rezeki kami lagi" Ayat ini pula yang keluar. Memang mulut dia tidak tahu celupar.
Sambil dia tersenyum kelat!
Kadang dia suka tengok foto-foto seperti yang di atas. Kadang dia rasa sedih sangat.
Sangat sedih! Cepat-cepat dia viewed ke halaman lain.
Tapi bayi sangat comel oke!