Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2008

Pagi Jumaat

Pagi Jumaat. Beberapa minggu yang lalu. Sebelum parlimen dibubarkan secara tiba-tiba. Sebelum lobi-melobi dan perjanjian-perjanjian palsu ditabur oleh para calon. Sebelum kempen tukang-tukang lawak politik berjejal-jejal di TV. Perempuan naïf lagi pelupa itu. Telah terlupa mengunci jam loceng. Hatta, alarm dari telefon bimbitnya. Sedar-sedar. Sudah azan untuk solat Subuh. Dia terk ocoh-kocoh bangun. Mengejutkan lelakinya yang masih diulit mimpi. Jam enam lebih. Dia bergegas ke dapur sempit dan membancuh dua cawan Nescafe panas. Satu untuk dia. Dan secangkir lagi untuk lelaki tercinta. Itulah rutin hariannya. Isnin sampai Jumaat. Kemudian. Dia. Ke kamar mandi. Mengambil sebatang berus gigi. Tangannya terketar-ketar membuka tiub ubat gigi. Berjenama terkenal. Sejak dulu-dulu lagi. Selalu keluar iklan di tv dengan pelbagai promosi. Lelakinya berdengkur. Biasalah Hatinya menyumpah-nyumpah geram. Cepat-cepat dia beristiqfar. Matanya juga masih separuh tertutup. Tiba-tiba. Dia terasa ada

Saad dan Kasim - Mereka tidak boleh mengundi.

Namanya Kasim. Kasim bin Kasman. Minggu lepas dia masuk ke computer lab. Macam selalu. Bukan belajar. Hanya dengar lagu. Cuma itu yang dia tahu. Kadang-kadang aku klik Microsoft Word dan suruh dia menaip apa-apa. Dia pun menaip. Jika a hurufnya,maka AAAAAA lah sampai tamat kelas. Kalau nombor satu, maka satulah ditaipnya sampai berbilion juta. Itulah dia. Kasim bin Kasman. Pernah aku tanya kak Timah, pekerja paling senior di pusat itu. Berapa umur si Kasim. Kata kak Timah, dua puluh tahun lebih tua dari aku. Minggu lepas Kasim tanya aku. “Kakak, undi tu apa?” Aku tidak jelas. Sebab aku dan dia sama. Speech Disabilities . Kata para doktor dan terapi. “Ngundi tu apa?”Aku kalut. Bagaimana hendak menerangkan padanya dengan bahasa paling mudah. Akhirnya. Aku beritahu dia. “Mengundi tu ialah pilih perdana menteri. Macam Pak Lah sekarang. Macam Dr. Mahathir dulu-dulu. “. “Oooo” . Kasim sambil anguk-anguk kepala. “ Kasim boleh ngundi kan?” . Dia tanya lagi. “Tapi…..” dia sambung. “ Ada or

Khadijah...mari kita mengundi(entri sempena PRU ke 12)

Dewan sudah kosong. Mari kita penuhkan Malaya kita akan kaya dengan koridor-koridor Khadijah Mari kita pergi mengundi. Kita pangkah parti cap ular. Parti itu kaya. Kain rentangnya sahaja mencecah ribuan ringgit. Cukup buat belanja kamu dan anak-anak berbulan-bulan. Suami kita yang bekerja berbulan-bulan belum tentu dapat kumpul wang sebegitu banyak. Khadijah . Ulat-ulat dari parti itu memang baik hati amat. Mungkin ibu kita yang terlantar sakit nanti diusung ke tempat pengundian. Ingat dulu-dulu. Masa kamu dan aku. Masih anak-anak sekolah. Kita jalan berbatu-batu. Tiada siapa sudi menumpangkan kita. Kita anak orang miskin dik. Oleh itu, mari kita undi parti cap ular. Lidah mereka memang bercabang. Tetapi mereka kaya wang. Jangankan jalan mopeng, aku rasa jambatan buruk di belakang rumah allahyarham ayahanda kita pun akan dicat baru. Kini rumah itu milik ibu, kamu, suami dan anak-anak kamu. Masih kecil seperti dulu, walaupun ahli keluarga telah bertambah-tambah. Cuma kini ia tidak la

.....kerna aku terlalu merindui salji dan musim dingin

Kerana aku. Terlalu mengidam. Terlalu kepingin. Melihat salji. Maka Nelson Yuriko telah mengirimkan foto-foto ini. Untuk santapan mataku. Nelson Yuriko. Gadis berusia tiga puluh satu tahun itu adalah salah seorang penterjemah sewaktu aku di Nishiawaji. Nishiawaji waktu itu tanpa salji. Pada mulanya aku sangka dia gadis Jepun Katholik. Rupanya seorang Buddha. Kulitnya yang lebih gelap dari Nala buat aku sedikit terkejut. Dia pun berkisah tentang asal usulnya. Keluarganya berasal dari Sri Lanka dan dia warga Jepun sejati. Yang buat aku kagum, dia berjaya menguasai tiga bahasa. Tanpa mencicirkan bahasa ibundanya. Kerjayanya, guru bahasa Inggeris dan penterjemah. Sejak berkenalan kami selalu berhubungan. Via email . Katanya dia kagum dengan orang kurang upaya. Apalah sangat yang hendak dikagumkan. Kata aku. Dan Kerana dia begitu kepingin melawat aku dan suami di Malaysia tetapi hajatnya belum kesampaian maka aku kirimkan dia foto-foto ini. Bakal mengeratkan tali persahabatan kami. Yang. B

Lagenda Kampung Maha Laba

Dulu-dulu. Pertengahan 1960 an . Ada sebuah kampung di Jepun. Kim san bercerita pada aku dalam bahasanya. Dialek Osaka pekat. Dan. Kawakita san menterjemahkan untuk aku dalam bahasa yang aku kurang faham itu. Berulang kali. Supaya aku faham. Dan akhirnya aku faham. Kata Kim san, di Jepun ramai ibubapa yang membunuh anak-anak istimewa mereka pada abad itu. Kim san bercerita padaku. Sungguh-sunguh. Dan Kawakita san menterjemahkan segalanya dengan teliti supaya aku faham. Dan akhirnya aku faham. Studio Taihen di pekan Nishiawaji yang hangat waktu itu jadi saksi Bagaimana Kim san berkisah dan Kawakita san menterjemahkannya. Dan aku mendengar dengan penuh minat. Kisah sedih itu. Dulu-dulu. Kata Kim san . Antara golongan kurang upaya, cerebral palsy adalah golongan yang paling hina dan rendah taraf. Paling tidak difahami. Cara bergerak,makan,bercakap lansung tiada persamaan. Lalu mereka dihina, disisihkan dari masyarakat. Sehingga ada ibu yang sanggup membunuh anak-anak in

SELAMAT TAHUN BARU AH MOI CHANTEK

Lorna,Kanae,Petra,Grace (yang satu-satu apek itu Han) Lynn. Ceritanya ada di sini. Selamat tahun baru. Aku rindu kamu. Petra akan meninggalkan aku. Terima kasih semua.

Lelaki-lelaki itu...

Di teratak aku sekarang. Ada dua lelaki sedang tidur. Mereka sungguh manis. Jam enam dua puluh tiga minit petang. Sepatutnya ada tiga. Satu sudah pergi tengahari tadi. Ketiga-tiganya aku sayang. Dan ketiga-tiganya sayang aku. Cuma cara mungkin berbeza. Jika disuruh memilih, pasti aku buntu. Kerna ketiga-tiganya memang baik. Ketiga-tiganya memang kacak. Yang satu, telah menjadikan aku suri hatinya. Yang dua lagi menjadikan aku kakak kepada adik-adik lelaki. Dan Aku memasak untuk mereka. Malam ini, kami sepatutnya berempat. Malangnya, yang satu telah pergi. Malam ini. Tinggal kami bertiga. Menyelongkar kisah-kisah lama. Sejak detik perkenalan kami. Tiga tahun dulu. Kami. Sama-sama kurang upaya dan serba kekurangan. Jadi kami sama-sama lebih mengerti. Tentang kami. Dan malam esok barangkali. Tinggal kami berdua lagi. Adikku, yang lagi satu itu. Mau pergi juga. Katanya, “Tak manis, duduk rumah akak lama-lama.” Aku iakan sahaja. Kata-katanya. Dan Dalam hati-hati kami ada banyak cinta. Jua

Muha yang tabah

Muha ketika tahun 2006 Ini cerita Muha kira-kira dua tahun yang lalu. Kini beliau terlantar kesakitan yang amat sangat. Muha yang saya kenali hanya beberapa purnama itu, masih lagi Muha yang dulu. Saya melawatnya kira-kira tiga minggu yang lalu. Masih lagi sudi membantu saya menyiapkan proposal yang saya perlukan. Tetapi saya dapat merasakan ada sesuatu yang dirahsiakan dari saya dan naluri saya benar. Semalam saya terima sms Nizam,adiknya. Katanya Muha mau keadaannya dirahsiakan. Tapi adiknya tetap mahu memberitahu saya. Katanya,saya patut tahu keadaan sebenar abangnya. Pilu hati saya. Jika ada sesuatu yang perlu dan mampu saya lakukan saya ingin. Malangnya, Muha jenis insan yang paling tidak suka menyusahkan orang lain. Adiknya melarang saya melawatnya, sebab jika Muha tahu,saya diberitahu keadaannya yang sebenar; Nizam pasti dimarahinya. Saya sedih. Saya pilu. Hanya dari jauh termampu saya doakan. Anda yang membaca blognya,jangan percaya. Dia masih menulis dengan gembira ria. Se

Hujan lagi

Hari ini hujan lagi. Tiada kerja tiada gaji. Tiada gaji makna tiada duit. Aku tertanya-tanya. Adakah aku penoreh getah di kebun bernyamok ganas? Atau pembantu guru, computer assistant merangkap cleaner juga. Aku mengajar kadang-kadang(baca: selalu juga bila ada guru 25 haribulan dan kaki komplen dan berlagak boss ). Baiki komputer yang tunggang-langgang. Dan icon-icon berterabur di atas skrin. Memasang semula tikus-tikus yang tercabut. Minggu terakhir aku tulis report. Hari-hari aku lap meja,komputer dan tingkap. Sebelum balik aku mop lantai hingga licin berkilat. Sebelum anak-anak istimewa itu masuk, aku kena pastikan lantai disapu bersih. Baru-baru ini aku tanya boss kenapa yang baru kerja dan ada SPM pun boleh jadi guru dan pekerja tetap. Boss aku kata tanya boss lagi satu. Aku tanya boss lagi satu dia kata tanya boss lagi satu. Aku rasa macam nak menyanyi lagu "Bangau o bangau" dalam versi paling hiba dan sayu. Katak tiada kena mengena dengan entri ini. Aku tid