Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2008

Hari Pekerja: Dari perspektif seorang kuli kurang upaya tanpa KWSP.

Hari ini barulah aku merasa gaji untuk bulan March. Sebetulnya. Sentiasa terlewat enam hari atau lebih. Kadang kala pernah terlambat hingga terlajak ke bulan hadapan.

“Kebajikan dikomersialkan! Kebajikan dikomersialkan!” Hati aku menjerit-jerit.

Seorang kuli tanpa KWSP selama tiga tahun kadang kala buat aku termakan hati dengan pihak pengurusan. Terasa sangat ada diskrimanasi. Sedangkan kakitangan lain, tiga bulan berkerja sudah diangkat menjadi staff tetap.

Hanya aku, Azman, Leman dan CK. Dan gaji kami di bawah aras ringgit Malaysia enam ratus. Satu perempat dari gaji para guru.

“Kebajikan dikomersialkan! Kebajikan dikomersialkan!” Hati aku menjerit-jerit.

Seolah-olah aku diambil berkerja atas dasar kebajikan. Bukan. Memang betul, aku diambil berkerja di atas dasar belas kasihan.

“Kebajikan dikomersialkan! Kebajikan dikomersialkan!” Hati aku menjerit-jerit lagi.

We had responsibility to employ them. If we can’t make it, who else.” Teringat ayat boss paling besar sewaktu diinterview wartawa…

Tiara dan kisah sekeping hatiku yang sekecil hama

Tiara
Nama yang manis dan indah. Orangnya juga comel.

Aku rasa malu dengannya. Dia suci. Dia manis. Umur sudah sembilan belas tahun. Sedang anak gadis lain sudah masuk kolej atau pandai main-main cinta, dia masih dilayan seperti kanak-kanak.

Tiara.

Senyumannya lurus dan tulus.

Aku rasa malu dengannya. Dia suci. Dia manis. Umur sudah sembilan belas tahun. Sedang anak gadis lain sudah masuk kolej atau pandai main-main cinta, dia masih dengan sapu tangan dan pampers.

Tiara.

Dia peramah dalam bahasa tersendiri dan selalu tersenyum.

Aku rasa malu dengannya. Dia suci. Dia manis. Umur sudah sembilan belas tahun. Sedang anak gadis lain sudah masuk kolej atau pandai berutus email dan esemes berbau cinta, dia cuma punya sepasang tangan kejung keras tidak mampu menyuapkan makanan ke mulut sendiri; apatah lagi mengetuk papan kekunci. Biarpun begitu, semangatnya untuk belajar dan hidup tidak sesekali luntur.

Masuk ke makmal komputer, kakak Thara atau cikgu Nurul akan pakaikan “head pointer” di kepalanya. S…

Congkak: Satu ulasan dari fanatik filem seram yang buta aspek teknikal.

Tajuk Filem: Congkak
Tarikh Tonton: 25 April 2008 (5.00 -7.00pm)
Lokasi: Metro Kajang
Pelakon: Anda semua sudah maklum
Penonton: Beberapa kerat termasuk penulis.

Babak 1

I nak balik awal hari ni CK. Nak pergi cinema. Tengok movie. “. Aku.
“Oo..you pergi dengan siapa? Apasal tak ajak I? Mid Valley ek?” dia bertanya.
“Apasal pulak, kena ajak you. Pergi ngan laki I la” Aku tersenyum.
“Alah...you tak payah pergi laaa. MehI dowmload kat you. Movie apa?” Dengki agaknya, aku tidak mengajak dia.

Ceh! Anak Cina yang seorang ini, tidak habis-habis mau merompak.

“Congkak”. Aku beritahu.
“Laaa..apasal you tak tengok itu Jet Li dan Jackie Chan’. Dia lalu mencadangkan.
“Itu I tunggu you download for me okay”. Aku kata.
“Sampai hati you tak ajak I”, Dia sambil tersenyum-senyum.

Alahai.

Mengada-ngada pulak anak Cina yang berusia tiga belas tahun lebih muda dari aku ini.

Babak 2

Kami tiba di panggong. Bertiketkan kad orang kurang upaya, kami berjaya mendapatkan tiket berharga lapan ringgit Malaysia tiap seorang. Tida…

Tidur Saya Terganggu Kerana Sekeping Gambar

Semalam kepala saya kurang enak. Pancreas saya memulas-mulas. Saya bangun. Mengejutkan lelaki saya yang tidur mati. Malangnya, mati juga tidurnya. Daripada saya terus cuba membangunkankannya, kemudian membuat darah mendidih berdarjah Celsius; ada baiknya saya bangun sendiri mencari ubatan dalam peti sejuk.

Jam tiga empat puluh minit pagi.

Sesudah menelan paracetamol, niat saya mau menyambung tidur. Si Coco pulak menggesel kaki dan mengingau-ngiau kelaparan. Saya mencari-cari di mana biskutnya. Pasti lelaki saya terlupa membeli, walau telah berkali saya pesan siang tadi. Terpaksalah saya membuka peti itu semula, mencari ikan kembung untuk direbus. Huh! Rezeki si Coco. Nasib baik ada dua ekor lagi.

Setelah kekenyangan, Coco kembali menyambung tidurnya. Enak ditemani kedinginan pagi. Saya yang tidak bisa untuk kembali mengulit mimpi. Lalu, saya membuka pintu belakang bercermin. Masih gelap dan dingin amat.

Ah! Coco. Kamu dan saya memang bertuah. Saya dan kamu memang tidak pernah kelaparan. K…

Menelanjangkan isi sekeping hati(yang berparut)

Dalam banyak perkara saya masih bisa tersenyum.

Walau saya tidak secantik Sufiah, sekurang-kurangnya saya tidak perlu melalui ujian seperti si pohon manusia Dede. Meminjam ayat si kachak, walaupun saya tidak comel saya masih disenangi ramai. Kerana saya begitu disenangi dan disayangi ramai, maka ini merupakan kali ketiga saya ditag.

Kata lelaki yang mengingini tangan Midas itu, tag adalah permainan bodoh. Oh...saya juga kepingin tangan Midas, tetapi biar yang terkawal. Jika segala disentuh bertukar emas, mati saya jadi sia-sia kerana emas tidak boleh dibuat kari kegemaran lelaki yang saya sayangi.

See! See!

Bagi saya tag adalah amat menyeronokkan(jangan terlalu percaya). Ia umpama tugasan yang diberikan oleh pihak universiti, lebih-lebih lagi yang ada date line dan pra syarat tertentu. Ia juga bisa jadi bahan penulisan, terutama ketika kontang idea. Bahan dan perencah yang terbaik belum tentu menjadikan sesuatu masakan itu enak, jika tukang masaknya memasak separa hati.

Melayani tag Cik Fa…

.Dulu dan sekarang

Suatu hari di tahun 2005.

Finn memilih untuk ditempatkan di kelas Kursus Pembantu Tadbir Sistem Maklumat. Kata teman-teman, mengapa dipilih kelas sebegitu. Pilih sahaja kursus jahitan, mereka mencadangkan. Nanti susah mahu mendapatkan kerja. Tapi dia tidak peduli. Umur sudah tiga puluh lima dan guru kelas memanggilnya “kakak”. Finn tercari-cari di mana suis komputer. Dia bertanya rakan-rakan yang jauh lebih muda. Rata-rata mereka sekurang-kurangnya punyai sijil. Petanda mereka punyai banyak kelebihan. Sekurang-kurangnya kenal MS Word dan website.
Hang okay kak?” Cikgu yang lebih muda dari Finn itu bertanya. Berhang dan aku sahaja dia dan Finn. Sama-sama Kedahan. “ Hujung tahun ni hang menikah saja laaa”. Mulutnya memang masin dan Finn bertemu lelakinya.

“Finn, ko bagi saya sijil ko dan fotokopi sekali” Encik Z, penolong pengarah merangkap kaunselor kepada para pelatih. “ Buat apa cik Z ? Cari kerja untuk saya ke?” Finn keteringinan untuk tahu. “Ada laaaa”. Selepas berapa bulan berkerja…

Kejujuran - saya sedang mencari nilai kamu.

Suasana di dewan peperiksaan yang hingar-bingar jadi diam.

Para calon mula mengambil tempat duduk masing-masing.

Ketua pengawas mula membacakan arahan dan kertas soalan mula diedarkan.

Seluruh kamar dingin. Entah berapa darjah Celsius suhunya. Mungkin saya sahaja yang terasa amat kedinginannya. Kerana saya sewaktu berpergian, ditemani tempias hujan.

Ketua pengawas mengingatkan para calon supaya kami tidak menipu. Menurutnya, ada yang sudah tertangkap dan bakal dihukum semalam.

Anak kecil menipu memang nampak manis.

Mungkin yang dewasa bisa membetulkan kesalahannya. Lagipun dia hanya anak kecil yang baru belajar tentang dunia. Kesilapan juga sebahagian dari proses pembelajaran.

Apabila orang dewasa menipu, apa cerita? Dalam peperiksaan di peringkat tinggi pun mahu menipukah? Ini bukan ujian atau peperiksaan sekolah menengah.

Ahhhh….manusia. Ada sahaja kebodohan yang disangka kecerdikan dan kepintaran.

Ya…janji punya sekeping sijil. Pokoknya ada status. Soalnya, kembungkah dompet? Pangkat apa ya…

Perlu Istirehat Sebentar

Pagi ini yang indah ini bakal beransur pergi dan saya tiada cerita indah untuk dikongsi.
Saya sebenarnya kepingin memasukkan trailer filem Music Within ke dalam entri saya. Filem ini dekat di hati dan buat saya rasa teruja. Sayang.....berkali saya cuba, ia gagal menjadi. Saya tidak pandai IT.

Walaupun saya bekerja di makmal komputer, pekerjaan saya itu lebih menjurus kepada seorang tukang cuci. Ya. Benar. Saya tidak menipu. Dan tidak malu-malu untuk mengaku.

Oh...semalam saya berperang dengan kertas dan soalan-soalan peperiksaan yang mencabar daya ingatan saya. Payah sungguh. Ditambah lagi dengan kondisi ketidakupayaan saya; saya terpaksa berhenti menulis beberapa kali.

Pagi ini.

Jerjak pintu rumah saya terbuka lebar dan tanpa saya sedar Coco menyelinap keluar. Hampir satu jam, baru saya tersedar. Lelaki saya mencarinya dari tingkat bawah hingga ke tingkat empat. Selalu juga Coco menghilang. Tapi dia cuma tersesat di tingkat dua. Rumah Abang Azam dan isterinya Noor, pasangan bahagia beran…

Pagi Itu Dingin

Pagi itu dingin dan tidak juga gelap.

Saya naiki tren komuter jam enam suku minit pagi dan bersolat subuh di KL Central. Sesudahnya, saya sepantas mungkin menerjah tangga escalator. Jam tujuh suku sudah menyeberang jalan bertentangan Hotel Armada.

Pagi itu dingin dan tidak juga gelap.

Saya melihat jam di tangan. Kekadang lorong itu sunyi. Seekor anjing marhain pun tiada. Ada kalanya, saya berkongsi lorong dengan anak muda berjanggut sejemput dan berserban tetapi bukan muslim itu. Dia sentiasa menyapa saya. “ Apa khabar kakak? Ada baik?” Saya cuma tersenyum. Kemudian dia menyambung lariannya. Kadangkala, waktu jarak antara kami agak berjauhan, dia akan mengangkat tangan cuma.

Pagi itu dingin dan tidak juga gelap.

Saya meneruskan perjalanan saya. “Selamat pagi”. Saya disapa oleh sepasang wargatua berbangsa Tionghua. Keduanya, nampak amat mesra. Senyuman keduanya menghilangkan lelah saya buat seketika.

Pagi itu dingin dan tidak juga gelap.

Sesampai di tangga pejabat, Vonothini yang selurus Kass…

Permaisuri Berpesta Lagi.

Permaisuri berpesta lagi

Semalam, sang permaisuri berpesta sakan ditemani lelakinya dan perempuan yang gemar beruniber itu. Separuh gajinya bulan ini dihabiskan untuk acara pesta-pestaan ituPermaisuri Ah Tok, perempuan comel,kak Ungku (belakang sekali kakak tua)

Dan dia teruja amat amat. Mimpinya selama ini menjadi kenyataan. Bertemu ayahanda sasterawan negara yang amat dikaguminya. Dia membeli senaskah tulisan ayahanda itu yang berjudul “68 Soneta Pohon Ginkgo”. Jika diturutkan hati, mahu sahaja semua hasil karya Pak Samad Said diborongnya. Tapi apakan daya, poketnya telah ketirisan.

Dia kemudian ke gerai PTS. Puan Ainon pasti teruja jika mengetahui bagaimana seorang berpendapatan kecil sepertinya sanggup menghabiskan ratusan ringgit untuk buku rujukan dan novel di gerai PTS.

Dan dia kemudiannya bertemu lelaki kacak tinggi lampai ini. Lelaki kacak ini mencadangkan dia membaca sebuah novel tulisan Sarifah Bakar berjudul “Dalam Kehadiran Sofiah”. Menarik. Bersama jejaka kacak tinggi lampa…

"Kereta Saya"

Ayako,saya dan Hiroko(Huriyaa nama muslimahnya)
Satu

Tengahari tadi sesudah saya mengetip kad perakam waktu tepat jam satu, saya bergegas ke luar dan mendongak ke langit. Jauh sekali mencari bintang. Langit itu gelap. Seakan mau memuntahkan hujan.

Lelaki saya hari ini menunggu di bawah pejabat.

Tik!

Tik!

Tik!

Dari tiga empat titik pada awalnya, ia mula gerimis dan kemudian melebat. Kami cuma punya sehelai jaket yang bukan kalis air. “Abang pakai sebab abang bawa motor”. Saya mengalah kerana tidak mahu dia dibasahi hujan dan kedinginan. “Awak pakai laaa”. Dia menolak kerana kasihankan saya yang sejuk dan kedinginan. Sesudah tiga empat kali bertolakan, akhirnya dia mengalah. Sepanjang perjalanan pulang, sayalah yang basah,sejuk dan kedinginan. Dia juga kebasahan di tahap minimal. Kemudian, terus menuju ke tempat dia mencari rezeki untuk kami.

Dua

Tik!

Tik!

Tik!
Hari terakhir saya di Nishiawaji. Hujan turun. Bukan hujan, cuma gerimis. Sewaktu saya mahu berangkat pulang. “ Jika hujan turun sewaktu …