Langkau ke kandungan utama

Ayat cinta untuk jejaka pencuci baju


Ya, kalian tahu aku sangat suka mencari dan melompat dari blog ke blog. Pendek cerita laptop aku ni, jika dia ada boleh bersuara maka mungkin inilah madahnya.


"Sudah-sudahlah lu menekan keyboard, menghadap skrin dan mengheret tetikus. Gua dah naik menyampah tengok muka lu, Lily".


Tapi ia hanyalah laptop tanpa perasaan dan suara.


Berbalik kepada pokok persoalan. Hari ini, aku jumpa seorang jejaka dan aku suka cara dia membasuh baju. Blog dia di sini.


P.S. I LOVE YOU. Selamat membasuh baju hahaha!

Ulasan

Lily Abdullah berkata…
Purp,
Rindu kamu,dah lama tak lihat kamu tersenyum di laman akak :)
addyaholix berkata…
saya basuh baju pakai mesin. senang.
puding roti berkata…
gambo tu lucu la kakak.. hihi
Nizam.Ariff berkata…
Basuh baju guna kaki:
Masa mandi, letak baju atas lantai. Sambil bersiram dan bersabun, gonyoh-gonyoh (kusal-kusal) dengan kaki...
SHIMI berkata…
nizam, abang barang basuhbaju pakai kaki beb. pakai mesin basuh daaaa
Basuh Baju berkata…
semua: haha aku setuju gambar tu kelakar la..sungguh naif dan innocence muka aku membasuh. :p

btw, cik water lilly..tq di atas entry ini.

ps: (kat UIA aku jarang basuh baju. guna febreze je..wakakaka)
cakapaje berkata…
Salam WL,

Lor...ingat cerita pasal den. Tapikan, bab membasuh baju OK lagi. Bab gosok...rasa cam buat kerja bodoh le. Apa taknya, dah gosok licin, baju tu komot balik lepas dipakai. Lebih baik takyah gosok kan? :)
reverie berkata…
haha. bagus bagus. memang bernas pun basuh baju.
- j o h a r i - berkata…
bgus2..suka ade rkyt malaysia yg berfikiran cmni
Kay berkata…
salam,
cantik template baru di blog WL nih.

gambo cuci baju ade ayam sdg memerhati tuh pun menarik...
hehehe

have a lovely day!
(^_^)
Tanpa Nama berkata…
bibik! angkat jemuran, ujan dahh turun.. ekeke
Nizam.Ariff berkata…
Basuhbaju guna kaki masa mandi, jimat air dan sabun...
ibundo berkata…
orang dulu basuh baju tak pakai mesen. pagi-pagi dah buat excercise. peluh keluar, muscle lengan pun padat.
orang sekarang basuh baju sambil makan nasik lemak... macamana lah badan tak belemak keh.keh..
kad0k. berkata…
dah seminggu sy x basuh baju kak...:)
Artozy berkata…
apa khabar kau, kak?
| a t i q a h | berkata…
Pewwitt. Sudah pink lah blog ni. Ngeee.
tasekM berkata…
rindukan aku tak kak...? muahahaha... komen tak ada kena mengena! ha ha.

:p
DeeN berkata…
Feeewittt!
Kalo laptop tu berkata2 begitu, ugut nak campak dia dari tingkat 14. Kompon dia tak berani punyer. Huhuk!

Er.. tadi mula2 ingatkan ada jejaka offer basuh baju percuma. Baru nak masuk line. Hehehehe..!

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.

"Mari bercerita" kata Cik Ninapop

“Mari bercerita tentang episod kehidupan” kata Cik Ninapop . “Kamu ditag” dia menjerit di peti jerit saya. Hidup kita berepisod-episod, berbabak; kita antagonist dan kita juga protagonist dalam waktu yang lain. Kita tuan sutradaranya. Kadang kala serentak. Saya sudah banyak menulis dan ada waktu memiktifkan sebahagian daripada kehidupan saya. Sudahnya, tidak banyak lagi episod-episod silam yang boleh diceritakan. Hanyalah ini! Episod 1 Saya dilahirkan di sebuah perkampungan yang namanya mungkin tidak tercatat dalam peta Malaysia. Walaupun tempat tersebut jauhnya kira-kira 45 minit ke bandaraya Alor Star. Ketika saya beritahu nama tempat itu, pasti mereka akan bertanya. “Situ banyak pokok limau ek?” Jenuh saya menerangkan tempat asal saya adalah perkampungan sawah padi. Jika ada pokok limau pun, hanyalah pokok limau purut; yang ditanam bertujuan untuk dibuat acar limau, daunnya untuk dimasak tomyam dan buahnya yang gugur juga dipercayai untuk menakutkan ular-ular berkeliaran, terutam