Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2008

SAYU, CERIA DAN PILU (cerita dua dalam satu)

Satu Man , adik kami sudah beberapa hari menumpang sementara di kuartes kami yang berbilik tidur dua itu. Satu telah aku jadikan stor simpanan dan terpaksalah dia tidur makan di ruang tamu; merangkap pejabat dan kamar studiku. Dia tiba Ahad lalu dari Kuantan dihantar ibu ayahnya ke rumah aku dan suami. Katanya ada temuduga kerja 29 haribulan nanti. Pesan maknya padaku, “Tegur-tegurlah apa yang patut dan suruhlah dia buat apa-apa yang termampu.” Man seorang spinal bifida. Jalannya merangkak tanpa kerusi roda. Sungguh. Tidak tergamak hatiku untuk menyuruhnya membuat apa-apa,hatta mengangkat bekas atau pinggan makanannya sekalipun. Aku penat dan keletihan balik kerja. Rumah kami itu tidak mesra untuk OKU sepertinya. Dari dalam hingga ke luar rumah. Dari bawah hingga ke atas. Tanpa lif dan tandasnya pula tandas cakung. Sayu hatiku melihat dia merangkak naik turun dari bawah ke tingkat tiga. Makan bertiga,bermakna pun biaya bertambah. Dia kasihan melihat aku penat memasak” Kak, tak yah mas

Mimpi dan ketakutan tahap maksima

Pagi ini. Tidur jam satu pagi. Sibuk mengumpul bahan tugasan. Sibuk dengan proposal -proposal. Pagi ini. Bangun jam lima pagi. Enam setengah pagi sudah berada di atas kenderaan panjang dan bergerabak itu. Mengantuk dan aku pun terlelep seketika. ‘ Indah lelapku ‘ucap Irwan Pilus dalam lagunya. Aku bermimpi tapi bukan tentang duyung. Mungkin tentang untung. Entah. Aku sudah lupa. Sedar-sedar sudah berada di sebuah stesyen yang agak asing. Tetapi bukan Osaka shin . Bukan KLIA . Yang pasti bukan KL Central . Jam sudah delapan pagi. Aku tanya seorang lelaki. “Kat mana ni bang?’ Lelaki itu seraya menjawab. “Bank Negara cik”. “Cik??” Eh….aku puan bukan cik lagi. Hah…ini kali kedua aku tertidur dalam kenderaan panjang bergerabak milik KTMB itu. Kali pertama dulu, cuma terlepas satu stesyen sahaja. Aku pun berpatah balik. Naik semula yang lagi satu. Buat bodoh tanpa tiket. Nasib baik terlepas. Otak fikrku sudah letih memikirkan soal kelewatan ke tempat kerja. Turun dari LRT stesyen Asia Jaya,

Entri tidak bertajuk(ada cerita tapi bukan baru)

Kebosanan………bukan sebab hujan. Harap maklum. Pagi ini hujan. Rintik-rintik. Saya mula dilanda kerisauan. Walau tidak sampai ke tahap maksima, walau saya cuba memujuk hati. Hati tetap hati. Kadangkala ia enggan berdengar bisikan minda mahupun iman. Saya yang kurang fakir dan tidak juga kaya pun fikir-fikir(baca: berangan-angan). Jika berkereta tentu sahaja tidak kebasahan. Ya,tidak kedinginan. Tidak dimarahi kerana kelewatan. Suatu hari suami berkata “Kalau mampu pakai kereta kan bagus”. Kata saya, “Kita mampu ke bang?” Dia diam. Barangkali dia yang tidak fakir dan tidak juga kaya pun berfikir-fikir juga. Kawan-kawan dan saudara-mara bertanya “Korang bila lagi nak beli kereta?” Seperti kebiasaan, saya jawab dengan senyum. Ya, dengan senyuman. Yang kelat-kelat itu. Sebenarnya, saya ingin sekali menjawab begini. “Kalau beli kereta pakai oksigen, dah lama aku beli. Jika ada kereta yang tuang air,boleh meluncur berkilo-kilo meter,tentu saja aku mampu. Dan jika kerajaan Malaysia menwar-warwa

Coco dan jam saya(juga barangan kecil lain)

Coco - kucing marhaen(baca: kurap) waktu pertama kali saya temuinya Jam tangan yang diberitakan berusia sepuluh tahun itu Saya pernah kehilangan pen drive - dicuplik COCO Antara barangan kegemarannya - kunci pagar dan rumah. Malam tadi (selepas beberapa jam entri di bawah saya tulis), saya lihat Coco terhendap-hendap di dalam bilik stor kami bermain –main dengan sesuatu. Dan ‘benda’ itu, dikuis-kuisnya berada di dalam sebuah kotak. Bilik itu agak gelap. Sukar untuk saya mengenal pasti apakah ia. Tapi dari reaksi Coco, dia sungguh gembira bermain-main dengan ‘benda’ tersebut. Sekejap-sekejap dia menguis-nguis. Kemudian terlompat-lompat. Dan sesekali menguling-gulingkan badannya yang selembut kapas itu. Saya mengintai. Lamaaaaaa! Akhirnya. Coco mengigit dan mengeluarkan ‘benda’ mesteri itu. Sah. Jam saya. Saya petik suis lampu dan Coco sedikit terkejut. Diusungnya jam itu, bersembunyi di celahan tilam buruk yang saya susun secara menegak. Saya ingin merampas darinya, tapi tidak sampai

Jam kesayangan saya hilang....cerita sebuah jam lama yang ditemui secara spontan.

Jam tangan itu. Saya tidak pasti sudah berapa usianya. Mungkin sepuluh tahun kata suami. Buatan luar negara. Seseorang hadiahkan padanya seketika dulu. Rupanya mirip jam tangan perempuan sebab itu,kata suami dia tidak pernah peduli. Lalu jam disimpan dalam sebuah bakul kecil,tersorok di hujung dalam kabinet dapur kami. Suami telah lupa bahawa dia pernah memiliki jam tersebut. Dan juga terlupa siapa yang memberikan padanya. Jika orang itu membaca entri ini,diharap jangan berkecil hati. Ketika jam itu saya temui dua minggu lalu,ia masih dalam keadaan baik. Cuma talinya buruk dan beterinya rosak teruk. "Cantik"getus hati saya terpikat. Dalam diam saya menyimpan niat untuk menyuruh suami bawa ke kedai jam. Bolehlah saya bergaya dengannya. Di hari saya menemui jam tersebut, saya bergurau dengan suami" Sepuluh tahun lagi,awak mungkin terlupa yang awak pernah bernikah dengan saya". Dan dia tersenyum. Kami bawa jam tersebut ke kedai. Tauke kedai jam kata" Ini mahal loo

Semester baru...

Updates: Hujan. Kereta lalu-lalang meluncur laju di hadapan bangunan ini. Aku keletihan. Dan kelaparan juga.Bercampur sedikit kebosanan. Penantian amat memeritkan dan kedingan hujan menjadikan aku tidak sabar. Tapi penantian tetap penantian. Ia menuntut kesabaran semaksima mungkin. Jika punya banyak wang, boleh aku menjerit memanggil teksi. Sebetar tadi, dalam kelas kedua - tutorku membebel-bebel. Katanya, ibubapa sekarang terlalu berkira dan kedekut berbelanja untuk pendidikan anak-anak. Sebahagian dari dariku mengiakan kata-katanya, tetapi sebahagian lagi bersuara tidak. Dia. Boleh bersuara apa saja. Sesuka hatinya. Gajinya empat angka. Adikku di kampung, yang beranak empat dan suaminya hanya seorang pemandu lori cuma boleh berdiam dan merungut-rungut sesekali pada aku. Pada emak. Dan pada suaminya juga. Aku pun diam juga.Bersuara pun tiada guna. Tiada ke mana-mana. Di sini-sini saja. Sambil menunggu suamiku menyudahkan tugasnya. Ya, di sini-sini saja. Takkan ke parlimen pun... Soala

INI SURAT PERKELILING bukan SURAT BERANTAI

19 November 2007 PEKELILING PEJABAT PENDAFTAR (13/2007) Semua Pelajar-pelajar Pra Siswazah XXX University Malaysia YBhg. Dato’/Tuan/Puan, PERLAKSANAAN PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN. Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. Dalam usaha untuk meningkatkan daya saing program-program yang ditawarkan, di samping melahirkan para graduan yang mampu menguasai Bahasa Inggeris, pihak Universiti telah memutuskan untuk melaksanakan penggunaan Bahasa Inggeris untuk pengajaran dan pembelajaran, kecuali bagi kursus-kursus bahasa. 2. Sehubungan dengan itu adalah dimaklumkan bahawa perlaksanaan penggunaan Bahasa Inggeris ini akan bermula pada Semester Mei 2008. Dengan perlaksanaan dasar ini adalah diharapkan graduan XXX akan lebih berdaya saing di dalam bidang pekerjaan masing-masing. Sekian. Terima kasih. NOTA KAKI : Aku tertanya-tanya,jika kita tidak mahir dalam penggunaan bahasa yang aku tidak berapa faham itu, adakah bermakna kita BODOH dan tidak p

Satu, dua dan perjuangan

SATU Aku sedang berfikir. Sejak semalam. Sejak aku terima email Kawakita san. Sejak minggu lepas lagi. Bagaimana hendak menjawab email nya. Aku rasa pengembaraanku ke Osaka City ,macam pengembaraan sia-sia. Aku rasa kalah. Aku rasa bersalah. Bersalah pada Kim san. Di sana segala ilmu dan tunjuk ajar dicurahkan, di sini gagal aku praktikkan. Malaysia bukan Jepun. Kuala Lumpur bukan Osaka. Aku bukan Kim san. Aku tidak setabah dia. Persamaan kami, sama-sama kurang upaya. Perbezaan kami, dia bijak petah berbicara dan aku ada sepasang kaki untuk melangkah. Aku mau bikin TEATER. Aku tecari-cari penaja. Susah. Payahnya menjadi orang seni di Malaysia. DUA Dua hari lalu, aku terima email lagi. Dari setiausaha penaung ANA Grant. Katanya proposal aku telah disenarai pendek. Dia suruh aku hantar proposal kedua, bersama salinan DVD persembahan lepas. Date line 22 Januari. Kena tulis dalam bahasa yang aku tidak berapa faham itu. Aku mencari-cari Muha. Niat hendak minta tolong dia membetulkan aya

Selamat datang tahun baru Hijrah

Salam Ma’al Hijrah Untuk semua pembaca entri Malam mulia ini aku kira Tiada pesta porah Yang berpesta porah itu Mereka enggan ingat tarikh keramat ini Barangkali mereka lupa berhijrah Sebelum berhijrah ke alam kekal (untuk aku juga….)

Lagu waktu hujan

Kuala Lumpur - Hujan Dari jauh cari rezeki halal di mamah teknologi dari jauh datang tuntut ilmu jaga langkah mu sini banyak penipu Bila lalai di awangan melayang tanpa graviti masapun berlalu disitu Kuala lumpur - Kuala lumpur indah tak terkata kuala lumpur - kuala lumpur engkau kian tercemar - biar pun kau begitu, hanya kau lah destinasi ku sangat sesak tranportasi LRT ataupun TEKSI murah murah mata rambang penjenayah banyak peluang Bila lalai di awangan melayang tanpa graviti masapun berlalu disitu Kuala lumpur - Kuala lumpur indah tak terkata Kuala lumpur - kuala lumpur engkau kian tercemar - biar pun kau begitu, hanya kau lah destinasi ku

Cerita pagi

Hari ini aku terlewat lagi ke tempat kerja. Dan jika dalam bulan ini aku terlewat sebanyak-banyak yang mungkin – gajiku digergaji lagi. Sampai di pintu pagar Leman tegur “Lewat lagi kak?”. Aku cuma tersenyum kelat. Bukan aku yang buat hal. Aku seperti kebiasaannya. Terpacak di stesyen ini jam 6.30 pagi. Tiada sesiapa pun salahkan pemandu komuter. Lambatnya mengalahkan siput babi. Sampai di kaunter tiket LRT, aku hulur not RM 1. “Kad ada kak?” Tanya si adik petugas di kaunter. “Kad apa?” Aku tanya buat-buat bodoh. “Kad JKM ke? Ada “. Aku hulur kad warna oren( Kad bagi OKU ketegori “Cerebral Palsy”). “Bukan kad ni kak. Kad RapidKL untuk dapatkan tambang separuh harga”. Adik itu menjelaskan sambil minta aku tambah seringgit lagi. RapidKL pulak menyusahkan aku. Takkan mereka tak kenal orang cacat. Lagi pun yang jenis macam aku, bukan boleh buat-buat cacat. Lainlah jika orang nak melakonkan watak si buta. Atau sememangnya mereka buta perut. Aku tanya si adik petugas bagaimana nak buat kad

Hujan dan wang

Hujan. Petang ini penuh dengan kerahmatan. Agaknya hujan ini Tuhan turunkan untuk cuci onar sambutan tahun baru semalam. Buntu. Tiba-tiba aku takut untuk melangkah kaki ke tempat kerja keesokkan pagi. Tiba-tiba aku rasa seolah seperti anak kecil empat tahun pertama kali dihantar ke taska. Tiba-tiba aku rasa alangkah selesa duduk dan jadi seorang suri. Tapi - aku tidak boleh begitu. Key Ell ini menuntut aku jadi pekerja. Aku tidak boleh duduk-duduk saja. Wang. Memang bukan segala-galanya. Tapi jangan lupa wang juga menyelesaikan banyak perkara. Wang diperlukan ketika hendak dikapankan. Walaupun wang tidak bisa dibawa ke liang lahad,tapi wang perlu. Tanpa wang bagaimana hendak ke Tanah Suci,berzakat atau sebagainya. Sebenarnya aku bosan menjadi tangan yang asyik menerima, kerana itu aku paksa diri pergi kerja. Esok kembali ke rutin.Bangun jam 5.00 pagi. Selepas solat,tergesa-gesa aku bersiap dan panjat motor roda empat suami ke stesyen komuter UKM. Aku perlu bergegas. Antara 6.30 hingga