Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2008

Kenapa lima belas;kenapa kamu tanya soalan ini?:P

Ada ribuan cerita dan saya hanya diminta berkongsi lima belas cuma oleh abang saya, Dato’ Shah Rir Khan. See! See! Abang saya dato’ tuuu...

Satu.
Saya anak sulung. Itu tentunya mencipta pengertian bahawasanya saya tiada abang atau kakak. Saya cuma punya adik perempuan yang selalu berlagak macam kakak kepada saya. Dalam dunia maya pun, saya susah mencari yang layak dipanggil abang disebabkan faktor usia.

Dua
Saya bertemu jodoh ketika usia sudah terlajak bertingkat puluhan. Sebelum itu,ramai ‘uncle-uncle’ yang masuk meminang saya dan allahyarham ayahanda saya menolaknya secara berhemah. Jika diikutkan baran adik saya; yang suka berlagak kakak kepada saya itu, sayugia inilah seranahnya. “Mentang-mentanglah kak aku andartu dan begitu(dia maksudkan kurang upaya), suka-suka hati korang ja nak menjodohkan dia. Dia tak mati la walau tak kawin pun; dia tak ambik laki korang insyallah.” Untuk makluman, sila terjemahkan ayat tersebut dengan nada tinggi dalam loghat utara pekat. :D
Jadi, adik-adik yan…

Alangkah

....... Alangkah bagus jika seperti kamu Makan-makan Tidur Tidur-tidur dan makan lagi Kerna kamu comel aku glemerkan kamu Alangkah indah berada di puncak. Penat melayan kamu Aku suka Hanya kamu yang aku punya Serius! Aku penat :) ......

Tiba-tiba memburu impian menjadi bebanan.

.............

Katalah saya ingin memulakan semula; mengejar mimpi saya yang hilang; bukan mimpi menjadi permaisuri. Atau seorang puteri.

Tiba-tiba. Entah bila.
Memburu mimpi menjadi bebanan.
Sejak saya terpikat dengan costumes dan gemerlap cahaya pentas.
Sejak saya tahu. Saya juga boleh berada di atasnya
Sejak saya tahu saya juga bisa menari dengan gaya dalam cara saya.

Memburu mimpi tiba-tiba menjadi bebanan
Malam ini terlalu pekat hitam. Yang saya lihat cuma kenangan berulang putar.

Memburu impian tiba-tiba menjadi bebanan
Saya ingin melangkah, tapi saya tiba-tiba jadi gugup dan gentar.

"The fisrt step is always the hardest". Masih terdengar bisik Ayako setahun yang dulu.
.........

“Di antara dua telinga, ada memori yang kita tak mahu padam. Semuanya, dan segalanya”.

“Di antara dua telinga, ada memori yang kita tak mahu padam. Semuanya, dan segalanya”.

~Taf Teh~

Sebentar tadi, saya sedang duduk-duduk di beranda. Mengelamun sambil merenung hujan yang mencurah-curah. Saya bosan dan sedikit sunyi. Banyak yang ingin saya lakukan, tapi tidak tahu di mana harus saya bermula kembali.

**********************************************************

Hari itu. Koizumi san, bawa saya berjalan-jalan sekitar Nishiawaji. Kami pergi Lawson dan dia tunjukkan mana-mana supermarket dan kedai di mana saya boleh mendapatkan barang diperlukan. Hari hampir Maghrib. Saya resah. Dalam hati, saya menyumpah-nyumpah diri kerana mengikut lelaki itu. Saya tahu niatnya baik, cuma mahu menyenangkan saya. Kami masuk supermarket.
Dia yang tahu sedikit Bahasa Inggeris cuba menerangkan pada saya itu ini. Saya angguk-angguk. Walau saya kurang faham.

Ano..ano..” Koizumi san sebelum bercakap bahasa Inggeris. Dan saya semakin resah. Saya gagahkan diri untuk tersenyum. Senyum menutup resah.

Hari se…

Jika aku punya

Kazue 1
Kazue 2
Kazue 3
Kazue 4

“Jika aku punya tangan yang bergulung, aku mau petik bulan itu buat Shimada” Kazue bersuara. Perlahan. Sambil cornea matanya menatap Aiko yang manis berambut lurus perang buatan separas bahu.
Hmmmm! Malangnya tangan kau tidak bergulung-gulung macam getah paip bomba” Aiko acuh tidak acuh. Matanya terancap pada langit yang malap. Kazue tertawa kecil. “Kau masih boleh bersenda?”
“Lalunya bagaimana? Kau mau aku bunuh diri. Terjun dari apartment sempit ini?” Matanya masih macam kolam takungan. Ada sedikit sendu di hujung suara lunaknya. “Sebelum kau mati, kau buat pembedahan plastik. Kau boleh mati cantik macam Angelina Jolie atau Catherine Zeta misalnya.” Aiko menyarankan. Saranan jenaka yang gila.
Cis!”Kazue menampar-nampar manja bahu Aiko. Begitulah selalu-selalu mereka. Teman yang mesra. Kadang kala, lara hati mereka jadikan bahan bersenda gurau. Ketawa mereka hilang ditelan angin malam yang dingin nan basah. Bau ocha panas enak masih menusuk rongga hidung. H…

Ada waktu

Ada waktunya, kita hanya mampu berkata. Namun tidak bisa memaksa orang lain mendengar kata-kata kita. Sama macam menulis, tidak bisa memaksa orang lain membaca dan menyukainya. Mungkin sama macam memasak, tidak bisa memaksa semua orang menggemari masakan kita.
........

Enntah apa ceritanya

Sudah lama rasanya tidak menulis. Tumpul akal dan mati ilham rasanya. Nantinya, saya melalut yang bukan-bukan.
Dan...
Saya syak adik dia sudah membaca blog saya. Adik dia yang kacak itu. Saya rasa dia juga kacak. Dan jika bukan kami bukan sama-sama cerebral palsy, adakah dia akan memilih saya.
Adakah..saya selalu bertanya dan dia tidak pernah menjawab. Saya tertanya-tanya walau tiga musim hampir mendatang. Kami masih berdua. ps: Tasik, kau beruntung kerana telah bertiga.