Duit ini saya mahu guna untuk beli makanan kucing saya. Click Please!

22.4.09

Huh!

Saya cuma mahu tersenyum sahaja, apabila terbaca akhbar NST hari ini. Malas, mahu komen panjang lebar. Sekadar mahu bertanya “Dato’-datin, Tan Sri-puan sri (atau mana-mana pak menteri atau pegawai-pegawai berkenaan) apakah kerana kami kurang upaya, kami tidak berhak menikmati hidup?” Apakah perlu, kami borosi hidup kami yang singkat dan terbatas ini dengan tangisan untuk seumur hidup? Dan ustaz-ustazah, apakah kami sahaja yang perlu berzikir dan berada di tikar solat dua puluh empat jam? Apakah kami sangat buta agama, jika berkeinganan seperti manusia lain selayaknya?

Baca sini.

Dan puak-juak suratkhbar tulisan/berbahasa Melayu serta tivi, sudikah kalian ketengahkan isu-isu begini? Dan sepekara lagi, buletin-buletin dari parti pembangkang juga.(Jangan lupa, undi kami juga anda tagih). NGO-NGO, kenapa senyap sepi tidak bersuara?

16.4.09

Sebuah cerita ketidakprihatinan.


Ini cuma dua kisah yang terkumpul menjadi satu. (sebuah cerita ketidakprihatinan)

Satu.

Satu pagi, May terbangun lambat. Terlewat ke tempat kerja, sudah pasti bos perempuan itu memcemik muka. Sebagai manusia biasa, May sensitif okay. May perlukan pekerjaan dan dia berusaha sedaya mungkin untuk datang awal. Malangnya, bos perempuan yang selalu dihantar suami ke pejabat dengan kereta besar itu tidak pernah peduli akan kepayahannya terkejar-kejar menaiki kenderaan awam. Cemikan muka yang terpaksa ditelan setiap kali dia terlewat, cukup menjengkelkan. Luka yang berulang-ulang, apakah bisa sembuh dengan satu petikan jari. Pagi itu May mencari-cari teksi. Malangnya, tiada seorang pemandu pun yang mahu mengambilnya sebagai penumpang. Semua menggeleng kepala dan menarik cermin tingkap ke atas. May tahu, dia berbeza. Tapi apakah kerana perbezaan itu,dia dilayan sedemikian rupa.

“Malaslah aku,nak ambil orang tak cerdik macam tu. Nanti,tambang siapa mahu bayar tambang dia.”Ucap salah seorang dari pemandu teksi. May mendengar, namun dia tiada kekuatan untuk melawan. Dia punya masalah pertuturan. Pagi itu, May mohon Tuhan berikannya kesabaran. Jika pagi itu,dia tiada kekuatan, mungkin dia menangis meraung macam orang gila dan pemandu teksi itu akan terbujur menjadi mayat.

Dua.

Jimmy, apabila menaiki kenderaan memang tidak boleh bersendirian. Nanti pasti, dia dimaki pemandu bas/teksi kerana tidak membayar tambang atau membayar tambang yang tidak mencukupi. Walau dia menunjukkan kad yang berwarna oren/merah cetakan JKM, ianya tidak memadai. Dia tetap dimaki dan dimarahi. Jimmy, seperti May. Mereka tidak perlukan kerusi roda. Tidak perlu bertongkat, tapi perlukan sedikit kefahaman dan keprihatinan. Kelihatan punya tangan kaki yang sempurna. Cuma kadang kala, Jimmy tertidur dalam bas dan berjalan terhoyong-hayang kesan ubat-ubatan epilepsy yang diambilnya. Kadang kala dia dimaki, kerana disangka orang mabuk. Tidak nampak sebarang kekurangan, kecuali jika masyarakat benar-benar prihatin tentang mereka.

Untuk May dan Jimmy kota metro Kuala Lumpur ini telah banyak memberi ruang kepada mereka untuk berdikari. Dan, kota metro ini juga; pada waktu yang sama telah merampas sesuatu dari mereka. Dalam diam-diam dan di dalam kesenyapan, kota ini telah merampas sesuatu dari insan-insan kerdil seperti mereka.

Mungkin dari saya dan kalian juga.

14.4.09

Kadang waktu,terasa mahu berhenti


Kadang kala, saya terasa kecil dan segan. Menulis tanpa disiplin dan ilmu-ilmu tertentu. Hasilnya, kadang kala macam sampah. Melihat teman-teman mengikuti bengkel itu dan ini, terdetik di dalam hati sedikit rasa cemburu. Cemburu yang mulia; ingin sama-sama berilmu seperti mereka. Sedang saya, terlalu ingin; tetapi tidak berkemampuan. Bengkel-bengkel penulisan, jarang ketemu yang percuma. Harga, mencecah ratus-ratusan (mungkin ribu-riban) dan saya sudah tiada sumber pendapatan.

Mungkin daripada terus-terusan menghasilkan sampah, saya patut berhenti untuk seketika.

Saya yang menulis, tetapi tidak tahu mana satu yang saya suka, atau mana satu yang bermakna.

Sungguh!

Saya menulis dari sekeping hati, berdasarkan pemerhatian dan penilaian saya. Manusia yang tidak pernah lekang dari kelemahan dan kealpaan. Tiada disiplin atau ilmu-ilmu tertentu.

Terima kasih, jika kalian berjaya menikmatinya.

12.4.09

Laut,terlerai separuh rindu padamu




Laut, ia menyimpan seribu rahsia. Mencium aromanya, tergetar rasa cinta bercambah membunga. Kalau saya pandai melukis, akan saya lukis betapa indah ayu wajahnya laut. Merenung menatap wajah laut dalam pelbagai posisi, terasa hati mahu pergi ke kaki langit. Namun semakin didekati terasa,semakin jauh destinasi dan saya rasa tidak akan pernah sampai-sampai ke penghujung sana.

Sang pujangga berkata kepada gadisnya “Oh kekasih! cintaku padamu tidak pernah bertepi,bagai lautan” Saya kata itu pembohongan semata. Cinta sesama manusia pasti ada limitasi. Kalau cinta punya pasang surut bagai air laut, itu boleh diterima pakai.

Saya merenung seorang anak muda yang sedang leka bermain pasir sendirian. Dia tersenyum memandang saya. Mungkin benar, dalam diri seorang lelaki, terperangkap jiwa keanak-anakan di dalamnya. Entah! Mungkin lelaki sahaja yang ada jawapannya. Dan, saya melihat lelaki yang menikahi saya; beria-ria dia mau mengajak saya bermain jet ski. Setelah puas berkompromi, akhirnya saya bersetuju mengikut dia menaiki bot berpusing-pusing keliling pantai.

Saya melihat gelagat manusia yang pelbagai. Seorang lagi anak muda sedang menimbus pasir di atas kaki pasangannya. Di permukaan air yang kemasinan itu, ada pasangan mandi sambil mesra berpelukan tanpa merasa sedikit malu pun.

Dan, saya pasti laut tidak lagi berwarna biru. Kelabu dan kehitam-hitaman mungkin.

Ah! Akhirnya saya berpaling. Sebelum hati saya menjadi lebih sebal. Saya lebih rela melihat anak-anak kecil bermain pasir. Mereka sangat comel dan suci. Saya sekadar menjadi pemerhati. Memerhati indah ciptaan Tuhan dan memerhati gelagat manusia yang mengaku hambaNya, sambil mencatat sesuatu dalam buku nota kecil saya. Sejak saya menulis secara fiktif di jurnal bernama blog, saya membawanya ke mana-mana sahaja saya pergi.

Kemudian, saya menghabiskan seperempat lagi bacaan saya, “Kuroi Ame(Black Rain)”(diterjemahkan ke Bahasa Malaysia sebagai “Hujan Hitam”) hasil karya Masuji Ibuse; salah sebuah buku pemberian Taf Teh (yang sudah menutup blog dan menulis buku ha!ha!). Tahniah untuk dia.

Saya hanya mampu, menikmati pemandangan indah ciptaan Tuhan. Mahu turun bermain air, rasanya keadaan kesihatan belum mengizinkan.

Saya sekadar ingin berkongsi apa yang saya lihat di sini dan selebihnya di sini. Saya membuka blog baru, menggantikan akaun Flickr yang akan dipadam tidak lama lagi. Segala foto-foto yang tersimpan di sana akan dipindahkan ke blogspot.

Pantai Teluk Kemang
11 April 2009

9.4.09

Percubaan menulis dalam bahasa PSMI :D


I just finished watching this Japanese movie, “10 Promises to My Dog” on Astro Box-office channel. And I realized how cute the dog was, and how awesome the boy was at playing the guitar (*smile*). I got curious, when I saw the promo on TV, so I asked my hubby to pay more for that Japanese movie ha! ha!

Pay more for the movie that made me cry. Well, almost all movies make me cry (heck, even “Enchanted” made me cry, and it’s supposed to be a happy movie huhu...). But this had me crying for 15 minutes or so. Damn. My head hurts from crying so much. And it didn’t help that I watched this past midnight, so I had to stifle my sobs or else risk waking everyone else up here at home. (Right now, it’s 1:48 am.)

Here’s the synopsis:

Akari is a 14-year-old schoolgirl living in Japan’s Northern island of Hokkaido. One day, a puppy wanders into her yard, looking lost and frightened. She is a Golden Retriever with white paw markings. Akari named her Socks. Akari’s mother consents to her keeping the dog but only after she agrees to keep 10 Promises to Socks. Akari enthusiastically assents and the two begin their journey of growing up together. Akari finds herself having to overcome many changes and challenges: the tragedy of her mother’s death, father’s sudden resignation, coming-of-age, first romantic feelings, career ambitions and her independence. But at every step, Socks is there to provide unquestioning love and support.

(Sob…sob...) very sad story okay! Babe, don’t cry for unnecessary matters ha-ha!

I don’t want to give away too many spoilers. But dang, I could relate to so many parts Like coping with drastic changes in your household (after a parent passes away), the joys of getting a new pet (well, I can’t have a dog as a pet), even that recurrent “first love” theme that is almost always present in movies that start with the main character’s childhood (Hoshi played “Canon” on the guitar, Manja played “Don’t you cry tonight” on the guitar too). Maybe that’s why it made me cry. I could relate to it so much that I felt like Akari’s joys were my own, and her pain was also my own.

Warning, SPOILER AHEAD! (Highlight if you want to read it, but don’t read it if you haven’t watched it yet! ha-ha! (*smile*). Damn, that song gets me every time I hear it. (Sob...Sob...Feel very sad, when I saw my Coco too) I know it’s probably overused already (countless other dramas and movies). But it’s still dear to my heart. I think I’d cry if a guy was to play this song for me on any musical instrument (but he gets plus points if he plays it on a guitar… ha-ha).
(*this is the “monkey” love story a long, long time ago babe!) ahaks!

And guess what? The song at the end - It’s “Be with You” by BoA. (*Smile again*) Okay, I had no idea she sang for the soundtrack of this movie. So imagine my surprise when the ending credits started rolling and I heard this VERY familiar female voice singing in Japanese. I was like, “WTH, that’s BoA!” But I meant that in a good way. Ha-ha. : D

I recommend this movie to everyone who has a pet. And everyone who doesn’t, (maybe this movie will convince you to get one, ha-ha!). Seriously, it’s a good movie. :D
Sorry, I’m bad at making reviews… I mostly want to enjoy the movie/drama/book/whatever it is. But I am very bad in making reviews (or I never made any review ha-ha)

10 promises to my dog (maybe cat or whatever) made me cry a lot huhu…

Disclaimer: rebiu yang sangat ‘rojak” dan ini ceita semalam.

8.4.09

Entah apa aku mahu tajukkan entri ini. Nanti-nantilah!


Terkedang di katil dalam kesakitan dan kau pasti tidak tahu mahu buat apa-apa. Dan di waktu-waktu kau dalam kesakitan, kau pasti akan lebih teringat signal Tuhan tentang kematian. Bibir kau akan tdak terhenti-henti menyebut namaNya. Dan apabila kau terasa bibir kau sudah letih dan kejang, kau akan berzikir dan beristighfar dalam hati pula.

Pada waktu itu, kau akan minta doa supaya cepat-cepat sembuh dan engkau pun berjanji dengan Tuhan, dengan diri sendiri akan akan sedaya upaya mencuba untuk menjadi hambaNya yang paling baik dan taat.

Terkedang di katil dalam kesakitan dan kau pasti tidak tahu mahu buat apa-apa. Jarum jam terasa merangkak-rangkak berputaran dan hari-hari terasa sangat panjang. Kemudian, ingatan kau akan merangkak-rangkak ke zaman silam. Mengenang kesilapan, kealpaan atau kesengajaan (barangkali kesengalan) kejahatan yang pernah kau buat bukan? Perasaan berdosa pun datang bertimpa-timpa dan kau mula teringat tentang neraka dan siksa kubur yang pernah kau dengar melalui ceramah-ceramah atau kuliah dari mana-mana sumber yang pernah kau berada di dalamnya.

Pada minggu itu, kau haramkan diri kau mengadap pc atau tv atau membaca surat khabar arus perdana. Apabila kembali sihat sedikit kau kembali ke tabiat lama. Kembali ke rutin biasa,di mana kau perlu kembali menyediakan kopi untuk dia dan mengemas apa-apa yang patut.

Bosan weh! Berbaring lama-lama di katil. Terkedang sambil melihat siling berwarna putih kusam, kipas dibedaki habuk multi halus berputaran dan kau perasan cicak-cicak di siling berlari-lari sambil mengejek-ngejek “Padan, hari ni jika kami berak di atas muka, kau tak boleh nak berbuat apa-apa”

Dan kau pun berdialog dengan cicak-cicak” Bila aku sihat nanti, siaplah kau!” Penuh dendam kesumat. ha!ha!.

Dan apabila kau terasa sihat sedikit, kau pun mula mencari remote control. Menekan punat dan segala butang mencari saluran tv kesukaan.

Wah! Kau sudah dapat PM baharu?” Apa kau peduli, sedikit pun kau tidak berasa teruja.

Kemudian kau belek-belek akhbar arus perdana dan seperti biasa dipenuhi berita cerita politik yang memualkan. Kemudian mata kau terpaku pada tajuk satu laporan mual lagi meloyakan.

“Gambar bogel tanda setia bawa padah”
“Seorang perempuan diugut teman lelaki kerana mengirim MMS gambar bogelnya....bla bla..bla...”


“Bodoh, bengong! Tanda setia konon. Ape hal le ko bodoh sangat Minah ooi?” Kau tambahkan dosa lagi.

Damn! Sebagai seorang perempuan, kau terasa muka engkau juga turut terpalit tahi. Tahi babi mungkin!

Aduh! Sakit datang kembali dalam bentuk yang lain pula.

2.4.09

Hari-hari yang dalam kesakitan yang teramat sangat, aku terpaksa berhenti menulis untuk beberapa ketika dan aku tiba-tiba teringat menulis juga adalah


Hari-hari yang dalam kesakitan yang teramat sangat, aku terpaksa berhenti menulis untuk beberapa ketika dan aku tiba-tiba teringat menulis juga adalah terapi kepada kesakitan.

Ya. Hari itu tanggal dua puluh empat March, kami ke HKL. Dan misi-misi comel, tidak menarik perhatian aku okay!(Mungkin menarik perhatian lelaki yang sudi membawa aku dalam hujan yang begitu lebat menggila) Ah! Sukahatinya, aku tiada kuasa melarang matanya daripada memandang misi-misi cantik lagi ayu itu.

Dan doktor berkata ubat-ubatan secara oral tidak lagi memberi menafaat padaku. Dia mula mengurangkan dos segala mak nenek ubat-ubatan yang diberikan sebelumnya. (Dan dia tidak tahu, aku terlebih dahulu mengurangkan dos tesebut berdasarkan kepakaran dan pengalaman aku sebagai pesakit Spasmodic Tortillis. Jangan ditanya aku tentang penyakit itu dan nama saintifiknya yang entah betul entah salah ejaannya. Aku pasti ia lebih menyakitkan dari sakit gigi, sakit kepala atau cirit-birit.

Hingga mahu sujud mengadap Tuhan pun sakitnya amat, apatah lagi hendak mengadap pc macam selalu-selalu.

Puan doktor berbangsa Tionghua itu berkata “Saya cadangkan awak mengambil Botox.” Bukan pertama kali aku mendengar saranan tersebut.

“Botox?”

Yay! Aku akan kembali muda remaja macam kak Nita Serawakian. Ha! Ha!

Hari-hari yang dalam kesakitan yang teramat sangat, aku terpaksa berhenti menulis untuk beberapa ketika dan aku tiba-tiba teringat menulis juga adalah terapi kepada kesakitan.
Alhamdulillah, hari ini aku rasa lebih sihat.

Ps: Mohon maaf, komentar kalian akan dijawab bila aku sihat sepenuhnya.